Followers

Saturday, December 1, 2012

malaysia vs indonesia 2012


Tahniah malaysia berjaya melangkah ke separuh akhir. Ia malam yang sukar dilupakan. Bolasepak malaysia masih mengekalkan momen-momen hebat. 

Indonesia memang mempunyai permainan pantas. Malaysia tidak boleh bermain seperti indonesia. Malaysia ada temponya tersendiri. Cuak juga diserang bertubi-tubi di awal permainan. Mujur tiada gol dapat dihasilkan. Garuda tumpul cakar.

Pertahanan

Farizal Marlias (7.5/10)

Mengawal gawang dengan baik terutamanya di awal-awal 10 minit pertama. Indonesia mencari gol awal untuk membuatkan mereka akan selesa bertahan. Jika andik 1st eleven, di awal permainan tentu lagi kacau bilau.

Aidil (7/10)
Dia main dengan hati. Dia ni macam John Terry. Tekel hard, no mercy. Cuma bila robust macam tu kadang-kadang mempunyai risiko yang tinggi - menghadiahkan free kick pada jarak yang bahaya, penalti mungkin atau layangan kad merah. Dan take a big risk in 50-50 challenge. Cara dia akan buat dia selalu injured. 

Fazli Shas (8/10)
Dia ni bijak membaca permainan. Bijak menghidu bahaya. dan mengawal kubu dengan baik sekali. Mulutnya pun bising di atas padang. Hes deserve lilitan lengan -kapten in the future.

Zubir azmi (6/10)
Kurang membuat overlapping. mungkin kerana kunalan tidak bermain. Indonesia memang pantas jadi, dia bermain selamat menjaga benteng kiri.

Mahali Jasuli (10/10)
the obvious hero of the night! mengawal benteng kanan dengan fizikal. Membuat satu perfect crossing untuk gol pertama malaysia. Konfiden level tinggi. Tenang bila bersama bola. Passing yang tidak membazir. Dan membuat larian yang tepat ke dalam kotak penalti. Membuat satu gol yang cantik dari sudut yang sukar. Dia Maicon Malaysia.

tengah

Shakir Shaari (7/10)
Menyerap serangan-serangan awal indon dengan baik. Hard tekel. Rajin turun naik. Umpanan bola juga baik-baik sahaja. Jauh lebih baik dari amar rohidan. Sayangnya tercedera dan digantikan. Harap menentang thai raja akan pilih gary( box to box midfielder), berbanding amar yang of-form.

Wan Zack Haikal (9/10)
telah menunjukkan mengapa dia mendapat award player paling digemari di liga singapura dan menarik perhatian kelab jepun. He's gareth bale malaysia. ha ha ha.  Semakin konfiden dan akan bertambah konfiden bila menentang thailand nanti. Cuma sedikit tamak. Asist pada mahali sangatlah briliant. Memperdaya 3 defender dalam kotak penalti sungguh ohsem.

Azamudin (7.5)
Kurang menjadi dengan zubir di sebelah kiri. Tapi sentuhan penting untuk gol pertama yang klinikal. Ia membuatkan indonesia terpaksa teruskan dengan open game dan mengurang bebanan pasukan.

Shafiq Rahim (6/10)
Dia masih kekurangan lorongan-lorongan cantek untuk penyerang kembar malaysia - safee dan mat yo. Kekurangan umpanan-umpanan baiklah menyebabkan striker malaysia 'malu' nak score gol. Free kick, corner kick kurang menjadi.

Safee Sali (5.5) dan Mat yo (5.5)
kena bekerja lebih keras.  Kena lebih communicate dengan midfielder. Kena lebih pandai membuka ruang. Tiada try yang baik dari keduanya sementelah tidak mendapat bola yang baik dari rakan.


ps- King raja hidung dah kembang.

3 comments:

misz aisya said...

aku suka tengok game ngan indon semalam. terus terang aku ckp, luck tak menyebelahi indon. diorang maen bgos jugak.

ehh. aku ni sape nk ckp psl bola.
hahahha

Kniedaz said...

game best..akak yang tak minat bole pun ble tengok sampai habis..betul..tuah tidak menyebelahi mereka sebab diorang main memang best..

kueh bakar said...

aisya n kniedaz
luck tak de.
rezeki tak de buat indon.