tahun 1996(selepas SPM)
Flashback 1tahun ni aku ada beli kad hari ibu untuk mamaku...aku mahu bagi kad pada mamaku...tak pernah aku bagi kad hari ibu pada mama...
Flashback 2aku juge beli kad besday untuk mama...aku mahu memberi pada mama...
tetiba aku rasa malu nak bagi...tak pernah bagi...aku hanya letak di meja menulisku...aku tak bagi pun pada mama ku...2 kad yang pertama kali aku beli...
selepas spm...time menunggu results...
Tghhari..15jun96.sabtu.aku 7 beradik. aku kedua. ada sorang kakak. kakak memang dari kecik duduk dengan makcik...ptg tu aku hantar kedua adik ku, Han dan Mir ke stesen bas. mereka bersekolah dan duduk hostel di Chukai, kemaman...mak mahu hantar diorang tapi aku pujuk suruh naik bas sahaja..k.trg-kemaman bukan dekat.. 150 kilometer...
Petang tu adik aku tepon rumah...dia suh mak aku datang..Mir tertinggal beg..menangis2 suh datg...suh datang malam tu jugak...aku cakap dengan mak..sok lah...lepas mak balik mengajar...bagitau la cikgu..beg tertinggal...nak buat macam mana...adik aku menangis...tapi mak tak bantah kataku...dia pujuk adikku di talipon...
8 malam adik aku tepon lagi...mak aku bercakap2 dengan 2 anaknya tu...aku masih layan tv...2 adik kecil aku (Na dan apis) tido depan tv...
lepas bercakap di gagang mak aku basuh baju...sapu lantai...mesin basuh berpusing...mak suruh aku angkat 2 adik ku masuk dalam bilik...aku angkat mereka...
aku tertido...tetiba aku terjaga....jam dah pukul 2...mak menyidai kain...mak sidai kain di merata-rata...di sofa..kerusi..ditikar plastik yg dibentang...dan semestinya ampaian dalam rumah...kipas syiling mak onkan..
"mama..sidai esok sajalah...mama tak tido lagi?""ala sikit saja ni...dah nak abis dah.."aku bangun dan duduk di sofa peratikan mak yang rajin...(ayah tiada..di rumah mummy!)
keesokkannya...16/06/1996
pukul 11...mak balik awal dari sekolah...aku dah bersiap nak bertolak..nak hantar beg Mir yang tertinggal...mak suh aku pegi kuala berang dulu...jumpa adikku yang no 4..Rid..
pukul 1 ptg..sampai di sekolah bawak keluar rid..kami (mak.aku.na dan apis) makan di kedai...mak cakap mak nak try ikan haruan..dia makan ikan haruan..aku memang tak makan ikan sungai...apa yang mak tak makan memang aku tak makan...tapi hari tu mak makan ikan haruan...eii..taknak la! bila mak pelawa aku merasa..adik aku na dan apis memang lahap makan ikan haruan...
"ibu! macam ayamlah" kata na.
"mummy! sedappp!!" kata apis.
yang lain panggil mama..dua budak kecik ni panggil mak aku, ibu oleh na.dan mummy oleh apis..pengaruh iklan!!
masa nak balik..nak teruskan perjalanan ke kemaman...Rid adikku salam dan peluk ibuku...
mereka bersembang2 lagi...
"mama..cepat ma...dah petang ni...jauh lagi ni..."aku lalu ikut jalan belakang...k.berang-jerangau-kemaman...kerana sebelum sampai ke sekolah Mir dan Han...mak mahu singgah
pasir gajah dulu...jumpa tok wan...sebelum singgah mak berenti kat kedai dan beli roti nan banyak! mama..tok wan kan duk sorang (paksu ku pi jalan di telemong hari tu..)..
pukul 8 malam..lepas jumpa tok wan...kami berempat tuju Chukai...hari dah mula malam bila sampai hostel han dan mir...
kami, Han dan Mir jumpa di perkarangan asrama je...dia tak kena marah pun dgn cikgu...cikgu faham...dia malas nak layan aku..sebab aku marah dia tertinggal beg...
"lawa anak mama hari ni" mak aku puji Han.
hah? lawa? pakai kain batik lawa?...adik aku pakai kain batik jek...setelah salam dan peluk cium...kami mahu bertolak balik KT...
pukul 12 malam...aku drive sampai di k.trg...mak cakap dia nak jumpa paksu (adik dia di telemong)...aku suh pi esok sahaja...mak tak nak...dia nak pi jumpa malam ni jugak...aku drive masuk ke dalam (ikut jln manir)....aku tgk minyak dah nak abis...mak suruh aku patah balik pi kuala trg...isik minyak dulu...huh..jauh tu...sebab situ je yang 24jam...yg lain dah tutup...
lepas isik minyak masuk jalan manir tu balik... adik kecik ku, Na memang dah tido kat belakang...apis tido di riba mak aku...
dah sampai umah di telemong...mak jerk yang naik...aku salam dengan paksu dan kembali dalam kereta...aku tido kejap...rest...
paksu kejutkan aku...mak dah setel.apa yang penting sangat pun aku tak tahu mak cakap apa dengan paksu...
"pi basuh muka dulu""tak pe lah paksu.."dalam perjalanan pulang...
"
mie..kalo ngantuk biar mama bawak"
"
takpe la ma..semalam mama pun tak tido...boleh bawak lagi ni..."
"
mie..kalo mama tak ada...jaga adik baik-baik yea..."
"
ish mama ni..."
"
ye mie..jaga adik baik2"..
aku diam je. pelik betol mak aku. buang tabiat ke?....
2pagi...
duumm!!!
keta eksiden..aku tertido..aku terbabas...langgar pokok...
"mama! mama!" aku tgk adik aku 2 okey..mereka menangis...peha aku terkoyak..darah membasahi seluarku...aku tgk mamaku...matanya pejam..
"
sakit mie...dada mama sakit..."
org kg mula datang tolong....aku bg no talipon yang boleh mereka kontek..aku tak boleh nak berjalan...mama terbaring....ada seorang mak cik ajar mama mengucap....mama mengucap...
dua org pakcik bawak kami pegi pusat kesihatn..naik kereta...adiks aku org kampung jaga...aku masih panik...aku tidak menangis...aku blank and out...aku genggam erat tangan mamaku...
sampai di klinik...menunggu dr tak kunjung tiba...yang ada pembantu kesihatan je...memang lembab buat keje...
ko baru dapat lesen ker? misi tu tanya aku...aku diam...
mama diam...mama senyap...
"misi tolong mama saya..tolong misi.."
"jap.kita hantar hospital besar.sini tak boleh buat apa.."...aku naik ambulan dengan mamaku...aku genggam erat tangan dia....
"mama bangun ma..!""bangun ma..!!"5 pagi...sampai hospital besar HKT...mama di tempatkan di sebelah katil aku...lama tunggu Dr datang...Dr tutup langsir katil mama...tapi aku masih nampak mama...Dr letakkan bende letrik (semacam yg aku selalu tgk di tv..) di dada mama...
"sekali lagi..." Dr tu kata...
"sekali lagi"..katil aku digerakkan ke tempat lain....aku hanya melihat...air mata tidak menitik...aku memang mahu ini hanya mimpi....tidak..tidak...
tak lama lepas tu...ada sorang Dr datng...
"anaknye?..maaf dik..banyakkan bersabar.."dia bagi aku satu gigi palsu mama...dan sebentuk cincin...juga surah yasin...air mata aku mula menitik...membasahi pipi laju....mama!!!!!!!!!
sorang-sorang org yang aku kenali datang ke katilku...yg dekat dan yang jauh......air mata terus mengalir laju...aku bukan bermimpi...mama telah pergi...Ya Allah...mengapa ini berlaku...aku tak mampu...aku sangat-sangat tidak mampu...
....................................................................................................................................................................
mama.. sepanjang hidupku...aku masih belum puas bersamamu...18 tahun bersamamu adalah waktu yang sangat singkat...aku sangat memerlukan mu..adik2 sangat2 memerlukanmu..mengapa kau tinggalkan kami mama? mama..ampunkan dosa-dosa ku...ampunkan aku...Ya Allah tempatkan ibuku di tempat org2 yg soleh..tempat org yg engkau kasihi...
blogers semua..susah sekali aku mahu menulis entri ini..sangat2 susah sekali...aku sangat berharap sesiapa yang membaca...sayanglah ibumu ketika dia masih ada...kerana terlalu seksa bila ibu tiada..tambah bila pada waktu kita sangat2 memerlukan dia...
52 comments:
kau masih ada ibu kau.
tak percaya?
pejam mata.
rasa dalam hati.
dia masih hidup.
tak percaya?
pejam mata.
rasa dalam hati.
kau tak hilang sesiapa.
tak percaya?
pejam mata dan rasa dalam hati.
detik hitam itu cuma masa.
yang akan berlalu.
tinggalkan pahit.
dan kutip manis.
kau harus kuat.
sepatutnya.
sebab DIA beri.
atas dasar KUATnya kau.
yakinlah.
detik hitam itu.
hanya detik.
dan detik takkan mampu membunuh kau.
seperti mana kau mmbunuh kesedihan kau.
untuk terus hidup.
dengan yakin,
betapa mama kau,
sedang tersenyum disana.
kuatlah.
sebab kita masih punya DIA.
al fatihah untuk arwah mama kau.
:)
al fatihah bro..
hmm.. thanks for sharing this. it means a lot, to me, and maybe to others too. kenapa benda ni bermakna sangat2 untuk aku?
1. aku janji takkan sakitkan hati mak aku dah pasni. aku akan lebih syg kat dia, lebih menhargai dia.
2. ujian hidup ko mmg sangat besar, and look at you! ko still semangat, ko strong, ko still boleh..hidup. aku tak boleh bayang kalau benda ni jadik kat aku. so aku kena bersyukur, dengan setiap yg aku ada skrg.
3.dan entri ni secare tak langsung buat aku makin semangat nak jadi doc and cube selamatkan seberape byk nyawa yg aku mampu.
thank u very much.
i dont know you that much but trust me, your mama would be very proud to have a son like you.=)
al fatihah.
mama pasti aman di sana...
sesungguhnya ku tak pandai berkata-kata mcm penjenayah.merah.jambu..
tp ku nak petik beberapa ayat dari Al-Quran..
Surah Al-Munaafiqun: ayat 11 -
"Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila telah datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengenal apa yang kamu kerjakan. "
dan untuk cara menghormati ibu
Surah Al-Ahqaaf : ayat 46 -
"Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa: "Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri." "
InsyaAllah... ibumu berada di tpt yg paling baik... Amin..
kueh..u r such a good son/bro to ur siblings. u r strong and keep it up friend. al-fatihah utk ur mama.
al fatihah utk mama-mama yg telah pergiiiii..
Dia masih ada di dlm hati ku...
Ayat2 suci yang kukirim setiap hari..moga sampai pdnye di sana...
mama mesti gembira sbb ko tabah untuk meneruskan hidup ko... yg penting ko jd adik2 ko bro....
even tho' ms yg ko spent with ur mom just sekejap, but u shud be glad u spent longer tym with her compare to your younger sis n bro..
Tuhan takkan duga kite dgn dugaan yg kite x mampu tanggung.. this means u can face this, u're strong k..
just keep being strong, at least for your siblings.. ur mom is inside u.. she's in ur blood.. she never gone far.. (^_^)
thanx for sharing, memberi keinsafan kepada ku..
kuehbakar,
Al-Fatihah buat mama.
This is really deep & I'm definitely moved by this post.
Salam.
kuat ye!
kami sume ade~
DIA pun ada disana!
hmmmmm...
al fatihah..
first time dpt tahu citer sebenar pasal mama. Sorry......
Al-Fatihah
kueh,
sedih baca entry ni. ! je aku nak pesan, dh ada apa yg boleh tolong arwah mama ko di sana kecuali doa dari anak-anaknya yang soleh & solehah. tabahlah k.
al fatihah untuk ibu kau
.......................
terasa bagaimane nanti jika ibu ku telah tiada
aku mula gentar
btw, aku penduduk tetap jerangau dan kuala berang tempat lepak tetap aku serta sasaran untuk cucuk duit di atm
=]
sedihnye..takziah untuk awak..sayangila ibu semasih ade..
salam ziarah..
saya yg baru baca dah nangis..
sah la saya tak sekuat anda..
mesti awak berapa kali 'pause' untuk n3 kali ini...
hmmm..
*alis-peminjam-rusuk-kiri*
keep strong...
in your heart she's always there
keep smiling
for the sake of your siblings
keep giving
coz u r the greater giver
& your mama will be proud of u
Al Fatihah ...
AL FATIHA FOR MAMA
..kerana terlalu seksa bila ibu tiada..tambah bila pada waktu kita sangat2 memerlukan dia... <-- sangat-sangat setuju..! Kakdib pun rasa macam tu juga..
Al Fathihah untuk mama mu....
tabah kan hati bro... kita senasib... my mother oass away sbb leukimia... Al - Fatihah
alhamdulillah..mama tggalkn anak yg soleh..
takziah..al-fathihah
salam kueh bakar,
pertama kali menjengah blog mu telah menitiskan air mata ini...risa mmg teramat sayangkan kedua ibu bapa risa...tak tau bagaimana rasanye lagi jika kehilangan mereka...semoga risa masih berkesempatan untuk membalas jasa2 mereka...
tabahkan hati mu...
bro, mmg pedih bl org yg kita syg tb2 je pergi tinggalkn kite...
sampai bl mau pedih?
sampai bila2...
p/s : orang yg rs kehilangan je btl2 blh feel pe yg kite rs kn?
1 more thing, u should be proud bro...bkn sng mau dpt ujian dari ALLAH mcm ni...
yeah..idup kita!!!
pesan ini bkn hny utk mama..
tp utk semua insan disekeliling kita..
*ssh sekali kamu menulis? begitu juga dgn aku..~
kuatkan semangat ko bro..moga mamamu tergolong dlm org yg beriman..
alfatihah..amin.
xuen tak pandai la nak cakp... k xuen mmg nangis.. cerita ni mmg penuh ngan emosi... tp xuen percaya yg mama abg gembira ada anak yg taat n penyanyang macam abg... abg anak yg baik n taat... xuen percya mama abg xkan rsau pasal adik2 abg sebab abg ada.. tp apa yg xuen nak cakap adalah abg seorang lelaki yg baik sgt... nescaya abg akan dilindungi Allah selalu... xuen harap akan buat yg terbaik untuk diri abg dan juga adik2.. mereka mesti rasa abg tpt bergantung mereka...
xuen juga akan doakan abg jd manusia yg tabah hati dan kuat iman bg menempuh kehidupan yg penuh mencabar..
salam syg
xuen adyla
xuen link abg kueh kerana postnya menarik dan meninsafkan xuen..btw xuen br tau yg kueh bakar tu mmg kueh dan kaler putih agak crunchy.. tul x?
'kawan2' semua...tq..
ygbukananakyagbaik..
nt aku reply personal...
alfatihah untuk mama mie.
Banyak-banyak bersabar. Sesungguhnya roh orang-orang yang telah mati selalu menjenguk kita. Kita tak nampak mereka, tapi mereka tahu apa yang kita buat. Diketika ini mungkin dia ada bersama mie menyelami perasaan rindu mie pada nya. Mungkin dia turut berbangga dengan mie yang sabar dan dapat menjaga adik-adik dengan baik.Istighfar banyak2. Allah hanya menguji orang-orang yang DIA sayang. Mie adalah yang terpilih.. Bina semangat dan teruskan hidup ini. Cikgu sendiri cukup ngeri untuk menerima ujian disaat pemergian kedua orang tua cikgu nanti dan menunggu saat kematian untuk meninggalkan anak-anak cikgu sendiri. Cikgu sayang semua anak-anak yang lahir dari perut ini... Katakan pada diri, itu semua adalah TAKDIR..
eii...cikgu panggil saya mie!
hahhahaa
Rase cam tersentuh hati bace post ni. Mak tu mmmg ade di tempat yang istimewa di hati kite...
Al-fatihah =)
sumpah aku insaf!!
there's nothing much i can say..
mmg mula2 baca.. semacam kagum dengan daya ingatan mr.mie, peristiwa yang agak lama, boleh igt dengan detailnya.
rupanya..ianya begitu significant buat diri kamu..
dan towards the end, i really2 hope this story isnt real.. i just hope it is only nightmare..
but i'm wrong. xterkata... i'm speechless. seriously, i'm speechless.
alfatihah..
erm erm erm
hanya org y berada dlm situasi ni lebih paham..org y xpenah merasa hanya bleh empathy..tp rase itu xkn sampai sedalam y melalui..
alfatihah..
ku dedicate lagu opick satu rindu for u kuehbakar..
aku nanges baca entry nih
aku pon penah merasa kehilangan itu
aku ade mama
tapi takde ayah
be strong....
tingat aku ngan ayah aku....sampai skang masih terasa kehilangannya...besabarlah...panjangkan kan doa untuk dier
pmj...
ku pejam mata..
ku buka hati..
aku percaya...
aku merasai..
tq..
kapten..abgeldof(susah tol nak eja)..jard..tini..hazerin..datopaduka..
mariafaizal..chentamaya..kak piah..
org2..
tq....
dr..
selamat berjaya. selamatkan seramai mungkin...
mamarempit...
teruskan ye!
liliputeh...
she's in ur blood.. she never gone far.. :)
ezy...
sama-sama.
aida..
tqvm..coming and comment..
suketidosiang..
sekapal la kite...trg..
helena..lysa...kakdiah...
tq..
alis
saya tak sekuat mana...yup byk kali pause...sebenarnya dah 12 tahun pause...
kniedaz..
:)
kakdib..
btolkan kak...
john..
yup...sunyikan...
noli..
aku bukan anak yg baik sgt..
al-fatihah buat arwah mama kamu.
sesungguhnya perasaan rindu xkan ilang sejak dr hari pertama kehilangan smpai sekrang.
beb,
akak membesar tanpa belaian mak.
sampai skarang..mak masih ada tapi akak yang macam dah terbiasa dengan ketiadaan dia.
pada akak..hidup mesti terus walaupun cuma tinggal kita seorang kat atas dunia ini.
Tuhan kan Ada..
kak ungku..
bila 'betol ada' kemudian betol 'tak ada' barulah rasa apa itu 'tiada'
bila ada seperti tiada.. tidak akan rasa apa-apa...
cadbury..
bila rindu abadi
ia tidak akan mati
alfatihah.
aku nda baca abis.
sebab aku takut aku sedih.
n
aku pun belum bole terima kalau kejadian tu kena sama aku.
sori.
U made me cry!!
aku x leh imagine canne nk idop without my mom!
vida..
ada pertemuan..
ada perpisahan..
ada kehidupan..
ada kematian...
berapa byk pun persedian kita..
pasti dan pasti kita masih tidak bersedia...
bulan..
jaga mak baik2..
Aku faham apa yg ko rasa pada masa tu kehilangan org yg kita sayang pg meninggalkan kita di dunia ini.
Apa2 pun aku harap ko byk bersabar dan tabah..
Al-Fatihah untuk arwah Mama ko...
macam baca kisah dalam novel.
ini kisah benar yg berlaku.
bergenang air mata..
bersyukur ku masih punya Mak dan Ayah.
mati itu pasti.
tapi bagaimana dikala menghadapi perpisahan itu ku tidak tahu.
berdoalaa.. semoga Ibumu bahagia 'disana'..
jadilah anak yg soleh. hanya itu yg Ibumu 'ada'.
Post a Comment