Followers

Tuesday, August 16, 2011

gunners peluru kapor



liga inggeris, BPL sudah kick-off. aku ada tgk arsenal vs newcastle. man united vs westbrom. tapi aku nak ulas pasal arsenal je. er.aku bukan fan arsenal.

arsenal buka langkah dengan kaki kiri. seri dengan newcastle(NC) o-o. perlawanan pertama memang sukar. tapi pada pengamatan aku arsenal sangat sakit tahun ni. Arsenal tiada fab. kapten sudah pindah ke barca. untuk rekod, arsenal menang 65% perlawanan jika fab bermain.

mourinho membina porto dengan deco. chelsea dengan lampard.inter dengan sneidjer. wenger juga begitu. membina arsenal dengan fab.fab adalah nadi kepada arsenal.jantung arsenal.pergi tanpa pengganti adalah satu kemusnahan.

prospek hilang nasri. nasri sangat berbisa musim lepas.musim terbaik dia di BPL setakat ni. dengan tawaran gaji sekali ganda, 200,000.00 pound sterling seminggu membuatkan nasri ingin pergi man. city. ia sukar ditolak oleh sesiapa. lagipun city sedang membina kekuatan dengan sumber kewangan yang kukuh.semua org nampak city adalah pencabar kejuaraan. tidak arsenal.

hilang fab.hilang nasri. midfielder yang tinggal rosicky.wilshere.ramsey.. wilshere memang bagus. tapi mengharapkan dia seorang pasti meletakkan beban yang sukar untuk dia tanggung.lagipun dia masih sangat muda.beban tinggi boleh merosakkan corak permainan.

arshavin sudah hilang punca.arsenal tiada satu pun percubaan merbahaya masa lawan NC kecuali tendangan van persie..itulah satu-satunya bahaya yang tak berapa merbahaya sebenarnya. itu baru lawan NC.belum lawan lagi big-five.

gervinho membuat debut yang bagus juga kecuali sangat malu untuk mencuba ke arah gol terutama luar kotak penalti dan kad merah bodoh yang diterimanya.wenger ketika ini hilang punca sebab dia sangat berharap fab tidak pergi, sebab itu dia tidak membeli setelah pasaran dibuka. sekarang mahu cari pengganti sukar. harga juga lebih tinggi.

jadik aku rasa arsenal tahun ni menduduki tangga ke-5.teringat kata-kata patrice evra."arsenal adalah tempat latihan".jangan marah fans arsenal. wenger juga diyakini akan meninggalkan arsenal sebelum kontrak tamat untuk kembali ke perancis membimbing PSG.pet baru bilionair arab.

ps-aku pilih cardiff city la.hahaha. bawah adalah jersi cardif city-vincent tan punya kelab. ada penah nampak jersi kelab ada nama negara? keh keh keh.osem!antara jersi mahu milik..



3 comments:

Hanis Azla said...

tahu sesetengah nama pemain dan team.. tp tak tgk pun games2 tu sbb tak minat bola sgt.. he..he. jersi biru tu mmg osem..

kueh bakar said...

pompuan takpe tak minat bola janji somi atau anak minat bola.

ayah saya pun tak minat bola kak.anak dia je yang gila bola.

vidadarisakura said...

aku pun bukan tahu sangat pasal bola ni. jadi aku baca aku pun pening. hee