Followers

Monday, October 31, 2011

restoran unta baghdad padang pasir

dulu aku dan songo ada sebuah restoran. masakan panas dan tomyam. nama dia restoran unta baghdad padang pasir. okeh bukan citer pasal restoran. nak citer pasal menu. nasi goreng kampung, nasi goreng yang paling aku suka, kalau makan kat kedai tomyam. aku rasa nasi dan kangkung sangatlah serasi.

oleh sebab aku suka makan nasi goreng kampung, maka itulah jenis nasi goreng kedai tomyam pertama yang aku minta tukang masak ajarkan untuk buat. maka aku akan kongsikan ilmu cara-cara buat sepinggan nasi goreng kampung. haha. budget chewan jap.

1.panaskan minyak. masukkan rencah yang dipotong kecil -ayam atau udang atau daging. main-mainkan dalam kuali sehingga hilang nampak mentah.

2.smashkan seulas bawang puteh dengan pisau besar atas kayu pemotong dan campak penyekan tersebut ke dalam kuali. penyekan akan memberi aroma yang lebih berbanding hirisan.

3.masukan kangkung yang dipotong ke dalam kuali. juga cili merah yang dipotong. batang kangkung potong pendek2 dalam 10cm-15cm. jangan potong pjg2. ini bukan kambing mahu makan.ini orang mahu makan. batang kangkung yang pendek lebih sedap dikunyah.

3. masukkan telur yang telah dikacau-garfukan. masukkan sambal belacan. gaul sebati.tak lama.telor itu hendaklah di masukkan sebelum nasi, untuk elakkan nasik goreng lembik dan basah.

4.masukan nasi untuk agak-agak sepinggan. gaul sikit.pastikan nasik itu sudah diramas-ramas. jangan berketul-ketul. ia akan mengganggu proses penggorengan nanti.

5.masukkan aji sikit.gula sikit sangat.kicap sotong (pengganti garam) satu camca lebih sikit.garam lambat untuk hancur, jadi kedai guna kicap sotong. masukan sos tiram sedikit- memberikan ketulan-ketulan nasi itu nampak gemuk dan bersinar. jangan terlebih kicap sotong, sebab ikan bilis sudah sedikit masin.

6.besarkan sedikit api, main sudip anda dalam kuali. menggoreng!

7. sebelum siap, masukkan ikan bilis saiz kecil. masukkan cili akar yg dismash.menggoreng sekali lagi.nak pedas letak laa banyak cili.

8. angkat ke dalam pinggan.

9. untuk hiasan, taburkan sedikit bawang goreng dan hirisan mentimun yang digarfukan kulitnya. juga taburkan sedikit hirisan daup sup. tadaaa.. nasi goreng kampung sama rasa dengan kedai tomyam siap untuk dimakan.

ps- jika anda kalah bola, elokkan bicara tentang makanan. ha ha ha. seorang penyerang trg sumbat gol. seorang keeper trg, punca gol. seorang bekas pemain trg, sumbat gol.huwaaaa!

Thursday, October 20, 2011

tarikh birthday


sedikit masa lagi, pihak kerajaan yang berkaitan, akan membuat satu perubahan pada 'tarikh mati' lesen memandu. oleh kerana terlampau banyak alasan 'dato, tolong jangan saman. saya lupa lesen saya dah mati. tolong lah dato..ala la la latok.jangan saman.'

maka, lesen kita akan mati mengikut besday kita. alasan kukuhnya - kita mesti ingat besday kita, jadi secara automatiknya kita akan ingat lesen memandu kita sudah tamat tempoh. tiada lagi alasan lupa.

kalau..kalau..lain-lain agensi - buat seperti ini. untuk mengingatkan 'tamat tempoh'. harijadi sudah tidak gembira. hu hu hu. datang jer tarikh besday, kepala akan serabut. banyak benda nak kena setel.

agak-agak..

'dato, jangan saman. saya dah lama tak sambut besday. sampai lupa minggu lepas besday saya. lepas ni juga saya pergi pejabat pos.ala la la latok, jangan saman.'

boleh lepas tak?

ps-boleh caya tak ni, beras kita cukup kalau thailand terus banjir. yang mana sekarang beribu-ribu hektar sawah padi telah rosak dan binasa. hari ni minyak masak kembali 'hilang' di kedai-kedai..aiseh!

Friday, October 14, 2011

stadium shah alam, im coming!


takdir tercipta. terengganu akan berjumpa selangor pada separuh akhir piala malaysia. jika diberi pilihan, aku lebih suka jumpa perak. Selangor mempunyai kapten harimau malaya dan bek kental, asra dan amirulhadi zainal. ketiga-tiga pemain ini, boleh memberikan kesan besar dalam sesuatu perlawanan. mereka biasa bermain dengan tekanan tinggi dengan lautan manusia.

selangor juga mempunyai tradisi menang yang panjang. jiwa dan semangatnya lain. sudah tentu juga peminat selangor rindu untuk memenuhi stadium.ia ulangan semifinal piala f.a.

Ia perlawanan 50-50. ia sudah pasti menarik dan mendebarkan.

terima kasih ashaari. 2 gol dia pada separuh masa pertama mematikan 'positif thinking' pemain kelantan. ia satu gol yng cantik. gol pertama, walaupun dia seorang pemain kaki kiri, dapat membuat satu cool finish dengan lambungan kaki kanan setelah melepasi perangkap ofside dengan mendada bola.menjaringkan gol dari sebelah kanan padang. great gol.gol kedua, juga konteatack. juga mendada dahulu dan merembat sambil berlari dengan kaki kiri. super finish and great gol too. terima kasih ashaari.

kelantan, tahniah kerana bermain begitu tekun. masih bersemangat sekalipun ia satu misi mustahil setelah ketinggalan 5-1. dan tidak temper.

gua sudah termimpi-mimpi nak gi stadium shah alam ni. keh.keh.keh.red warior sudah bungkus. sekarang kasi bungkus red giant pula.nasib baik felda kalah. kalau tak ada 3 team dari trg.hahaha. trg kan ada felda.t-team akan bertemu negeri sembilan. pertembungan klasik indera putera dan hairudin omar.

ole.ole.olee.

Monday, October 10, 2011

speechless!

suku akhir pertama, piala malaysia 2011

terengganu 3 vs kelantan 0
sabah 1 vs titing 2

ole.oleee.oOoLllLLLEEee!!!ooOOooLLLllleeeeEEEee!!!!

Sunday, October 9, 2011

incedent proposol

bila tertulis entry 'curang itu satu seni' teringat pula aku citer pelakon simbol seks, demi moore masa muda dalam incedent proposol. filem buatan tahun 1993. Lakonan demi moore, mamat tak glamer dan robert redford.

ia kisah tentang demi dan david, pasangan suami isteri muda, yang berjaya dan bahagia. david seorang arkitek dan demi seorang broker hartanah yang telah berhenti kerja.mereka merancang untuk membina sebuah rumah impian di atas bukit. mereka membeli tanah dan membuat beberapa pelaburan. segalanya nampak sempurna.

tetiba, ekonomi meleset. segala pelaburan mengalami kerugian. upah kerja mengarkitek pun kurang. company dia kerja 'bungkus'.Duit dalam simpanan juga kehabisan. mereka hanya ada beberapa ribu sahaja. timbul satu idea untuk pergi ke las vegas. berjudi!

sambil berjudi dalam casino,mereka berkenalan dengan jutawan setengah abad,john.masih tegap ala-ala dato k. kecantikan demi telah menarik perhatiannya. [ duit yang mereka judikan telah habis.kalah judi].


klimak citer ni adalah scene ini..



demi : ada barang bukan untuk dijual.


john : such as?


demi : u tak boleh beli orang.


john : that's naive demi. i buy people every day


demi : bisness mungkin. but u can't buy people not when real emotion are involve.


john : so u're saying u cant buy luv? that's a bit of a cliche don't u think?


demi : its absolutely true


john : it is? what do you think? [john memandang david].


david : i agree with demi.


john : you do? let's test the cliche.suppose...i were offer u satu juta dollar for one night with ur wife.


david : i'd assume u kidding.


john : lets pretend im not. what u saying?


demi : go tol hell!


bla2 bla2..selepas itu. demi telah mengikuti john ke bilik hotel paling atas dan akhir terbang dengan helicopter ke kapal di tengah lautan.david cuba masuk ke bilik hotel untuk membatalkan 'proposol' tapi terlewat sudaaa...


selepas 'satu malam' itu, perhubungan mereka menjadi suram. tiada lagi gelak ketawa.tiada suka..wujud 'sunyi-sepi'.akhirnya berlaku pergaduhan dan pergaduhan. akhirnya demi pergi kepada john yang telah menunggu.. david hidup tak tentu hala. duit satu juta pun tiada makna.


the end- akhirnya demi kembali semula kepada david. john melepaskan demi walaupun dia juga telah jatuh hati pada demi sebenarnya...


demi : have i ever told you, i love you?


david : no


demi : i do


david : still?


demi : always.


ps-jangan coba curang pada pasangan.curang itu sedap.TAPI curang satu benda yang tidak boleh dicoba. Ia bukan tentang sebuah hati. Ia tentang banyak perkara.Ia akan merubah keseluruhan lanskap kehidupan. its true. percayalah.jangan curang.

Thursday, October 6, 2011

pink color maa..

"pink color maa" kata zizan setelah membonceng bakal hantu dalam filem hantu bonceng.Ia scene pada permulaan cerita. Ia adalah satu dialog lucah. mungkin ramai tak tahu dan ramai tak perasan, tapi lelaki ramai tahu apa maknanya. aku pun tahu, sekali pun aku belum kawin. ngeh ngeh ngeh.

sempena oktober bulan 'kanser'. aku akan mempinkkan bankground blog. tanda sokongan kepada semua pesakit terutamanya mak saudara aku dan kawan aku, yusnieza. semoga terus kekal dalam semangat tanpa putus asa. semoga orang-orang terdekat menjaga mereka dengan penuh kasih sayang.amin.

aku seorang lelaki yang masih belum berani untuk memakai baju kolor pink sekalipun aku rasa lelaki yang memakainya cukup seksi. ini bukan statemen gay! pasukan bolasepak juventus pernah pakai pink. kumpulan maharaja lawak, jambu juga pakai pink. tapi tak nampak seksi. nampak jambu.ahaks.

dan seorang perempuan yang memakai baju pink tidaklah aku kategorikan sebagai seksi. pada mata aku, seksi seorang perempuan tidak terletak pada baju pink yang dia pakai. tidak seperti lelaki yang pakai pink.

kawan aku yang pernah ke tanah arab. mengatakan perempuan di sana cukup seksi. baju memang tutup. rambut memang tutup..tapi mata-mata perempuan-perempuan arab di sana, mengganggu tidur.sangat seksi katanya.dan ya, seksi itu subjektif.

ps- loghat trg kolor pink itu dipanggil kolor samo.

Tuesday, October 4, 2011

curang itu satu seni

telah aku dengar
politik itu satu seni
seni yang serba mungkin

telah aku dengar
bolasepak itu satu seni
seni yang menghiburkan
ye. bagi lelaki tentunya.

telah aku dengar
art of war
bunuh-bunuh itu
juga satu seni

*diam*

hari ini
aku dengar satu lagi
curang itu satu seni
wooOOoo.

erm.
seni itu tipu daya.
boleh?
hahaha.

kenal tapi tak chenta

stament nabil. sang pengantin baru..

saya sudah mengenali nazirah sejak 6 tahun lalu
ketika saya masih bekerja sebagai seorang despatch
dia merupakan adik ipar kepada rakan saya

kerap kali juga kami berjumpa
tapi tidak bercinta
dia tidak suka saya pada masa itu
kami mulai serius pun enam bulan lalu

link penuh

wenger must go

setelah tewas dengan hotspur 1-2.hari ini wenger mengaku 'kejuaraan liga sudah terlepas'. adalah malang liga baru bermula, mimpi sudah menjadi ngeri.

dalam kehidupan, ada naik turun. ada pasang surut. wenger tidak terkecuali. sekalipun pegang tampuk pengurus begitu lama dan paling berjaya dalam sejarah arsenal, masanya telah tiba. masa untuk mengucapkan bon voyage..

datang ke kelab tanpa reputasi gah daripada liga jepun,wenger membina skuad mantap dan berjaya memenangi liga di bawah henry dan co..menggilap henry dari seorang winger kurang dikenali kepada salah seorang antara penyerang prolifik di dunia bola sepak moden. tidak boleh dinafikan juga, menarik dan kuatnya skuad piala dunia perancis adalah kerana skuad wenger menjadi asas kuat kepada skuad kebangsaan. zidane jangan citer la.

juga pernah memenangi liga dengan rekod tanpa kalah. dengan permainan menyerang yang sangat menghiburkan.

kesalahan dia bukanlah permulaan buruk dalam liga pada musim ini. tapi bagaimana skuad sang juara boleh menjadi terlalu lama untuk kembali menjadi juara. ia kerana bintang yang pergi tiada ganti. dia keras kepala. dia degil kepala batu.

letak jawatan bukan satu tanda 'dunia sudah berakhir' buatnya. Ia permulaan kepada satu lagi kejayaan di masa lain.di kelab lain. wenger must go.

bolasepak - satu seni yang serba mungkin. heh!

ps-terengganu akan melawan kelantan pada suku akhir pertama hujung minggu. perlawanan final impian tentulah terengganu vs perak. ia nostalgia. prospek lain terengganu vs t-team!

Monday, October 3, 2011

dejavu aku masih dara

masa pergi umah kawan aku, zainal askar payung terjun yang bersara muda, layan Thor dan Faster...layan dvd hujung minggu. dah abis movies pasang tv3. arghh! boring pula.umah astro takde..ternampak dvd 'aku masih dara'. wooOOoo. layan jerlah citer yang 'trailer bodoh' kat tv ni..

tit!play.

kisah 3 orang kawan.yana, farah asyikin dan diana amir. sosial habis. arak, dadah dan selalu clubbing. diana amir sudah tiada dara. yang ada dara cuma farah dan yana.

satu hari, asraff muslim datang rumah yana. sepupu dia. datang ada hal dan terpaksa bermaustautin beberapa lama.asraff seorang yang 'tebal' iman. berlatarkan pendidikan agama yang cukup.

diana amir dari keluarga yang tak berapa senang. Ayah dia hanya seorang 'jaga'. mak mengambil upah menjahit di rumah. Farah dari keluarga kahwin campur dan kaya raya. tapi tiada didikan agama.Yana keluarga kaya juga, ada didikan agama tapi 'terbabas'..

ke mana sahaja yana,diana dan farah pergi asraf diminta ikut sekali oleh bapa saudaranya, parents yana. 'tolong tengok-tengokkan'. parents yana dah tak tahu nak buat apa. diharap dengan adanya asraf dapat mengontrol sedikit anak mereka.

farah adalah paling jahil. tiada didikan agama sejak kecil.namun dalam hati ada banyak 'persoalan' tentang Tuhan. Sementelah keluar sekali dengan asraf, banyak soalan yang dijawap baik oleh asraf. Ia 'menarik' farah untuk lebih tahu. dan akhirnya dia mahu bertaubat..asraf menjadi tempat rujukan pada soal-jawap agama. dia juga mengajar farah solat dan mengaji. dan akhirnya farah mengenakan tudung.

toing!toing!toing! 'lawa dia ni' ---> aku teka dalam hati asraf.

satu hari, asraf mahu balik ke kampungnya. cameron highland. mak si asraf yang mengetahui serba sedikit, menjemput farah datang sekali. sesekali berehat dari kota besar dan makan angin katanya..

setibanya dikampung mak dan bapa asraf cukup menyenangi farah. ada sopan. ada adap. ada rupa.dan ada 'sejarah' yang boleh diampunkan.selalu juga dikenen-kenen anaknya itu dengan si farah.'tak kenal maka tak cinta'.. akhirnya kedua-dua meluahkan isi hati. suka sama suka..

di kuala lumpur..yana dan diana terus berpesta. dan akhirnya yana ditiduri semasa khayal. sampai satu tempoh masa, yana risau kerana tidak datang bulan. puas dia berfikir akhirnya, dia mengajak diana untuk cari asraf. untuk menjadi pak sanggup. kenapa tidak? dua-dua keluarga sudah kenal. dan hensem juga. dan yakin asraf yang baik itu boleh terima dia. boleh kaw tim fikirnya..

sampai di cameron. dia cerita kepada farah. dia minta farah mengalah demi seorang kawan dan maruah dirinya. Farah walaupun berat hati kembali ke kuala lumpur..asraf pada mulanya memang tidak mahu tapi kata-kata yana tidak mampu dia dustakan...mereka merancang perkahwinan segera.

tiba-tiba pagi esoknya, yana datang bulan. dia gembira dan terus kansel untuk berkahwin dengan asraf walaupun dibantah keras oleh diana. bagi diana, yana 'busuk' sebab dah lah rampas 'pakwe' farah. rancang kawin. tetiba mahu kansel pula bila datang bulan.ada akai ka takdak akai ni...

farid sangap seorang pengedar dadah, 'memburu' diana kerana diana membawa lari stok dadahnya. farid sangap datang ke rumah asraf melalui farah. farah terpaksa kerana telah diugut oleh farid sangap. tiba di rumah asraf, dalam keadaan kelam kabut farid menyerang dengan pisau ke arah diana dan asraf cuba melerai dan tertusuk perut asraf..

the end. asraf selamat walaupun kena tikam. farah kawin dengan asraf. diana insaf dan bertaubat. yana? masih belum dapat hidayah dan terus dalam sorga dunia..cerita storyline dia simple dan dialog-dialog diana amir sentap macam mohon kilat! walaupun jalan cerita simple tapi ia satu cerita yang aku gagal nak agak scene2 berikutnya...

dejavu ? dunia realiti kini ,farah asyikin dan diana amir kini telah mengenakan tudung. tidak lagi mahu berlakon tanpa tudung. semoga niat dan perubahan kekal sampai bila-bila. amin.