Followers

Tuesday, August 9, 2011

now everyone can fly

kali pertama aku naik flight tahun 1996.Naik Mas dari Subang Airport ke Trg.Ia gaji pertama aku. gaji kerja kilang di Rawang.Arwah mak suruh balik kampung.Jangan susahkan orang katanya. Masa tu aku menumpang di rumah sepupu aku yang dah berkahwin.

masa tu, aku dapat gaji yang tak banyak sebab tak cukup sebulan kerja dan burn beberapa hari gaji setelah cabut tanpa notis. ha ha ha. aku terpikir nak naik kapal terbang. macam mana rasa ek?
kawan aku,lobo, seorang kl, menghantar aku ke airport.beli tiket.etc..dan aku begitu takut masa kapal terbang pecut nak take-off landasan tu.ia lebih takut dari rollercoster yang aku naik kat genting highland masa kecik..tobat taknak naik flight lagi!

aku pun suka juga hendak balik kampung, suasana di kilang macam di bangladesh.hari2 aku belajar bahasa bangla.kiri kanan bangla.kilang tu buat getah tepi pintu kereta.mungkin perodua punya..sebab perodua kat rawangkan..

airasia

company asalnya ditubuhkan oleh arwah tan sri yahya, anak syarikat drb-hicom. tapi sejak kematian beliau, airasia telah kerugian. oleh kerana mahadir tidak membenarkan lesen baru untuk penerbangan.maka tony fernandes telah beli airasia dengan RM 1. hutang 40juta. 2 boing 737-300..lahirlah airasia - everyone can fly - motto yang cacthykan?

kali kedua aku naik kapal terbang adalah pergi ke kuching..kata dah tobat taknak naik.. hehe..lupa aku bila..tapi masih di awal-awal umur airasia..kawan aku, cikgu zali ajak pegi sana... people like to travel. people like to pay less...tiket memang awal bebulan la sebelum tarikh.rm seratus lebih pergi dan balik..yeah! kuching im coming! hehehe.

flight pukul 6pagi.jadi aku kena ada sejam awal.4oo pagi aku bertolak naik motor dari serdang tuju Lcct.aku malas nak menyusahkan kawan hantar aku.jadik aku rasa naik motor bagus walau takde lesen dan tiada parking fee..(masa tu bas rm 9 belum ada)

kali ni suasana lain berbanding kali pertama dulu..lcct tu macam stesen bas.ramai bukan main.bukan macam airport.tidor dilantai pun ada.'now everyone can fly'.heh! memang tepat.dan masa masuk boarding lobby tunggu untuk naik flight, tiba-tiba ada staff buat pengumuman flight ke kuching.sila beratur..orang pun berebut2 beratur..tergelak aku.(booking seat belum ada)

kemudian kita akan menuju ke kapal terbang dengan berjalan kaki.masa ni feel sangat.nampak kapal terbang.ada bunyi enjin boing.dan jalan laju..potong line.hahaha. tak macam dulu.dulu pakai aerobridge.tau2 dah masuk kapal terbang sambil tengok stewadess senyum..kalau hari hujan renyai pakai payung. cool!

lepas tu ada brief pasal kecemasan..lucu pula tgk 2 pramugari buat memek.err..cuak sikit pun ada.."kalo dalam air.tarik ini.tiup wisel" ---> macam citer titanic tuh!

[aku pun ada jugak buat kira2...200 orang penumpang..kalau darab 200rm = rm 40000..kuching ada 5 trip sehari = 200,000rm sehari! kenapa MAS rugi erk?]

take off kali ni aku lebih tenang.mungkin dah dewasa kot..hehe. dan pemandangan langit sangat lawa..tambah ada cahaya matahari.subhanallah.

lepas tu ada jual makanan dan minuman..tolak gerai.kehkehkeh. walaupun takut2 berada di udara, mata terpampam juga kat montot stewadess tolak troli.hahaha. dan ada jual cenderahati..

dan selepas itu 3 kali repeat ke sarawak. 2 kali ke sabah. oversea belum rezeki.huh!
melancong adalah kesesatan yang mengasyikan..


***********************************************************

sekarang sedang hangat MAS dan AIR ASIA mungkin bergabung.jadik aku belek2 la buku yang dulu aku beli, the air asia story.

"believe the unbelievable, dream the impossible and dont take 'no' for an anwer"

"saying you are going to do something is always the easy part.Its the doing part that actually makes or breaks you"

"we are trying to serve people who are underserve"

"i dont believe in owning technology. like you buy hp, one year later its out of date, so its better to rent. our strategy from day one is not to own, but to rent"

"people havent really understood why im sponsoring formula one teams or man U. if u want to be a global player, u have to tell the world about yourself"

"bonus? i think it is never enough.there is one thing about malaysians.Whatever you give is never enough"

"just believe in your own conviction. If you listen to everyone else, you will never start. weve just got to believe in and do it"

"the person who changes things wont come from the industry. it will be someone else from outside the industry. people in the industry wont change"

"there is a fine line between managing the ego and having no ego.If you dont have ego, you wont be succesful, but u need to know how to manage that ego"

"i would like people to be positive, to be sensible, and to realize that the world is a tough place"

**********************************************************

aku tetap merasakan air asia ada duit dari ananda krishnan..sebab tu nama flight AK. syhhh! air asia telah menempah boing 200 bijik kot, dengan harga rm trilion.kalau ko takde duit berani kau order?

asean sahaja market yang besar. ia populasi 600 juta manusia. amerika 300juta.eropah 350 juta.

what ever..terima kasih tony fernandez.


12 comments:

Mimi Dyana said...

dulu kitorang buat debate pasal mas vs air asia. habis aku kutuk kaw-kaw air asia tu, dgn dia punya stewardess pon aku kutuk. padahal bukan pernah naik pon. HAHAHA!

mashi said...

tapi kalau nak jalan jauh better MAS kot...tak ada pengalaman pun,kawan cakap lebih selesa

sharamli said...

oo..baru tau apa itu AK..

zonaku said...

lepas ni ada lagi ka tiket singgit atau free???



atau rakyat malaysia akan kembali mengurangkan perjalanan menggunakan jalan udara

kueh bakar said...

md
apsal? stewedes dia rambut color ker?haha

mashi
mas memang tip-top.fully servis flight.selalu dapat award best cabin bla2...cuma tetiap tahun rugi.takpe duit pembayar cukai.heh!

sharamli
gossip jer tuh.

zona
tiket free akan tetap ada.tu promosi cara mulut-ke-mulut..lagipun bagik tiket free pun masih untung..so takkan takdelah tiket rm1...

ps-menunggu stewedes pertama pakai tudung..siapakah?

whitelilies island said...

payah kalo duit jadi raja dalam hati

Anonymous said...

Mohon singgah untuk menyampaikan berita baik!

Bersih 2.0: Merakam Semangat Zaman/Capturing The Spirit Of The Times – Pertandingan Menulis Esei dan Cereka di dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Lebih daripada RM6,000.00 untuk dimenangi + buku-buku + tshirt diskopi super kool edisi terhad + peluang untuk karya anda diterbitkan di dalam bentuk buku!

Kalau anda berminat untuk terlibat di dalam usaha bersama merakam semangat zaman dan memenangi hadiah-hadiah tersebut, check it out - butiran, syarat dan peraturan pertandingan ini kat:

http://diskopi.wordpress.com

Anda boleh juga download poster pertandingan menulis esei dan cereka ini dalam jpeg file dan meletakkannya kat blog, website atau facebook anda supaya kawan-kawan anda yang lain juga tahu tentang peluang baik ini.

Tolong war-warkan tentang pertandingan ini kepada jaringan dan kawan-kawan anda yang kat online mahu pun offline.

Terima kaseh.

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

air asia tuh kalau tambang murah tak kisahlah.. janji murah.. kalau nak selesa bayarlah lebih..

Kat sini byk flight tmbg murah.. dulu thn 2002 boleh dapat tiket 1sen jek.. tax 1.99.. air asia dulu penah gak buat masa pengeboman kat bali.. rasanya masa tuh ada promosi seat percuma.. tak pegi pun sebab xde cuti ;)

kalau flight international.. Mas tak best sangat.. udahlah byr tambag mahal.. lebih suka naik emirates.. lebih murah dari mas.. tapi seat makan entertainment berganda2 lebih baik dari mas.. ;)

Air asia pun kalau naik ke london.. masih selesa walaupun jln jauh

vidadarisakura said...

dulu aku belagak. xmo naik airasia. mau MAS jugak. (guna duit bapa. haha) sebab terpaksa berebut, jalan jauh, blablabla. tapi sekarang pantang airasia buat promosi RM 0.00 laju jak beli (sebab guna duit sendiri. bajet). haha

. said...

seronoknya dapat naik kapal terbang.

Hanis Azla said...

dah rasa kedua2nya mmg naik mas lebih best compare to air asia.. tp bila ckp soal harga, apa ada hal klu kita tetap sampai ke destinasi tu dengan selamat dengan harga yg lebih murah kan.. thanks air asia.. dpt juga anak2 kita merasa naik flt time kecik2 ni.. time kita dulu, dah keje baru merasa..

kueh bakar said...

kaktcc
emirates tu kayakan
taja team bola power2.

nizam
best lagi main bola

azla
ha ah.
kadang tak tepikir pun nak 'terbang'
tapi bila tgk peluang ada
apa salahnye.

vivi
bagus.
sekarang ko jadi menteri kewangan.
heee..