Followers

Sunday, August 31, 2014

biar


Kadang bila sesuatu berlaku. Akan wujud sebuah cerita. Aku seorang pendengar cerita, yang baik mungkin. Aku juga seorang pencerita. Dan kadang menjadi seorang pereka cerita. Dengan cepat rasa mahu menulis. Tapi bila kau membiar, rasa mahu menulis telah semakin menghilang. Menulis tu kadang seperti keghairahan dan hakikatnya keghairahan itu sesuatu yang tidak sentiasa ada.

dan keghairahan juga boleh tertanam.


Monday, July 28, 2014

broken heart


Esok hari yang besar bagi dia. Hari penentuan. KL jerebu teruk hari ni. Malangnya, hati aku jerebu lagi teruk. Rasa mahu berak tapi tiada isi. Telinga dan belakang kepala panas. Mata panas dan mahu berair. Kepala pening. Berkecamuk fikiran. Letih dan mengantuk tapi tidak mampu tidor. Makan tiada selera. Ia hampir 15 tahun, kemungkinan esoklah penamatnya.

Ya Allah jika ya, ubatilah hatiku.

Tuesday, May 27, 2014

Beza


"Kadang perbezaan itu yang melengkapkan".

Thursday, May 22, 2014

arjuna beta - selamat hari ibu


Patah tumbuh hilang berganti. Walaupun ianya semestinya tidak sama. pic : Intan Maizura Othman

Arjuna Beta

Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular–
bonda takkan berundur

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa


kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda,
tak jelas mata–
ambil yang sarat duri

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

chorus

ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

best lagu ni buat dodoi anak tidor. Rangkap kedua buat suami tidur pun okey. Ha ha ha. Ini tentulah lagu tema hari ibu paling best. Miss Maznah Abdullah. Al-Fatihah untuk mama.

Monday, April 14, 2014

the body book


"If you want to build strength, you must be comfortable with discomfort"

The body book, Cameron Diaz. Muka surat 172.

Saturday, April 5, 2014

Terpaksa suka


Aku membesar pada tahun 80an di Terengganu. Jumaat adalah hari cuti dan masa tu hanya ada RTM - TV1 dan TV2. Bila time cuti sekolah. Bila time jumaat, lepas solat jumaat, lunch sama-sama satu famili. Lepas tu aku landing depan TV. TV 1 cerita arab yang beratus-ratus episod - selama bertahun-tahun tak habis. TV 2 hindustan! Jadi, terpaksa jugalah aku suka tengok hindustan. Tak ada apa yang lain. Ahaks.

Lama gile tak tengok Hindustan. Semalam layan Rab Ne Bana Di Jodi. Kalau Korea ada fullhouse. Hollywood ada Legend of the falls. Malaysia ada Im not single, Ombak rindu, Sebenarnya dia isteri saya dan macam-macam lagi. Semuanya kisah sama - kahwin 'paksa' dan cinta selepas kahwin.

Surinder adalah seorang engineer TNB di punjab. Dia pergi melawat majlis perkahwinan Taani, anak kepada bekas professor masa dia belajar dulu. Dia adalah seorang student cemerlang dan nerd dan sangat disukai oleh ayah Taani. Tetiba rombongan pengantin kemalangan dan semuanya mati. Ayah Taani kena serangan jantung dan nazak. Oleh kerana Taani sedang dalam kesedihan amat sangat, ayahnya minta dia berkahwin dengan Suri. Barulah boleh 'pergi' dengan tenang katanya.

Suri - memang sudah tangkap cintan pandang pertama.

Taani telah putus harap dan hanya bersetuju. Intermission. Pejam celik. pejam celik. Last sekali. Taani jatuh cinta juga dengan suaminya.  Ahaks.


Thursday, April 3, 2014

Mr. Statesman 2014


Bila aku tengok Hishammudin Hussein, teringat aku cerita Argo(2012) - "The movie was fake. The mission was real.". Ia tentang cerita propaganda 'polis dunia', bagaimana Amerika mengeluarkan rakyatnya dari pejabat kedutaan mereka di Iran. Yang menariknya - orang yang paling lemah, orang yang paling takut dengan misi menyelamatkan diri, paling tidak yakin akan berjaya balik ke Amerika, dan rasa akan mati di Iran - Adalah seorang wira. Dia menyelamatkan 'groupnya', termasuk isterinya pada waktu paling kritikal dan waktu paling bahaya. Aku lupa nama watak dia.

Tabik Spring aku pada Hishammudin. Dia berani. Dia cool. Sungguh tidak sangka. Mendepani ratusan wartawan, ratusan kamera, puluhan mic, menjadi tumpuan di seluruh dunia, dia seorang hero. Ia sesuatu yang bukan senang untuk menjawap soalan yang sebenarnya tiada jawapan. PM sendiri takut untuk mendepani  dunia, apatah lagi menjawap soalan demi soalan tanpa penghujung.

Dia baru sahaja selesai dirawat dan ditahan di hospital kerana kesihatan jantung. Hanya memangku jawatan Menteri pengangkutan dan dengan label penakut@pondan sebelum ini. Dia, aku tabik. Tidak hairan dia diminati ramai orang di seluruh pelusuk dunia sekarang. Terima Kasih Hishammudin!

"the true statesman is the one who is willing to take risk" -Charles de Gaulle-

Wednesday, April 2, 2014

gua Malas

















Nak menulis tapi malas. Malas tapi nak menulis. Hadoi.

Tuesday, March 25, 2014

Sometimes man have no balls


" Gerard Pique won't let me shoot videos with other man. His protect his territory, he's spanish, and a defender and i'm the goalkeeper " -Shakira

Bolasepak dan falsafah - berpisah tiada. Ahaks!

Monday, March 24, 2014

MH 370 - Impossible Is Nothing


Dalam kecanggihan teknologi hari ini - Satelit, radar, dengan kapal terbang Boing 777, yang berharga 1 billion RM. Manusia masih tidak berupaya. Manusia makhluk yang lemah.

Saksi pertama - Raja Dalilah telah menjumpai serpihan kapal terbang di lautan Hindi ketika berada 7KM di atas awan dengan hanya sepasang mata kurnian Tuhan. Dia dalam kapal terbang Saudi SV 2058 dalam perjalanan balik dari Mekah ke Kuala Lumpur.

Tragisnya - Tiada sesiapa pun percaya. Kawan seat sebelah, pramugari, malah pilot sendiri. Dan bila sampai ke darat, dia buat polis repot - dan tiada polis pun percaya. KLIK SINI

Menghadapi krisis, Kita tidak ada urgensi. Kita tidak boleh mengepalai, mengkordinasi. Kita sangat slow dan menunding jari. Sekali sekala eloklah pihak berkaitan tengok cerita - Prison break ke. The next three days ke. Now you see ke. Di situ terdapat banyak pengajaran - mengejar masa - kebarangkalian - kritikal - etc.

"kadang suatu yang pergi tak mungkin kembali.." Innalillah..

Friday, February 28, 2014

16 Jam


Semester baru bermula - macam biasa, sebulan pertama memang sangat sibuk. Kerja 16-18jam sehari. Dari 730 pagi hingga 12 malam. Akulah kedai fotostat paling awal buka di Kuala Lumpur ni. Ahaks. Dalam berniat mahu ke Makkah bulan 5 ni, Inshaallah. Rezeki makin bertambah murah. Aku harap tak ada bisikan-bisikan syaitan yang menggoda aku membeli benda-benda yang bukan masanya lagi, yang akan membuatkan budget aku ke sana tidak cukup. Mintak simpang..

Semoga Dia membuka pintu rezeki seluas-luasnya agar aku ke sana dan juga membeli apa yang aku nak di sini. Ahaks.

Setiap hari, aku akan tanam azam hendak ke sana. Doa tiap-tiap waktu bila teringat. Bila nampak kapal terbang ke. Nampak gambar Kaabah ke.. Apa-apa sahaja..

Jadi, projek-projek yang lain, ketepikan dulu.  Belum pun pernah pergi tapi begitu rindu hendak sana!

ps- kena buat paspot dulu nih.

Sunday, February 23, 2014

menang


"Sebagai manusia kita takkan menang semua, pasti. Cuma kadang kala, sangat sakit pabila jatuh tangga dua kali di tempat yang sama" -Bukan Erra Fazira-

ps- Mode bz.

Monday, February 3, 2014

blog Salam Dua Benua


Blog Salam Dua Benua adalah antara blog yang aku suka layari. Ia blog diari harian tentang makanan. Ia mungkin breakfast. Mungkin Lunch. Mungkin dinner. Mungkin juga bila-bila masa! Blog ni sentiasa mengingatkan aku tentang cerita Julie & Julia lakonan Meryl Streep dan Amy Adam. Amy Adam mencabar dirinya untuk memblog dan membuat 524 resepi dalam 365 hari yang mana resepi asal oleh chef legend - Meryl Streep.

Blog Salam Benua menambah selera aku sebab aku suka gandum. Oleh kerana dia berfamilikan mat salih maka kebanyakan resepi dia berasaskan gandum. Walaupun gambar-gambar hidangan nampak begitu 'amatur' tapi hidangan-hidangan begitu menyelerakan. Dan aku rasa ia memang sesedap gambar. Ahaks.

This blog - Sangat sukar hendak di klik 30 hari, di siang hari, di bulan ramadhan. 


Saturday, February 1, 2014

Kelab Sejuta Buku

  
"Buku - Pengembaraan yang begitu mengasyikkan" -kueh-

Aku telah membuka satu lagi blog baru - Kelab 1,000,000 buku. Buku adalah sesuatu yang aku minat. Jadi aku bercita-cita mahu membuka perpustakaan atau kedai buku suatu hari nanti. Permulaannya adalah blog ini - Kelab sejuta buku. Aku mengalu-alukan sesiapa yang nak meminjam buku dan menjadi ahli walaupun buku-buku masih belum cukup 100 buah. Ahaks.

Masih banyak buku-buku yang akan disenaraikan esok-esok.

Takpe. Pelan-pelan kayuh. Sesiapa nak bagi aku buku juga di alu-alukan. Sistem pinjaman - Berapa Lama pinjam. Berapa harga pinjam. Pick and Delivery@Self collect. Berapa yuran ahli. Masih belum tahu.

Ia terlalu 'hijau'. Ia mungkin berjaya. Mungkin sekerat jalan. Mungkin juga gagal. Tapi aku tak pedulik.

Bismillahirahmanirrahim - aku hari ni, dengan gila kuasanya, merasmikan portal Kelab Sejuta Buku.


Cadangan/kritikan dialu-alukan.

Wednesday, January 22, 2014

Masa


Sekejapnya masa berlalu. Belum sempat lagi tulis azam dan perancangan 2014, dah hampir penghujung Januari. Azam mesti bertulis. Baru ada kesungguhan dalam melaksanakannya. Berjaya atau tidak berjaya setelah mencuba, itu perkara kedua.

Aku kira tahun ini aku mahu buat umrah. Kalau boleh bulan Mei. Kalau tak boleh, akhir tahun. Pergi ke sana dan berdoa di depan Kaabah. Semoga senarai-senarai doa aku yang panjang akan dimakbulkan Tuhan. Dan mahu kirimkan doa pada arwah parents dari sana. Ia tentunya kiriman doa yang special.

Kawanku, Achik Printing Melawati, sungguh-sungguh suruh aku pergi. Dia telah dua kali pergi. 20 list doa dia semuanya dimakbulkan Allah. Katanya, doa-doa akan mengubah haluan hidup kita. Dia mahu pergi kali ke-3 dan mengajak aku sekali. Inshaallah.

So, azam aku yang pertama. Mahu ke sana.Amin!

"Some people want it to happen, some wish it would happen, others make it happen"
-Micheal Jordan-

Tuesday, January 21, 2014

kosong


Setiap kali nak buat operasi menangkap PATI, selalu buat pengumuman dalam surat khabar muka surat depan. "bulan depan operasi besar-besaran'. Ia macam seorang pencuri mahu mencuri kemudian memberitahu tuan rumah yang ingin dicuri bila dia mahu mencuri. EPIC FAIL.

Menurut akhbar kosmo, anggaran PATI di negara kita, 2.5 juta orang. Dan tangkapan semalam, di Kuala Lumpur 454 orang dan Selangor 27 orang sahaja. Operasi gagal.

Kuala Lumpur 2, 3 hari ini memang kosong dengan PATI. Mereka dah menyorok. Bulan depan Kuala Lumpur akan kembali sesak dengan PATI.

Aduhai Malaysia.

Wednesday, January 15, 2014

kangkung


Benarlah kata pepatah Melayu. Kerana mulut badan binasa. Kalau tak ada apa nak cakap baik diam dan Diam itu emas kata omputeh.Kalau pergi sembahyang Jumaat, dengar khutbah kena diam, kalau sepatah perkataan kita bercakap, walau perkataan "ish diam" sekali pun (pada orang lain) - maka hapus lah pahala. Ada masanya tidak berkata-kata itu sangat-sangat berharga.

Tapi jadi perdana menteri mana boleh diam. Kena selalu bercakap. Dan kalau salah cakap...



"Wise men speak because they have something to say ; fool because they have to say something"  -Plato-

Tuesday, January 7, 2014

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck




Aku pernah membaca buku ni masa aku sekolah rendah, tahun 80an. Arwah mak seorang guru, ku kira karya hebat Hamka ini adalah mungkin buku wajib baca oleh siswa Maktab Guru. Setelah lebih dua dekad, akhirnya bumi Indonesia menerbitkan filemnya, filem termahal produksi Sunil Soraya.

Novel klasik 1930an ini tidaklah tebal seperti novel-novel hari ini, tapi ianya sangat padat dan menghanyutkan kita dek kekuatan cinta yang terjalin antara dua manusia, Zainudin dan Hayati. Ku kira, kerana Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck nama Zainudin dan Hayati tidak asing bagi nusantara.

Ceritanya mengisahkan Pendekar Sutan, seorang Minang dihukum buang daerah ke tanah Bugis dan akhirnya bertemu dengan awek  tempatan, Habibah dan menikahinya. Maka lahirlah Zainudin. Ibu Zainudin,  meninggal semasa dia masih kecil dan ayahnya pula meninggal ketika dia remaja.

Kerana mahu tahu asal-usul dan susur galur keturunannya, dia kembali ke Minang Kabau. Tapi dia tidak diterima dengan baik oleh masyarakat kerana emaknya seorang Bugis. Namun, disebalik kebencian masyarakat padanya, ada seorang gadis yang cantik mengasihaninya. Mereka berbalas surat.

Bait-bait dalam surat akhirnya berjangkit menjadi cinta. Dua hati menjadi satu. Tapi apabila keluarga Hayati yang kaya itu tahu - Anak mereka menyintai Zainudin, mereka menentang dengan keras. Dan Zainudin terpaksa berpindah ke tempat yang jauh sedikit untuk meredakan keadaan. Semasa Zainudin dalam perjalanan berangkat mahu pindah, mereka berjumpa . "Mas Jai. I love u. Aku tunggumu selamanya. Jangan lupa tulis surat yea ".

Satu masa, Hayati datang ke kampung Zainudin untuk pertemuan mereka dan menginap di rumah kawannya, Tijah. Dan Tijah punya abang, Aziz - hensem, kaya, bergaya dan seorang Minang tulen! Dan Aziz juga jatuh cinta pandang pertama dengan Hayati sekali pun dia tahu Hayati telah punya buah hati.

Dipendekkan cerita, Aziz berjaya menikahi Hayati.

Zainudin yang telah mendapat surat dari Hayati "..Jai ampunkan aku. Lupakan aku.." Akhirnya membawa diri ke Kota. Dia menjadi seorang penulis. Dia menulis tentang 'seorang Zainudin'.dan tulisan-tulisan dia mendapat sambutan best seller. Dia berjaya sebagai seorang penulis.

Hayati dan Aziz juga berada di Kota yang sama kerana tuntutan kerja Aziz. Mereka, Aziz, Hayati dan Zainudin kembali berkawan di Kota tapi keadaan sudah terbalik, Aziz miskin dan Zainudin berjaya. Aziz sebenarnya, adalah kaki perempuan. Rumah tangga porak peranda. Kerjaya musnah dan Aziz akhirnya membunuh diri. Dia ada menulis surat pada Zainudin, supaya Zainudin kembali kepada Hayati sebab dia tahu cinta Hayati pada Zainudin tak pernah padam. Dan Hayati juga mengharapkan Zainudin masih sudi.

Zainudin masih sayang Hayati tapi ego melangit. Tetiba sakit hati ayat "Aku tunggumu selamanya" itu kembali. Padan Muka kau Hayati. Dia suruh Hayati balik ke kampung. Dia bagi tambang.

Setelah Hayati bertolak - Hati Zainudin lebih sakit. Mulut boleh menipu tapi, tidak hati. Dia membuat keputusan - akan kembali ke Minang dan melamar Hayati. 

Breaking news! Kapal yang dinaiki Hayati.tenggelam. Zainudin bergegas mencari mangsa kapal tenggelam di hospital. Akhirnya berjumpa. Hayati pada saat-saat akhirnya, mengetahui, orang yang dia sayang, juga masih sayang padanya.

Zainudin - jatuh sakit dan tak berapa lama selepas itu, juga meninggal dunia, disemadikan di sebelah pusara Hayati.

“ Di belakang kita berdiri satu tugu yang bernama nasib, disana telah tertulis rol yang akan kita jalani. Meskipun bagaimana kita mengelak dari ketentuan yang tersebut dalam nasib itu, tiadalah dapat, tetapi harus patuh kepada perintahnya”. - Muka surat 158.

"kadang kita rasa, takdir mempermainkan kita, tapi sebenarnya, kitalah yang mempermainkan takdir kita sendiri" -kueh-

Thursday, January 2, 2014

tak boleh berhenti


Aku rasa aku dah kena sindrom 'quote' di atas oleh Henry David Thoreau. Tak boleh berhenti menulis.Tahun 2008 (19post), 2009 (66post), 2010 (39 post), 2011 (71 post), 2012 (51 post) dan tahun lepas makin banyak pulak, 2013 (80 post). Hadoi hai.  

Wednesday, January 1, 2014

TURUN! TURUN!


Semalam aku turun Dataran Merdeka. Sorang-sorang. Last sekali pergi demo ni masa awal-awal detik reformasi dulu dan setiap hujung minggu pergi rumah Anwar bertahun-tahun kat Damansara hinggalah dia keluar penjara. Ianya ceramah mini dan doa selamat. 

Semalam, ia hanyalah 'tunjuk muka'. Jerit sikit-sikit. Bukan senang nak jerit-jerit kecuali dalam stadium dan acara-acara macam ni la. Ia sebagai tanda aku tidak bersetuju dengan semua kenaikan. Sebagai fotostatman, aku juga terasa. Kedai yang tiada tingkap dan ada aircond 4hp, mesin-mesin fotostat yang menggunakan letrik, tentulah akan terasa dengan kenaikan 15 percent. Tanpa letrik kedai aku tidak berfungsi.

Barang-barang yang aku guna - Paper, combs binding, cloth tape, Pvc cover dan lain-lain yang berkaitan, semuanya telah diinformkan pembekal akan naik harga. Jadi akan tunggu dan lihat - buat semakan mana yang boleh maintain harga, aku maintain. Yang tak boleh atau terpaksa naik akan kena naik.

Aku faham dan mengerti. Kalau dulu siapa pun tak percaya air kosong boleh dibotol dan dijual seringgit. Daun pisang pun orang tak jual - Tuan tanah, tuan kebun bagi free - sekarang seikat 2RM. Semuanya akan punya harga dan harga akan meningkat. Tapi soalnya bukan kenaikan - soal yang sebenarnya, negara yang kita cintai ini tidak diuruskan dengan betul. Sebab tu kenaikan itu mendadak - tinggi - semua naik!

Macam tol - tahukah? Setiap bulan, Plat No kenderaan Kuala Lumpur sahaja bertukar 1-9999 sebanyak 2 kali. plat No Selangor 1-9999 sekali sebulan bertukar. 30 ribu kenderaan baru setiap bulan di Lembah Klang. Keuntungan tol bertambah setiap hari. Grafnya mencanak-canak. tapi masih nak naik Tol?! Macam babi.

Itu belum lagi JPJ, Polis trafik, DBKL, SPAD, MIROS, JKJR, PEMANDU, Unit perancang bandar - Jalan semua dah penuh. Parking dah tak ada. Jalan Berlubang. Agensi banyak tapi hasil macam jahanam. Orang yang tidak duduk di Kuala Lumpur mungkin tidak faham. Dan tidak pernah rasa.

Berbanding negara ASEAN lain - Sini semua orang nak masuk. Indonesia, Bangladesh, Nepal, Siam, Myammar, Kampucea, Vietnam, India, China,. Uzbekistan, Iran, Arabs, Europe, Africa. Tapi kemakmuran ekonomi tidak dapat dirasai. Keperitan banyaklah!  

Umno bukanlah kerajaan yang tidak berjasa dan tidak bijak, jika tidak bijak,  Kuala Lumpur dan Malaysia bukanlah seperti hari ini. Tapi Umno juga sebuah benda dalam dunia yang sementara, semua benda mati, dan umno mungkin mengalami masa-masa nyanyuk. Sekarang terpulang padanya untuk berubah dan terus bertahan. Atau tidak berubah dan menunggu kekalahan.

Sebab masa dah habis. Orang dah bosan!!!

"Loyalty to the country always. Loyalty to the government when it deserves it."  -Mark Twain-