Followers

Saturday, December 15, 2012

thailand vs malaysia semi final aff 2012 (2nd leg)


Bila kala kita memerlukan gol untuk ke final, tambahan pula kekurangan seorang pemain kerana kebangangan pengadil korea. Dan skuad kita dilayan kelas tiga dalam sebagai tetamu. Harimau sepatutnya menjadi harimau yang luka. Harimau yang marah. Harimau yang mengamuk.

Bila marah dan salurkan dengan betul, tenaga lebih akan datang. semangat lebih akan datang. dan ia memerlukan taktik yang berisiko. no more play safe, Defnsive play. Attack. attack. attack. Di sinilah mentaliti perlu kuat. Bila dapat gol sebijik, bolehlah kalau nak 'park kapal terbang' depan gol pun.

Aku teringat satu game yang sangat klasik. Brazil lawan cameroon pada quater final olimpik 2000 di sydney. Cameroon mendahului 1-0. Pada minit ke 75 Geremi kena buang padang. Pada minit 92 sorang lagi kena buang padang. Dan ronaldinho score pada deadly minit, minit 94.- extra time!

Minit 113 cameroon score lagi!! Jaringan padang dengan 9 pemain. Bukan set piece atau bola mati. Lawan B-R-A-Z-I-L - ada ronaldinho. lucio.  Edu. Baiano.

semangat satu perkara.Tapi taktik dan keberanian dan kepercayaan cameroon - etoo dan co, menakjubkan aku. Bulu roma aku pun naik sekali tengok. Terpinga-pinga brazil dengan 9 pemain, cameroon still main attacking - sekalipun boleh je bertahan sampai penalti.

so dem true. 'what the mind believes, the body can achieves'.

Back naik tinggi. brazil banyak kali kena offside. Kalau terlepas perangkap pun, kejar balik macam babi. Malaysia sejak dari dulu(zaman king gopal la) defend terlalu deep. jauh ke belakang. Bermain kalau mahu cari seri atau bertahan okay. Bila jarak antara back dan penyerang terlalu jauh, yang sangat letih dan sukar midfielder. Pasti hanyut kepenatan kejar bola. Defend sendiri pun akan penat. buang bola- bola datang balik.

ia antara perlawanan yang sangat sukar aku lupakan. Magik. Puas aku godek nilah utubenya


1 comment:

misz aisya said...

aku setuju dgn kau. kekuatan sbnr bukan trletak pada kekuatan fizikal, tp pd semangat yg xprnh mengalah.

ape2 pun, kita kena akui thailand brmain lbih baik dr malaysia. harimau malaya perlu terus berusaha. :)