Followers

Wednesday, September 4, 2013

20 sen!


Secara logiknya, benda akan selalu naik. Dari boleh dapat free dahulu kala hingga akan datang, harga akan terus naik dan naik. Ada benda memang boleh turun harga, tapi yang biasanya turun harga adalah kerana barang sudah merosot kepenggunaannya. Maka, makin murahlah dan mungkin barang itu menuju kepupusan.

Tapi memang ada barang - jika volume banyak memang makin bertambah murah macam barang-barang Made in China. Seingat aku masa zaman 80an harga stokin bukan murah, sekarang harga stokin. Mak ai!

Berbelit betol perenggan pertama dengan perenggan kedua. Ada konflik di situ. Ah, lantak. Ahaks.

Aku berada dalam industri SEPULUH TAHUN harga tak naik-naik - Fotostat. Walaupun harga paper naik. Harga servis naik. Harga sewa kedai naik. Harga sparepart naik. Rate gaji staff naik. Ia sangat hard. Jadi, sekarang aku pun berkira-kira nak naikkan harga. Kalau volume sedikit jatuh tapi margin keuntungan meningkat kira okeylah. Tapi yang bahayanya student sangat-sangat sensetip dengan sen-sen ni dan pesaing-pesaing dalam industri ni berhati kering.Fuuuh..

Walaupun student yang sensetip pasal harga fotostat ni sangat lah mesra gajet, kfc dan fastfood, fruti tutti dalam macam-macam lagi yang mahal-mahal tu. Hampeh.

Bagi aku simple je sebenarnya - Jika kita tak membuat maksiat. Jika kita bersyukur, Allah akan tambahkan nikmatNya. Allah akan cukupkan mana yang tak cukup. Jika kita membayar zakat, Allah akan membalas dengan 700 balasan!. Tapi aku pun selalu lupa membayar zakat sebab tu kadang hidup rasa sempit. Berdoa pun kurang. Solat pun tak lengkap, bila solat pula laju-laju nak habiskan. Tambah lagi masih bujang, pahala limited.Hadoi.

Tapi silap kerajaan ialah ia nampak boros dan bercakap tidak jujur dan bongkak. Ditambah lagi dengan komen seperti Nazri dan Bung Mokhtar. Mereka tidak membantu kerajaan. Ia menambah kebencian dan meluat orang.

er. Ubah! Walau masih terlampau awal. :P

6 comments:

Kakcik Seroja said...

bila kita rela ditimunkan, durian akan bermaharajalela...

Anonymous said...

haha, tepuk dahi aku. aku pun bukan marah sangat harga petrol naik (atau kata sasteranya subsidi dirasionalisasikan) tapi aku akan marah dengan keangkuhan pemerintah ni. lebih-lebih lagi bila fikirkan bab begitu sedikit tindakan mereka nak menyerap kesan kenaikan harga petrol ni (bagi br1m tu satu kerja bodoh dan memperbodohkan).

ah, apa pun aku tengah bersyukur ni...

kueh bakar said...

kakcik
hebat qoutes tu...ahaks.betol la tu.

botak
kerajaan memang bengong sebab bertindak macam org penakut..takut sebab apa? sebab salah le.

yang pandai-pandai menjawap dalam kerajaan ni macam dah tak ada.
moga rezeki kau bertambah botak.

Chuu Muqhlis said...

aahahaha kelakar bace part student sensitip dgn harge potostat tu, tp mesra kfc mcd tutti fruity segala..teringat zaman study :P

alien said...

Aku macam nak mandikan menteri2 tu dgn petrol. Itu pun kalau depa beranilah.. Hoho

kueh bakar said...

chu
ko pun kategori samakan...haha

alien
sabar... sabar...