Followers

Friday, September 30, 2011

kl gangster

masa aku menjejak kaki ke kolumpo aku shock-culture juga sebenarnya. Biasanya di trg sangat ramai melayu. cina tu sikit je.super minoriti. cina di trg cakap dialek trg. kadang-kadang orang melayu luar trg pun tak faham apa yang orang cina cakap. mereka 'di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung'. walau kaya dan mampu sangat-sangat, mereka tidak menunjuk kekayaan mereka, kereta biasa-biasa.bungalow biasa-biasa. mereka low-profile..

bila sampai KL. cina ramai. kedai runcit - jual ikan - jual sayur - jual telor - jual surat kabar - stesen minyak ramai cina yang peniaganya. tokeh mall jangan ceritalah.kereta mewah. rumah istana. sangat berbeza dengan trg. aku duduk di serdang. mahu cari kedai runcit melayu sangat susah. ada satu, di tepi restoran mamak azwat.dalam taman perumahan pun ada satu. jika tiada halal haram dalam makanan, tiadalah atau sedikitlah warung melayu di serdang tu aku rasa..

waima, kalau pergi jpj atau ssm untuk mendaftar niaga, ramai ulat-ulat cina yang mengambil upah mengisi borang, sekali pun cakap pelat melayu. gile! memang aku shock!

****

okeh tamat 'bunga'.cerita dari kawan aku,pezo..

dia keje bank. bahagian pinjaman kenderaan. satu hari, ada satu cina, taiko datang. taiko ni memang pakai kereta tak bayar pinjaman. memang black-listed dan surat tarik telah lama keluar.bertahun-tahun dah. sepanjang dia pakai memang tiada orang berani tarik kereta dia. Ada orang baru kerja yang tak tahu dan telah tarik kereta dia.

Dia cari pegawai yang inchange dan mahu tahu siapa yang tarik kereta dia. Dia memang panas. tak siapa berani tarik tetiba kena tarik. pegawai minta dia sabar. calm down. dan bagitau memang pihak bank tak boleh nak bagitahu siapa yang tarik. polisi begitu. rahsia.

"tak pe. esok wa datang balik" taiko tu cakap.

esoknya dia datang balik. mahu jumpa pegawai semalam. dia tetap mahu tahu siapa tarik kereta dia. pegawai tu dah goyang dah. alamak! taiko semalam datang lagi. Dia pun sama macam semalam la.cakap elok-elok dengan cina tu. tak boleh bagitau.

taiko tu letak pistol atas meja. glup! dia bertenang walaupun cuak. dan cakap rahsia. tak boleh bagitahu. kereta pun dah masuk storage dah. dia cuma boleh bagitahu stor mana je yang 'simpan' kereta tu.

"takpe. lain kali wa datang lagi maa"

taiko tu pergi stor tu dan tengok kereta dia. dia pergi sound bahagian storage.letak bawah bumbung. jangan lelong kereta dia. tak kiralah sampai bila pun. kereta tu taiko tu dah bikin habis dah. tu yang dia sayang sangat tu. kihkih.

[ kereta yang ditarik akan disimpan oleh pihak ketiga dan akan dilelong mereka setelah 3 bulan jika tidak dituntut oleh pemilik. selain kena membayar tunggakan penuh, pemilik juga dikehendaki membayar penalti upah tarik dan upah simpan secara harian. Barulah pemilik kereta boleh mengambil kembali kereta]

[jika pemilik membiarkan keretanya dilelong. dengan harga bawah pasaran tentunya. maka baki pinjaman tetap pemilik lama kena bayar. jika tidak, nama blacklist dan tak boleh buat loan bank dikemudian hari. kalau lebih 30k, tindakan muflis boleh dikenakan.]

****

7 bulan berlalu.

"boss. ada kereta merz 300k bayar muka jer. bulan-bulan satu sen pun tak bayar. dah masuk 7 bulan."
"dah hantar orang cek belum?"
"alamat palsu. ic pun palsu lah boss.call tak dapat. ni kes tipu ni boss.kereta tak tahu kat mana."
"okey. awak boleh pergi"

keesokannya. taiko cina tu datang. jumpa pegawai tu. terkejut juga dia. 'aduh apek ni lagi'. taiko tu cakap dia ada info tentang kereta yang tak bayar. kereta merz 300k tu lah! Dia cakap dia mahu 100 ribu. upah bagitahu mana kereta.

"lu mahu rugi 100 ka, rugi 300. lu pikir maa.."
"okey. nanti saya bagitahu pihak atas dulu."

pegawai buat meeting dengan orang atas dan maklum dengan hq. woha ! pihak bank bayar taiko tu 100k dan taiko tu setelkan untuk keluarkan kereta dia dan ada banyak lebih lagi. tamat kl gangster.

betul ke citer kawan aku ni? aku pun tak tahu..tapi logiknya ada..

ps-kl gangster 2 ada rosyam nor.harap rosyam berlakon stail lain.jangan sama macam castelo. kalau sama memang fail la. he he he. melayu gangster tak buat duit..gangster ala-ala kampung dusun.

Wednesday, September 28, 2011

henry's crime




first tgk movie kenu reeves tahun 1996 kot..'walk in the clouds'. dengan lobo, d.o dan dr.keyo..apa ke hal kawan aku pi pinjam video tape, citer romantis-jiwang-bungabunga? masa tu nak tgk van damme ker. stallone ke.jet li ke..tapi ia sebuah citer cinta yang best juga ekceli..sebab skript kuat dan storyline ok..antara qoute yang best..


"clothes are like family. you have to live in them for awhile, before you have the perfect fit"


last tgk kenu - henry's crime. ia kisah seorang penjaga tol, henry. seorang yang nerd, boring dan 'slow'..satu hari didatangi 3 orang kawan, semasa dia dan awek dia sedang makan di rumah..mengajak untuk menonton baseball game.dia menurut. tanpa dia sedar, kawan dia tu ajak dia pergi merompak bank sebenarnya.Apabila sampai depan bank, dia disuruh tunggu dalam kereta. 'jangan matikan enjin kereta, nanti kami datang'. dia telah konpius, melihat kawan dia memakai topeng dan syak itu kereta curi tapi nerd dan slow- dia tak buat apa-apa. hanya melihat kawan2 dia masuk bank. tak lama, siren bank berbunyi..kawan2 dia lari lintang pukang keluar bank.lesap..


seorang polis bank, yang kebetulan keluar dari bank itu membeli coffee.menghampiri kereta."jangan bergerak, anda telah dikepung. sila angkat tangan!". dia telah ditangkap polis. di soal siasat dan telah dijatuhi hukuman 3 tahun penjara. bersubahat dalam cubaan merompak bank. dan tidak menamakan nama kawan2 serompakan walau ditawarkan pengurangan hukuman.


Di dalam penjara...


dia berkongsi sel dengan seorang tua,max. orang tua yang suka bercakap.bercakap tentang apa sahaja.max-seorang yang mengajar henry tentang hidup sebenarnya. henry seorang yang tidak suka bercakap. tanya satu jawap satu.tanya dua jawap dua.tanya banyak2 tiada jawapan.hahaha! tapi jujur dan lurus dalam percakapan.


'apa jenayah kau?' max
'cobaan merompak' henry.


'tapi aku tak buat' henry.

'haha. mana ada orang berak mengaku tu tahi dia' max.


'apa impian hidup kau?' max.

'entah. tak ada' henry.

'haha..apa punya bangang kehidupan kau ni. mimpi pun takde' max.

'hidup kena ada mimpi. baru ada matlamat' max.


setelah 3 tahun. henry keluar penjara. dia pergi ke bank yang dia dituduh merompak dulu.

semasa dia kencing di dalam tandas restauran di depan bank. dia ternampak sesuatu. ada artikel lama yang diframe pada dinding tandas. 'ada terowong bawah tanah dari teater ke bank'. teater itu bersebelahan dengan bank. wOOoo! tiba-tiba dia ada impian. mahu rompak betul-betul bank yang dia 'tidak rompak' dulunya..


dia melawat max. cerita tentang plan nak rompak bank. dia minta max menjawap dengan baik bila tiba sesi soal-jawap untuk lepas dari penjara dengan pengawasan parol -sesuatu yang max tidak buat dulu. Bercakap merapu semasa sessi dan terus terpenjara...


'ko datang penjara nak tanya aku pasal rompak bank?" max.

'ye' henry.
'nak rompak bank yang ko kena penjara dulu?" max.
'ye' henry.

'i love u kid..hahaha' max rasa henry memang bodoh. tapi max menjalani sesi pelepasan dengan parol dengan baik dan dia keluar penjara. dia rasa memang stupid tapi dia pun seronok dengan henry sebenarnya.

'kau datang pick-up aku keluar penjara?"
"ye"
'mana kereta?'
"takde. dah jual"
"ko pick-up aku jalan kaki?"
mengangguk.
"ni bukan pick-up orang la bodoh!"
'bus stop depan tu je" henry.
berpaling ke penjara.
"oooooOOooiiIii penjara! bukak balikk! aku nak masuk!!"
hahahaha.


sambil-sambil merancang untuk merompak bank, dia berkenalan dengan vera farmiga(sebelum ni tengok lakonan dia dalam source code). aku suka tengok vera dalam movie ni. karektor dia sebagai seorang pemain teater sangat kuat. lakonan dalam lakonan dia sangat menjadi. dan tentulah henry jatuh cinta dengan vera..vera sangat natural ekspresinya. aku pun rasa jatuh cinta sikit dengan vera walau dia bukan muda bergetah..

the end of the story-rompakan berjaya! cerita ni jalan cerita sangat simple. tapi karektor kenu. max. vera. sangat berkesan.sangat memorable.sangat kuat. skrip-skrip sekeliling henry dalam citer ni sangat menghiburkan dan 'meriah' walaupun watak henry seolah tiada perasaan dan mendatar..ia membuatkan kita tersenyum ketawa.

"lucu kerja tol kan...dia saksi orang ke mana-mana destinasi. tapi dia sendiri tidak ke mana-mana" vera.

Wednesday, September 21, 2011

masa aku kecil part 4

masa aku darjah 4 gitu, aku ada buddies, dua orang. sorang anak pengetua mrsm KT.mak dia pengetua.. sorang aku tak ingat pula bapak dia kerja apa. dua-dua nama ariff. dua-dua gatal. dua-dua ada aweks.ha ha ha.

masalahnya. aku adalah tempat untuk mereka minta tolong.

"ko tolong aku bleh?" arif satu
"tolong apa?"
"tolong simpan surat aku bleh? nanti mak aku jumpa susah"
"hah?!"
"alaa tolong la. nanti petang main bola kat padang MRSM nak?"

[padang MRSMKT tersangatlah cantik padangnya. tak macam padang sekolah aku, botak dan macam gurun. rumput tak penuh. sebagai bola lover, padang MRSM yang terjaga rapi. rumput trim. menghijau.tersangatlah nikmat untuk bermain bola.]

" nak.nak."
"ko pun simpan aku punya" arif dua.
"ehh. taknak lah"
"aku ada bola baru.semalam bapak aku beli.cap tango celup"

dua-dua surat. dari dua-dua awek.nora dan julaili. aku simpan dalam beg. arif kata tak perlu takut kantoi dengan mak aku. bukan aku punya.takut apa. yelah.yelah. dalam berkeping2 surat tu.antara pantun penutup surat...

pecah kaca pecah gelas
lepas baca harap balas

pen merah pen biru
jangan marah i love u

hahaha.terbaca.

satu masa.

"mie, ni surat2 apa ni? gatal nak bersunat ker?"
"errr...bukan mie punya. arif punya.dia suruh simpan"
"eh ko ni...pi buang surat2 ni.belajar bla2..bla.bla..bla..malas..bla..bla..sunat dua kali..bla..bla.."

satu masa yang lain.di rumah bapa saudara.

"mie..ada girlfriend ye kat sekolah?"
"ko nak jadi P ramli ke"?

apa ni?mama bagitahu ker?bengang ada.malu ada.

satu masa yang lain. di rumah bapa saudara lain.

"mie..belajar dulu. jangan ada makwe."
"pakcik dulu umur 30 baru bercinta"
"tak baik tulis-tulis surat time kecil2 gini"

ya ampun!mama!!!!!!

-theloveletter's saver-

masa aku kecil part 3 (jamban)





dalam banyak-banyak jamban yang aku jumpa, jamban rumah nenek aku sebelah bapaklah yang paling rare. rumah kampung pada masa itu, belum ada bekalan air paip. cuma letrik dah ada. kg. paloh hinai. betol2 depan sungai pahang. belakang rumah pun ada mini sungai..


aku memang suka balik kampung nenek(bahasa untuk ayah's mom) sebab boleh mandi sungai..best woo mandi sungai. boleh tengok orang berenang gaya bebas. kuak kupu-kupu. gaya anjing. gaya-gaya akrobatik masa terjun sungai. err aku tak pandai berenang. takat menyelam bolehlah. berenang pakai pelambung tayar lori.memang terasa jahil tak tahu berenang walau kg bapak depan sungai..hahaha..


jamban rare..jamban ni dibuat dari 5 atau 6 batang kayu balak yang besar-besar. orang kg amik balak masa balak dihanyutkan dari hulu ke hilir (tempat terletaknya sawmill).diorang susun macam rakit.pakukan.ikatkan kuat-kuat..ia terapung-apung di dalam sungai.


di atas balak2 tu ada tempat untuk membasuh kain. tempat untuk mandi dari atas pakai gayung,tak terjun sungai. dan semestinya ada tempat untuk berak. okeh, bila time aku berak, bila tahi jatuh ke dalam sungai, tetiba pula ada ikan makan tahi aku.perghh.. sejak kecik memang aku tak makan ikan sungai. hahaha.


tapi..berak sambil dengar bunyi air..bunyi daun. bunyi angin..bunyi alam memang redup hati..bila dah habis, pakai tangan atau gayung la cebuk air yang mengalir tu..


skrg kg dah ada air paip. skrg nenek pun dah takde..dah tak balik kg lagi..gambar iksan gugel.


















masa aku kecil part 2 (sanita part 2)

mama aku seorang cikgu. kadang dia balik lambat dari sekolah. ada meetinglah. itulah.inilah. macam-macam. aku sekolah lain.mama sekolah lain. tak sama sekolah. tak rock tahu, kalau sama sekolah dengan mak!

aku dan adiks dah sampai rumah.kring! kring! tepon rumah menjerit.

"hello"
"mie..tolong beli sanita jap kedai pakmat.mama lambat sikit..kalo nak belilah roti sekali.."
"duit takde"
"bagitau pakmat nanti petang bayar"
"alaa..mama beli sendiri laa.."

tuuuttttt...mama dah letak tepon.hampehs. terpaksa la pergi jugak.kayuh beskal.sampai kedai..masuk kedai.tengok rak sanita. tengok kaunter cashier..alamak! anak pakmat pulak jaga.aku garu kepala. balik je lah. malu ni..pusing balik, melangkah keluar..

"kerinting! ni barang kau. mak ko tepon tadi. dia tambah barang"

huh! berani kau panggil aku kerinting.aku tuju cashier. ambil beg plastik yg dia hulur..melangkah nak keluar aku berpaling tengok anak pakmat kiyut..dia gelak2 kecil.

"oi! apa kau ketawa tu? kau nak pakai sanita?"
"bapaaakkkkkkk!!!"

kelam kabut aku lari..terus aku wilie beskal laju2 balik rumah.haha! bodo punya anak pakmat..

Tuesday, September 20, 2011

masa aku kecil part 2 (sanita)

aku kecil zaman 80an. zaman item yang dijual di kedai2 runcit hanya ada satu jenama. seperti ridsect.fumakilla.sardin cap ayam.chikedis.dan paling memori sanita.

dan bila mana, lahir sebagai anak lelaki paling tua.tiada abang. dan sudah pandai mengayuh beskal. maka adalah menjadi tugas hakiki membeli barang di kedai. dan membeli sanita spesifiknya.

masa time budak2. bila mak suruh beli, kita main belilah.tiada rasa apa-apa..

"mie..pegi beli sanita sekotak"
"mama..duit lebih 20 sen nak beli suguz boleh?"
"ha boleh"

sampai kedai..

"pakmat.. sanita satu! yang warna kuning.bunga-bunga" tangan seluk tabung suguz.
"okey siap.macam la sanita ada warna pink"

masa firsttime beli. mama panggil masuk masterbedroom, tunjuk contoh kotak sanita. aku angguk paham.ia sama macam kotak cornflakes saiz besar.masa tu cornflakes saiz kecik belum keluar.

setelah sekian lama membeli sanita. aku naik hairan. apa sebenarnya sanita ni? pulak tu ia hanya ada dalam bilik mama. tak ada di dapur. tak ada di ruang tamu. rasa ingin tahu timbul.kalau goncang kotak tu macam bunyi cornflakes pun ada..nak tanya direct macam tak sesuai.benda tu macam ada rahsia kecil..

satu waktu..masuk bilik air mama dalam masterbedroom, ternampak sesuatu dalam plastik. ish.apa tu? sanita la ni. ish kenapa ada darah? ish bau hanyir. mama sakit ker? ini pakai kat mana? berpikir seperti menyelesaikan jigsaw puzel. macam pampers baby la..

satu waktu bila dah besar sikit.dan aku telah paham sikit2 apa itu sebenarnya sanita.

"mie, beli sanita sekotak".err.malu dah menguasai. tapi siapa lagi yang nak pergi beli kalau bukan aku.terpaksa la pergi beli.

sampai kedai..masuk kedai..

terus pergi rak sanita.nak amik tetiba terpandang kaunter cashier. anak perempuan kiyut pak mat pula yang jaga. adui. macam mana ni? nak ambik ker tak? malu ni..pergi tempat aiskrim, amik aiskrim jeruk betik.seposen sebatang.

"ni jer? duit kecik takde?".awek tu muka berkerut dahi.
"takde.ha ah. ni aje". tak beli apa-apa kang malu pulak.dah masuk dalam kedai.huhu.

kayuh beskal laju2. terpaksa pergi kedai jauh. beli kat kedai sana.malu punya pasal.

kini jenama dah bermacam2. iklan pun macam2.tapi dulu, ada sekali awek aku suruh beli. time tu emegency.still masih malu.yang mana satu ada wing ni? saiz mana satu?cashier pompuan jaga. line pulak panjang. Arggghhh rasa nak pakai topeng jer.

the one and only...

masa aku kecil...

masa aku kecil aku suka..

1.makan mata ikan.
aku suka kemam mata ikan goreng macam gula-gula sampai satu masa ada orang kata makan mata ikan nanti otak bebal. terus tinggal tabiat tu walaupun air liur kecur..

2.makan roti keping dengan susu cap junjung.
suka juga makan roti dengan kaya.dengan sardin.dengan kacang pusing-pusing dengan jem anggur.dengan planta campur gula.dengan dorina kosong atau keju kosong.tapi roti keping-keping dengan susu sangat mengasyikkan.

3.makan jemput2 bilis campur bawang dengan susu cap junjung.
suka juga dengan sos. tapi dengan susu lagi mengasyikkan.

4.makan telor masin bahagian warna puteh.
memang masin sikit tapi memang suka yang puteh. sama macam telor rebus biasa. suka puteh juga. tapi bila dah besar tukar pula. suka yang kuning telor dengan kicap lagi sedap.. kalau masa duk hostel. makan telor kuning dewan makan byk-byk, nanti boleh main kentut kepal.mula-mula kentut.segera amik kentut tu dengan kempalan tangan. genggam erat-erat.cari muka mangsa.lepaskan slow2 depan hidung.dan larii! sebelum kena sepak...tak pun masa orang tengah berkumpul sembang ramai-ramai, ko lepaskan kentut slow-slow-slow tanpa bunyi...tinggal ko sorang-sorang.yg lain dah lari bedesup...haha.

5.makan telor penyu bahagian warna oren.
ni lain pula. suka yang bahagian oren.bila besar dah tak makan telor penyu. susah mahu dapat.

6.makan ekor ikan goreng.
kalo arwah mak hidang ikan goreng, memang habis lah semua ekor ikan aku sebat dulu. tapi yang tak bestnya adik aku pun follow nak makan ekor ikan goreng juga. last-last, arwah ma aku potong ekor sebelum goreng. hu hu hu.

7.makan peha ayam.
aku rasa hampir semua budak-budak suka ayam goreng bahagian paha.heran! mungkin macam aiskrim. mungkin pengaruh iklan minyak masak atau iklan KFC(masa kecil, KFC belum ada di TRG).kulit ayam yang ranggup memang best waktu itu.bila dah besar bahagian dada ayam la best. kulit dah rasa geli-geli sikit nak makan..


8.tak suka soya bean.
aku rasa macam nak muntah. tak boleh blah. tapi masa duk hostel sekolah, ada satu peti yoes yang selfservis pakai syiling tu, yoes soya memang cepat habis.2nd teh bunga.. ramai orang beli.jadik masa 'mintak air sikit', pau kawan atau budak junior, lama-lama jatuh cinta terus dengan soya.


9.tak suka rebina.masam. rebina jenama yang tenggelam juga sekejap, selepas di awal kemunculan 80an. bila besar minum rebina rasa syok pula.

10.sardin cap ayam.terutama kalau nasik tu panas sikit dan lembik sikit. sampai sekarang masih begitu. ia begitu asyik.memang stim.


kesimpulannya. citarasa kita akan berubah sesuai dengan peredaran masa. setelah melalui pelbagai fasa hidup.setelah merasai banyak rasa-rasa.


namun, takdirnya tetap tidak semua rasa itu berubah. ada rasa, sampai bila-bila pun kita suka. yang paling kita suka. sampai bila-bila!

Friday, September 16, 2011

kenapa perempuan melayu suka jadi artis?

kalo dulu drama-drama atau program nyanyian hanya mengisi slot untuk rtm dan tv3 je.Sejak ada astro milik ananda krishnan, artis-penyanyi atau pelakon tumbuh bagai kulat selepas hujan.terlampau ramai hinggakan kita tak kenal pun si polan tersebut. ni belum termasuk tv9.tv hijrah.ntv7.8tv.kenapa ramai nak jadi artis atau selebriti ni?meh tengok contoh.

1.Azrinaz Mazhar Hakim


Bekas seleberiti tv3 ini aku letak no 1 sebab berjaya kawin dengan Sultan Hasanal Bolkiah. Sultan brunai merupakan orang terkaya di muka bumi pada tahun 96 dengan harta terkumpul 40 bilion USD. Baginda juga merupakan kesultanan Melayu tunggal yang masih berkuasa penuh. kini telah bercerai dan punya 2 anak dengan baginda sultan.isteri kedua?


2.norjuma
norjuma menjadi pilihan adik najib setelah oratan dia pada normala samsudin telah ditolak Tun Rahah Mohd Noah.Ibu najib yang bermenantukan janda rosmah tidak mahu pisang berbuah dua kali. norjuma walaupun baru bersinar di TV3, terima pinangan nazir, pemilik cimb yang naik mencanak-canak kekayaannya kini.Isteri pertama.


3.zizi ezzete


Semua orang tahu, ahli politik terutamanya umno memang buat duit.ahli parlimen kinabatangan, bung mokhtar radin yang 'sangat bising' dalam parlimen memilih zizi ezzete yang bergetah.kini memiliki syarikat BZ 2121 dan akan mengeluarkan filem sedikit masa lagi dengan adiknya sam.


4.lisa surihani


sedang dalam bercinta dengan duda erra fazira, yusri. KRU studio bernilai jutaan ringgit di cyberjaya. KRU sangat berjaya kerana mereka pandai berniaga. setelah tahu muzik kurang buat untung, mereka buat filem pula selepas video2 klip yang mereka buat sangat bagus dan mendapat pujian ramai.

5.siti norhaliza
Kawin dengan korporat dato K. oleh kerana siti sangat dijaga oleh abangnya ayie membuatkan siti sukar untuk bercinta dan didekati oleh lelaki.yusri pernah dikatakan mahu keluar dating dengan siti, tapi siti suruh mintak izin dengan ayie.ha ha ha. terus tak jadi dating.

dato K sebenarnya pernah membawa siti balik ke rumahnya.masa tu tengku zawiyah melayan siti seperti adik. sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula dato K. aku rasa Dato K adalah lelaki yang paling rapat dengan siti sebelum siti kawin. siti kata dia sangat tocing dengan keromantikan dato K yang menelefon dia dari pesawat di atas udara. tak pernah orang buat macam tu katanya. ha ha ha.nilai romantik siti.

dato k rapat dengan siti untuk perancangan perniagaan. simply siti salah satu bukti.siti tahu walaupun dia kaya tapi kekayaan dato K adalah kaya.misai pun hensem.harijadi pertama selepas kawin bagi merz 800ribu. harijadi kedua bagi jam richard miller 200ribu. harijadi ketiga bagi beg tangan LV 40ribu. siti mendapat apa yang semua dia nak tapi tanpa kemaafan tenku zawiyah, siti tidak akan beranak.

6.normala shamsudin
kawin dengan menteri hal ehwal perdana menteri, azmi khalid, sudah bercinta ketika masih punya isteri dan berkawin setelah isteri meninggal kerana sakit. normala, seleberiti TV3 dengan jolokan wanita melayu terakhir sebelum itu bercinta dengan nazir razak.

7.raja azura
kawin dengan anak bekas menteri besar kedah.adzmin tan sri osman.kini telah bercerai kerana dikatakan suami suka wanita lain.

8.erra fazira
ini primadona cinta.bertunang dengan awie yang masa tu meletop2 dengan filem skops. setelah putus tunang kawin dengan yusri KRU.telah bercerai dengan yusri dan kapel dengan hans isac hinggakan bersama-sama cuti di sipadan. hans bengang dengan erra kerana dia telah nampak lelaki lain berada di rumah erra semasa dia datang pada waktu malam. kini erra telah kawin dengan tengku emran, pemilik sinar fm. playgurl terhebat.

9.mas anizan
walaupun baru belakon sikit drama. terus terima pinangan Arwah Dato Ali Bapoo.bercerai mati.

10.nora danish
awek kelahiran terengganu ini memilih jejai playboy.anak bekas menteri besar ramli ngah talib. memiliki helicopter sendiri. cerai kerana fasha sanda.

11.zila jalil
dia ini pun kawin masa nama tengah top. masa tu pegang title simbol seks nusantara. memang power. ha ha..kini masih aktif menghasilkan drama dengan co dia, pena creative.
kawin dengan arwah megat junit megat ayob, menteri perdagangan dan hal ehwal pengguna.bercerai mati dan bertudung dan masih menawan kini.

12.julia banos,26
kawin dengan jutawan kereta, moktar ahmad.pemilik mutiara motors. memegang rekod hantaran kawin paling tinggi artis kawin. rm 77,888.77. bersara terus dari dunia hiburan.

13.tiara jaqelin
janda arwah hani mokhsin kawin dengan dato seri effendi nawawi.menteri jabatan perdana menteri. setelah kawin dengan menteri dapat buat filem puteri gunung ledang dengan dana 16 juta RM.

ps-huh.ramai lagi la. tu sebab ramai pompuan nak jadi artis.glamer.fames. boleh kawin sultan.boleh kawin menteri. tambahan pula ahli politik malaysia cenderung untuk kawin dengan artis. Jika kawin dengan menteri duduk diam-diam takpe. kita tunggu fasha kawin dengan sapa.neelofa?

tv3 adalah paling berjaya menghasilkan bini-bini untuk golongan korporat dan bangsawan dalam negara ini. KRU berjaya hasilkan aweks-aweks bergetah saham nak naik.oh malaysia..

Thursday, September 15, 2011

kenapa aku tak suka rosmah mansur?






1. Sejarah silam. duda kawin janda.

dengar-dengar cerita dia adalah seorang isteri dan punya anak pada waktu dulu. tapi kerana mahukan najib, dia minta cerai. dan akhirnya berjaya berkahwin dengan najib.najib pada waktu itu juga sudah mempunyai isteri. Tun rahah, mak najib dikatakan lebih suka kepada isteri pertama najib. bagaimana susun atur kronologi ini masih misteri.tidak banyak diceritakan orang. Dikatakan rosmah ini seorang yang bercita-cita tinggi.tapi tak baiklah buka 'buku lama' kan...jadi ini point paling lemah.


2. Cium pipi salman khan

Dia tanpa segan silu mencium pipi salman khan di atas pentas. Ia pertama kali dilakukan oleh seorang isteri perdana menteri.nabil peluk irma pun pun boleh jadi 'kes'. ini pula isteri PM.tapi lucu juga orang melayu. berlakon berpeluk bagai takpe. nabil peluk irma gegar! sama saje. dua-dua tak boleh sebenarnya..


3.Rosmah ada pejabat sendiri, 'pejabat first lady of malaysia'. semasa Paklah jadi PM, KJ ada pejabat sendiri dengan kawan-kawannya, 'budak-budak tingkat empat', walaupun tidak memegang jawatan sebagai menteri. ia menjadi liabiti kepada paklah dek tindakan KJ. rosmah tidak belajar dari peristiwa.


4.Permata

setelah turun dari kerusi nc unisel kerana dikatakan tidak memiliki kelayakan akademik sewajarnya, dia mewujudkan Permata yang mendapat dana kerajaan 100juta setahun. Menguruskan kanak-kanak kecil lebih senang dari menjaga pelajar-pelajar dewasa yang boleh berfikir. Ungku aziz pernah mengambil seorang anak angkat. budak itu boleh membaca ketika berumur 4 tahun. Apa jadi? budak itu gagal.ingat si genius safiyah?adi putra? Pada aku, waktu-waktu genting seseorang untuk berjaya, adalah ketika berumur akhir belasan atau awal 20an. itu waktu untuk menjadi orang atau jembalang.ya!selepas fasa umur ini, masih boleh jadi apa yang kita nak jadi..tapi kebanyakan karier terbentuk dari waktu kritikal ini...


oleh kerana menantunya, fazli dato yakob terketawa kerana dia tidak lagi jadi nc unisel. dia bengang dan membongkar kepalsuan title dr pada nama fazli asmara itu. sejak itu fazli tidak lagi menggunakan title dr di depan namanya. juga berlaku sikit kacau bilau di awal-awal kemunculan kolej swasta milik keluarga fazley, kolej FIC (fazley international kolej).-rosmah bengang ni aku reka. tapi ada kronologi di situ..


5. Tidak hadir di hari perkahwinan anaknya, Azrene Soraya, anak dengan mantan suami pertama. (walaupun seringkali memberi press statemen suruh orang sayangi anak) malah memberikan amaran pada media-surat khabar dan radio-tv serta datin-datin agar tidak hadir jemputan kawin fazley-soraya di PTWC. Fazley berjumpa soraya semasa di uk menguruskan konsert siti albert hall. di mana di situ, dia sudah tahu siti sudah cintan dengan dato k..maka orat-oratan dia pada siti tidak mungkin lagi berhasil. dan mana tahu dia boleh ikut skrip KJ. menantu kepada perdana menteri.ketidakan hadiran ini, membuatkan aku rasa, segala kasih sayang kepada anak-anak kecil di PERMATA adalah kata-kata yang tidak jujur..dia seboleh-bolehnya mahu menutup yang dia telah punya anak sebelum najib.


dato yaakob seraya berkata.."ada juga manusia berperangai syaitan.." sedih melihat akan kekosongan kerusi di majlis perkahwinan anaknya.


6.semasa berucap hari raya. najib duduk memberi ucapan. dia berada di sebelah. habis. tetiba muncul dia berseorangan dikaca tv dan membuat ucapan. ???? najib 1 rosmah 2. tidak pernah dibuat siti hasmah atau arwah endon. memang spoil dan over.


7.rambut stail sami veloo. :p


8. suka poco-poco.dah tu ajak ramai-ramai poco-poco kat dataran. aku suka tgk aweks berpoco-poco.tapi kemonlah! anda isteri PM.


9. tiada hari tiada gambar rosmah. ko beleklah surat khabar.tetiap hari wajib ada gambar big mama.


10.cincin 24 juta. menurut utusan melayu. cincin itu bukan milik rosmah walaupun dihantar bernamakan rosmah. cincin itu milik mira narbayev. besan dia orang Kazastan tu..


aku seorang non-partisan. tidak mendaftar dengan mana-mana parti politik tapi suka perati gelagat dan tindak tanduk orang politik. tibalah masanya najib harus bertegas dengan bininya. dia telah menjadi liabiti kepada umno dan PM sendiri.lupakan..


"ingat sikit bang, den yang naikkan awak sampai jadi PM tau! pedulikan orang kato.sejak kawin dengan awak lagi den dah janji jadikan awak PM. mak awak pun tak sangka awak boleh jadi PM.." hehehe.


ps-politik yang matang akan menghasilkan negara yang baik.