"my legitimate kids are Dalma and Giannina. The rest are a product of my money and my mistakes" - Maradona
aku rasa cerita cinta luis suarez sangat menarik.Ia sukar didapati dalam dunia bolasepak yang glamer dan kaya. ia sebuah cinta monyet. cerita ini 'ditimbulkan' oleh seorang wartawan setelah kontroversi isu perkauman suarez terhadap evra. Isu perkauman tersebut mendapat kecaman dan perhatian seluruh dunia. Semua orang mahu kritik tentang suarez - Ferguson, ferdinand, FA Inggeris, malah sponsor liverpool sendiri, standard chatterd. Mungkin orang melabel suarez orang yang penuh dengan kebencian.
Orang melihat masa silam.Rekod suarez di Piala Dunia yang menampan bola 'kompem masuk' di dalam kotak penalti semasa uruguay melawan ghana pada minit-minit akhir permainan dan cara dia meraikan kegagalan sepakan asamoah gyan menaikkan rating kontroversi di seluruh dunia.
dia juga pernah mengigit bahu lawan semasa bermain di liga belanda ketika mewakili ajax walaupun memakai lilitan lengan sebagai kapten.
dia juga ketika ini adalah pelakon diver yang dibenci liga perdana inggeris, sering menjatuhkan diri mencari freekick atau penalti. terguling-guling, mengerang kesakitan seperti patah kaki. Seolah tidak dapat meneruskan permainan dan perlukan substitude! sebaik sahaja dapat free kick, terus mampu bangun dan kembali speeding! Wtf!
tapi jika orang melihat masa silam yang lebih silam, mungkin persepsi akan berubah. Dia juga punya rasa cinta yang hebat. sofia, isteri dia kini adalah cinta monyet dia yang dulu-Seorang budak perempuan 13 tahun, yang menemani dia berlatih bola sepak ditepi padang setiap hari. Dia ketika itu berusia 15 tahun.
setelah berlatih mereka balik bersama dan suarez selalu membelikan sofia aiskrim. Kadang kala jika terjumpa duit dijalanan, dia akan membelikan sofia roti. Masa tu elaun latihan sangat kecil.
sekali pun dia berbakat, dia tidak menumpukan sepenuh perhatian pada bolasepak kerana keluarganya miskin, besar dan akhirnya penceraian orang tua. Dia selalu ponteng latihan dan ada masalah disiplin sehinggalah suatu hari sofia terpaksa mengikuti keluarganya berpindah ke sepanyol.dan mereka bercinta jarak jauh..
sejak itu, dia sedar dia tidak boleh hidup tanpa sofia. Dan satu-satunya jalan yang dia ada untuk kembali bersama sofia adalah bolasepak. dia berlatih bersungguh-sungguh dan akhirnya menjadi juara bawah 18 tahun uruguay. Dia seorang yang laju dengan bola. Pantas dalam kotak penalti. Tajam dalam penyudahan. Gelecekan yang memperdaya. dan boleh menjaringkan gol dari sudut sukar.Bakatnya diminati sebuah kelab kecil dari belanda. Sekali pun belanda bukan sepanyol. bahasa yang asing. benua yang berlainan. Dia bersetuju untuk ke belanda memandangkan geografi belanda-sepanyol itu lebih dekat berbanding uruguay-sepanyol.Dia membayangkan sofia!
Mereka kembali bertemu. Suarez juga tidak memandang ke belakang lagi, dari kelab kecil dia dibeli oleh gergasi belanda, ajax amsterdam fc dan menjadi kapten kelab. penjaring terbanyak liga. Pemain terbaik tahunan dan akhirnya ke liverpool. Lama menyulam cinta akhirnya dia dan sofia berkahwin dan kini mempunyai seorang anak.
kadang kala, manusia itu sukar dimengertikan. Cinta itu juga.
cinta suarez adalah bukti dia ada sisi lain yang dia 'simpan'. sisi yang kebanyakkan orang berlagak baik. berlagak jujur. berlagak setia. tapi 'menyimpan' sisi teruk lagi jahat. manusia melakukan kesilapan, suarez juga!
Hello world!
3 years ago
4 comments:
pergh...
memang sejati la suarez ni.
wahh.,aku x folo sgt pasal bola sepak nih., tapi nampaknye suarez ni ade cerita cinte yg tsendiri kehkehkeh..
*kueh.. aku mintak izin prinscrn blog kamu :P
dik ko nie bguslah buat kompilasi kisah cinta
chu.
amik ler.
sis
nanti wat buku kompilasi.haha
Post a Comment