Followers

Thursday, May 23, 2013

Ashita No Joe


Joe Yabuki adalah seorang lelaki out of nowhere yang sentiasa membuat onar dan gemar bertumbuk dan berkelahi tidak kira walau di mana, walau dengan siapa, walaupun bila. Satu hari dia telah bertumbuk dengan sekumpulan lelaki di sebuah restoran dan disaksikan Danpe Tange - Seorang pemabuk. Bekas boxer. Boxer trainer. Bila dia melihat aksi Joe - Dia tahu, dia telah menemui bakat seorang peninju hebat.

Joe Yabuki memang telah lama dikehendaki polis kerana onar-onar pergaduhan. Dan mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atas Joe akibat pergaduhan tempoh hari. Di dalam penjara, Joe tetap seorang Joe - dia bertumbuk dengan banduan-banduan pula. Dan sentiasa masuk sel hukuman. Di dalam sel tersebut dia mendapat surat dari Danpe Tange - Tips-tips training tumbukan. Mulanya dia abaikan dan koyakkan sahaja surat tersebut. Tetapi kerana keboringan dalam sel dan tak tahu buat apa, dia sambung balik koyakan-koyakan surat dan membaca dan praktis!

Di dalam penjara, dia bertemu musuh masa depan, Rikishi - a pro boxer kategori featherweight yang juga terpenjara. Untuk bebas dari penjara, Joe menerima cabaran manager Rikishi yang kaya dan berpengaruh, Yoko Shiraki, wanita yang comel tetapi dingin untuk melangsungkan perlawanan pertunjukan di dalam penjara - Untuk aktiviti masa depan banduan-banduan seperti mana diguna pakai di Amerika. 'Upah'nya kedua-dua akan diberi pengampunan dan akan dibebaskan awal.

Danpe Tange melatih Joe di dalam penjara dan mengajar satu teknik tumbukan hebat. Di hari pertarungan, Rikishi dengan megah mengatakan Joe akan K.O dalam pusingan pertama. Setelah tiga pusingan, yakni pusingan akhir, Joe yang telah berkali-kali diboxing sejak loceng pusingan pertama - melakukan satu keajaiban - Membalas tumbukan Rikishi dengan tumbukan double crossing. Dua-dua K.O. Sejak itu - Kedua-dua berimpian untuk repeat match.

Setelah keluar penjara. Joe telah mendapat lesen bertinju dan telah bertarung 8 kali dalam kategori flyweight.  Menang 8 kali dengan teknik dan tumbukan sama, double crossing. Ia mencetuskan fenomena dan rekod baru yang unik. Rikishi juga menang banyak dalam pertarungan featherweight dan rankingnya di dunia telah meningkat hingga hampir ke peringkat kejuaraan tali pinggang.

Yoko mencabar Joe untuk berlawan dengan  Wolf Kanagshi. Pro boxer dalam kategori atas Joe dan bawah Rikishi, battamweight. Yoko berbuat demikian kerana bimbang dengan tumpuan Rikishi akan terjejas. Dia mahu Joe kalah dengan Wolf agar keinginan Joe untuk bertarung dengan Rikishi terpadam. 'Wolf ' telah study tumbukan double crossing dengan jurulatih-jurulatihnya.Di hari pertarungan, 'double crossing' Joe dipatahkan 'wolf' dan Joe tersembam di atas gelanggang. Rikishi yang berada di stadium menghampiri gelanggang ' Hoi celaka, jangan kau kalah sebelum bertemu dengan aku!!!". Joe bangun dari kiraan K.O dan meneruskan pertarungan. Dan menamatkan 'wolf' dengan tumbukan mustahil - Triple crossing!

Rikishi melakukan segala-galanya untuk menurunkan berat badan, untuk turun ke kategori battamweight. Di hari timbang berat badan sebelum pertarungan - Badan Rikishi sangat mengagumkan aku. Badan sekeping! - umpama tinggal tulang dan kulit sahaja. Gile!

Rikishi menang dan mati.

Filem ini sangat hebat. Sukar diagak plotnya. Shot-shot yang diambil sangat takjub terutama ketika tumbukan singgah di muka.Watak-watak terutama DanpeTange sangat mempesona. Bunga - Sekalipun hanya 4 babak pendek, sangat menyentuh rasa. Skrip-skrip dia sangat sedap. Jika kau peminat Rocky mulut senget, Muhammad Ali, Mike Tyson, Prince Nasim, Katsuki Satoyama - Naskah ini, naskah wajib tonton.


4 comments:

hime s said...

joe's tomorrow. suka komik dia

kueh bakar said...

hime s..
ye..komik lagi detail dan asyik...

whitelilies island said...

oo cite ni dr komik ke.. nak tgk la.. siyes baca garapan je dah rs teruja nak tengok!

kueh bakar said...

white lilis..

tapi dgn cerita aku, membuatkan detik2 suspen itu hilang..

hahaha