Followers

Sunday, March 4, 2012

1 800-88-0000

aku adalah pengguna tegar highway PLUS. dan highway utara-selatan adalah milik PLUS. hotline 1-800-88-0000 perlu disimpan dalam hp. banyak kegunaan dan kebaikan dia.

antara beberapa kes aku pernah tepon 1-800-88-0000;

1) aku biasa berulang alik dari serdang ke melaka, biasanya keluar dari tol serdang menuju ke selatan dan mengambil exit tol pedas- jalan kampung ke masjid tanah. lebih jimat masa dan jimat tol dan jimat kilometer. sejak KJ jadik yb rembau jalan-jalan kampung yang golap tersebut telah punya lampu jalan. terima kasih KJ. tapi sejak 5 tahun, sekarang baru nampak balik banner ada muka KJ kat tol pedas. ha ha ha.

satu malam, malam isnin, highway jem sebelum exit pedas. minggu lepas pun jem.ingatkan eksiden, rupanya polis buat highway-block. entah apa ke gila buat road-block kat highway aku pun tak tahu. malam tu aku syak polis buat road-block jugak. terus aku tepon plusline.

"en, saya rasa polis buat roadblok la kat highway. sebelum exit pedas. saya guna highway mahu cepat en. kalau jem teruk macam ni, baik saya guna jalan biasa. en tepon samy velo suruh dia tepon norian mai" haha.

dan masa aku lalu, polis-polis tadi mengemas kon-kon ke dalam jip. buduh!

dan biasanya kalau balik ke serdang, ada ketikanya kereta banyak, exit ke klia akan jem. jadi boleh je tel hotline tanya jalan clear ker tak, kalau dia kata jem teruk, keluarlah exit seremban, lalu jalan dalam.

2)kalau kereta pancit atau breakdown, boleh tepon hotline, nanti krew plus datang tolong tanpa charge. tapi nak bagi duit 'minum air' pun boleh juga kalau tengok dia berpeluh tolong kau tukar tayar. tolong towing kereta ke exit pun boleh.

cuma bila pancit / breakdown, berhati-hati dengan sindiket orang gelap. kalau tukar tayar memang kena charge 300-400RM. plus pun akui dan tahu kewujudan orang-orang ini. dan terernya orang-orang ini,mereka boleh 'bau' masalah korang dan akan sampai dulu sebelum orang PLUS. kalau tanya berapa sebelum tukar, mereka takkan bagitau. lepas siap baru bagitahu. kalau taknak bayar - masalah lain akan timbul. siang masih okey, kalau malam sangat bahaya.

3) kalau kita tengok ada eksiden ker, ada lembu kat tepi highway (kadang lembu pun telus pagar tepi highway tu) boleh call plusline. jadik informer.

4) kalau ko memandu sorang-sorang, tempat berenti masih jauh. call plusline, kalau awek angkat.

'cik saya mengantuk, boleh kita sembang tak?kalau tak sembang, bahaya bawa kereta dalam mode mengantuk..' hahaha. jangan bimbang talian busy untuk orang lain.mereka ada ramai operator..

ps-alangkah indah lebuhraya tanpa tol...dan best kalau setiap stesen bas negeri mempunyai tandas seperti rnr. luas-bersih-sangat selesa.

11 comments:

adie said...

aku pernah call sekali jer masa tayar kereta aku pancit ondeway blk kedah.tgh malam lak tu.seb baik sindiket tak bau masalah aku masa tu.krew PLUS sampai dan tolong tukarkan tayar.

hmm.. no 4 macam nak try aa..haha

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

tips no 4 tuh nk try.. tapi klu awek yg angkat xbestlah.. klu pakwe angkat leh juga berkenalan hahahhaa..

TuN TeJa said...

hehehe..bagus cadangan ngko nih bro...serdang kt ner leh lepak minum²..

p/s:norian mai dh lama bersara lh bro...hehehe

kueh bakar said...

penyu..
ko tepon bini ko dah ler..haha

tcc
kalau pompuan angkat suh dia swith line..haha

teja..
maulana depan balai.haha
aku lupa nak mention..masa kejadian tu dah lama...masa mereka berdua belum bersara...

Hanis Azla said...

akak dah save no ni masuk hp.. lepas ni klu line tu jem, akaklah salah seorang callernya.. he..he..

whitelilies island said...

ooo x penah try call plus hotline nih

kyo_9 said...

huhu..
skang ni kt umah..
ada keje nak kene settlekan..
tapi rasa ngantuk la plak..
sorang2 plak nih..
bagus gak bro sarankan call awek PLUS tuh.. hoho~

kueh bakar said...

kyo,

ko takdak awek kah?
aweks sila mengorat kyo!

k.hanis
:)

whitelili
try laa terutama kalau jem, boleh rancang jalan lain. sebab kita tau mana ada exit dan ada eksiden atau problem kat mana...

ku-cit said...

tips no 4 tu kalo kt call ckp mcm tu komfem ke dia layan??? ehehehe

mrsMazli said...

Ko masih lepak kt maulana tu ke?ok gak tu.july nnt kokang n family akan pindah n stay kt melaka.insyaAllah leh lepak2 mcm dulu2 kt maulana.this time kokang wit kids la pulak.hhehe--bini kokangz

kueh bakar said...

kucit
kompem..ahaks

adah dan kokan
aku menunggu.ko jgn lepak..
aku dengan kokan jer.ahaks.