Semester baru bermula - macam biasa, sebulan pertama memang sangat sibuk. Kerja 16-18jam sehari. Dari 730 pagi hingga 12 malam. Akulah kedai fotostat paling awal buka di Kuala Lumpur ni. Ahaks. Dalam berniat mahu ke Makkah bulan 5 ni, Inshaallah. Rezeki makin bertambah murah. Aku harap tak ada bisikan-bisikan syaitan yang menggoda aku membeli benda-benda yang bukan masanya lagi, yang akan membuatkan budget aku ke sana tidak cukup. Mintak simpang..
Semoga Dia membuka pintu rezeki seluas-luasnya agar aku ke sana dan juga membeli apa yang aku nak di sini. Ahaks.
Setiap hari, aku akan tanam azam hendak ke sana. Doa tiap-tiap waktu bila teringat. Bila nampak kapal terbang ke. Nampak gambar Kaabah ke.. Apa-apa sahaja..
Jadi, projek-projek yang lain, ketepikan dulu. Belum pun pernah pergi tapi begitu rindu hendak sana!
ps- kena buat paspot dulu nih.
4 comments:
Amin... InsyAllahh moga sampai juga ke sana nanti
Insya Allah uncle..bila dah pasang niat Allah yang akan makbulkan..dan akan cukupkan mana mana yang tak cukup tu
kak tcc dan budak kecik Ain..
insyaAllah. :)
Niat yg baik, akan dipermudahkan
Amin.
Post a Comment