Followers

Sunday, March 4, 2012

selangor kotor

sekali-sekala turun juga ke selangor - bangi, serdang, kajang, pj.

apa yang aku nampak, Selangor tidak terurus - kotor. sampah berada di mana-mana. tepi jalan, belakang bangunan, dalam longkang. di mana-mana! rumput tak potong. lalang banyak!

pemerintah selangor tidak peka atau buat-buat tidak nampak. keadaan negeri termaju dan terkaya sangatlah mencemarkan mata, menyakitkan jiwa. mahu tengok bunga tahi ayam, bunga bogunvila, bunga raya jauh sekali. tiada landskap menarik di tepi trafik light, roundbod, atau tepi-tepi jalan.

membersihkan kawasan atau mencantikkan pemandangan adalah tugas paling asas sebuah kerajaan. kalau macam ni, elok diadakan exco kebersihan dan kecantikan. datang melaka- bersih!

selain membantah lynas yang berisiko itu, yang rakyat kita tidak mahukan, eloklah selangor membuat satu insenarator (juga waste to energy) untuk melupuskan sampah-sampah yang tidak mungkin akan berkurangan. Ia satu usaha yang baik untuk malaysia, untuk selangor.

ps-singapore yang kecik dan bersih itu pun ada 5 insenarator. malaysia bila lagi?

9 comments:

emak. bukan penari tiang said...

aloq staq pun samaaaaaaaaa....tensi aku duk sini. haha!

misz aisya said...

selangor kotor?? xtau pulak sbb dah lme xgi sne. tp mmg hakikatnye selangor xde tarikan sgt..

melake brsih??? xsbrsih ganu kot. bnyk kali g ganu blh buat jatuh cinta dgn kbrsihan nye. kelantan pling worst. hoho

kueh bakar said...

lady rara
:P

aisya
aku org trg. trg skrg kurang bersih dari dulu.zaman idris jusoh lagi bersih. coba pergi stesen bas-lantai tak mop.pokok hiasan tiada.bumbung bocor/berdebu.krusi foodcourt tercabut.ruang2 iklan kosong.ada 2-3 orang gila/gelandangan...menyedihkan.

stesen bas bagi aku adalah pintu masuk sebuah negeri. ia sebuah simbul.

Anonymous said...

melaka bersih? kekekee..kt bandar je bersih..afterall it takes years before melaka boleh jd cantik itu macam..tp still i admit, mmg melaka cantik sekarang. i love melaka n used to love the people too..haahaha..

sharamli said...

lady rara...cek p0n d0k al0q staq..he3

alien said...

selangor mmg byk tempat2 yg tak terjaga
dari dulu lagi..
tah mengapa tah

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

camtu nak cakap scotland bersih lah ;)

kueh bakar said...

mimosa..

ali rustam terer. rahim tambi cik / abu zahar tak terer. tengok kolej risda kat lendu - masih mode rtc.

sharam
lama tak timbul.. :)

alien
aku duk area serdang.bangi.seri kembngan.balakong. lebih 5 tahun. pebezaan dia nyata. tapi dalam harakah hari ni mb kata masalah akan selesai dalam bulan 4 atau 5 sebab negeri ambil alih kontrak dari alam flora (350 juta setahun).wish kontraktor baru gudluck lah.

sis
omputeh toksah kira la :P .mungkin tamadun dulu, jadi otak diorang lain skit. islam ajar bersih tapi kita ambik mudah jer. pelik juga kan..

kuntum said...

i dok kat Mutiara Damsara (selangor ler). Suka dok kat kawasan perumahan i ni sebab psekitaran bersih dan terjaga. tiap2 hari ada org kutip sampah, sapu dan mop koridor. kalu ada sampah terlihat kat ruang parking kita, tgk la esok mesti dpt memo drp pihak pengurusan..