Followers

Sunday, March 18, 2012

duit polimer

tak lama lagi duit polimer baru akan keluar. aku tidak berapa suka dengan dengan duit polimer sebab ia hanya nampak cantik dan lawa tapi tidak tahan lama. duit polimer sangat mudah rosak dan terkoyak.'plastik' kalau terkoyak bukan macam kertas koyak.

sebagai seorang cashier yang cabuk, aku paling takut nak terima duit polimer RM 5. banyak duit polimer RM 5 rosak. bila peak hours, customer ramai, aku gagal nak cek betol-betol keadaan duit. ia berisiko sebab duit rosak 'tidak laku' untuk jual beli. dan tidak sedikit duit RM 5 yang berseletape jernih.

RM 5 juga tidak tahan panas. ia akan berkerenyot. cacat kekal tanpa mampu kembali pada saiz / bentuk asal. Kalau duit lama masih boleh di'muda'kan dengan diseterika untuk membuang kedutan-kedutan.

jika cash deposit mesin di bank-bank boleh menerima duit-duit rm 5 polimer maka sangatlah banyak duit yang direject oleh mesin. itu satu sebab bank tak mahu untuk setting mesin untuk terima rm5 aku rasa. Dan masa akan diambil lebih lama dan beratur menjadi semakin panjang dan bosan.

nanti duit-duit polimer akan keluar dengan note yang besar, rm 50 dan juga rm 100. tidak dapat dibayangkan ketensenan menerima duit rosak bernilai besar! aargghh!

jika mutu polimer sama seperti RM 5 hari ini, aku yakin duit polimer akan mendapat aduan yang sangat banyak oleh orang ramai..

ps-duit syiling baru seposen macam token nak main game je.


'sebelum berkahwin, aku mempunyai enam teori mengenai cara mendapatkan anak. Sekarang, aku mempunyai enam orang anak dan tiada teori'
-John Wilmot, penyajak Inggeris.

7 comments:

Chuu Muqhlis said...

tak suke duit syiling yg baru.. da la kecik. *merungut je keje aku haha

~Sal Ismail~ said...

x suka jugak duit polimer!~ huu

JR said...

Mengapa mutu duit kita makin lama makin teruk? Tengok duit dulu2 dah berusia 50 tahun masih utuh dan tahan...

HEMY said...

hmm..dah tau duit tu senang rosak, depa kena ada plan yg bagus la ye dak..

Azlan Strider said...

betul ape yang ko cakap tu..walaupun duit tu mempunyai ciri keselamatan yang baik tapi dia macam tak practical untuk digunakan..hehehe

Regards,
-Strider-

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

masih rindu duit pound.. skrg nie klu guna bank notes mesia.. kena tgk dua tiga kali..

ku-cit said...

negara lain guna duit polimer, negara kt pon nak guna duit polimer. negarala lain duit polimernya kualiti tp negara kt kita nyer kualiti.........