Followers

Wednesday, November 28, 2012

peluang


Setiap kita akan sentiasa berdepan dengan peluang. Tentu semua orang pernah mendengar " peluang hanya sekali..nilah dia". Ia benar tapi separuh benar.  Bila kita mempunyai peluang untuk sesuatu kita juga kena bersedia. Bersedia untuk segala kemungkinan. Peluang itu sendiri adalah perihal tentang kemungkinan. Ia bukan kemungkinan yang baik-baik sahaja. Ada yang buruk-buruk juga. Kadang kita tutup sebelah mata akan 'buruk-buruk'nya kerana kita telah 'terpedaya' dengan kemungkinan yang 'baik-baik sahaja' itu. Tambah malang, bila yang 'buruk-buruk' itu lebih tinggi kebarangkaliannya..

Peluang baik. atau peluang yang sangat baik jika kita tidak bersedia tetap bukan peluang yang baik sebenarnya.

begitu juga " ruginya, aku terlepas peluang tu.." kadang peluang yang terlepas itu, adalah untungnya. Kehidupan adalah penuh kemisterian.

Dalam Islam. Kita diajar untuk solat istikarah dalam mendepani dengan peluang. Jelasnya peluang tetap sesuatu yang 50-50. Its future and not tell. 

Dan bila peluang yang diambil menggembirakan, Bersyukurlah padaNya. 

Dan bila peluang yang diambil mendukacitakan. Senyumlah. Peluang kedua mungkin ada. Mengadulah padaNya.

"bila mimpi, mimpilah tinggi-tinggi tapi sandarkan sedikit realiti, kerana bila mimpi itu mati kita masih mampu berdiri" -kuehbakar-

ps- bila fakri nak main ni? ha ha ha

4 comments:

adie said...

alaa..takde quote dari Neelofa ke? ahaha..

misz aisya said...

kalau hilang satu peluang, akan ada peluang laen yg akan datang.

tapi, tetap tak boleh sengaja mensia-siakan sesuatu peluang. :)

Kniedaz said...

satu peluang untuk si A, belum tentu si B anggap itu peluang..maksudnya setiap orang ada bahagiannya masing-masing, betul..setiap peluang ada kemungkinannya pulak, tapi itu pun bergantung bagaimana cara kita mengambil peluang itu..
Ok..akak pun kompius apa yg akak tulis..hoh!

kueh bakar said...

penyu
hahahahaha

aisya
peluang- selagi belum mati, patah tumbuh berganti.

kniedaz
saya faham. dan saya pun susah nak terangkan apa yang saya faham.

betul.
tak tipu.