Followers

Sunday, January 29, 2012

war horse

war horse- Layan citer haiwan-kuda- antara haiwan yang disebut dalam quran. kuda adalah haiwan yang gagah-bijak-setia. tak hairanlah ferrari, mustang letakkan lambang kuda pada kereta keluaran mereka. begitu juga lambang kompeni dalam tentera. kuda adalah haiwan yang punya lambang darjat yang tinggi..

kuda juga mempunyai mata yang ada emosi..pandangan yang boleh menyentuh hati..

war horse adalah cerita seekor kuda muda yang dibeli secara lelongan oleh seorang petani kerana 'airmuka'nya. dia bertindak 'bodoh' dengan membida kuda itu dengan harga 30 genni (bida dimulakan dengan 2 genni!) kerana tidak mahu kuda itu dibeli oleh orang kaya yang tidak disukainya.

"gile ke apa??? kau beli kuda ni 30 genni? sepuluh genni pun tak sampai kuda mcm ni!!' menyinga bini dia setiba di rumah.

anak mereka, albert cukup gembira dengan 'kedatangan' kuda itu. dia namakan kuda itu joey. dia membesarkan joey sehinggalah perang dunia pertama meletus. dan perang memerlukan kuda. lagipun tanaman keluarganya kurang menjadi dan hutang ladang juga semakin tinggi.ayahnya terpaksa menjual joey pada tentera. dengan 30 genni!

'joey, kita akan berjumpa lagi. aku akan cari kau. aku janji..'dikala terpisahnya albert dan joey.albert tidak boleh menyertai askar (untuk terus bersama joey) sebab tak cukup umur. bermulalah jurney seekor kuda perang...

di dalam perang dunia itu, joey ada banyak 'tuan'..ia kuda yang diingati. semangatnya lain dari yang lain. ia seekor kuda yang istimewa. dan albert yang melepasi 18 tahun, menjadi askar untuk mencari joey, akhirnya berjumpa juga di dalam zon perang. albert yang ketika itu buta sementara kerana asap gas, membunyikan 'signal', joey memberikan respon dan masih ingat akan albert..ia mengagumkan sebuah batalion..tamat.

antara movies kuda yang aku tonton-war horse, seabiscuit, hildago, secretariat..aku lebih suka secretariat.

'semakin bertambah aku membenci kau, sedikit pun tidak kurang akan sayang aku pada kau..'
mak albert kepada suaminya.

11 comments:

adie said...

tak teringin nak tengok movie ni...tapi selepas ko review ni..teringin plak nak tengok. aku rasa ko bleh bekerja di kedai dvd.hehe

kueh bakar said...

mu balik trg ke?aku ni kuat lobong sket..citer dok sedak pun aku lebong jadik sedak..hahaha

adie said...

wpun mung lebong..tapi lebong sedap dibaca..hehe...

p/s:aku dok balik ganu..

emak. bukan penari tiang said...

macam best ja kata-kata mak albert

dan dan aku pun nak sms laki aku kata mcam tu kalau tiba waktu bergaduh nanti. save siap dah ni dalam draft henpon. kahkah.

Sharif said...

Suka kuda

kueh bakar said...

lady rare
save la.nanti dah sent sms buat n3..ahaks.nak tahu gak apa replynya.

jon
aku pun suka kuda. ada juga rasa nak pandai menunggang kuda.feeling joki..kihs. tapi rasanya tak mungkin dah.dakpelah, dulu masa kecik dah tunggang kuda rotan.hahaha.

TuN TeJa said...

♫♫..♫♪♫.Larilah…hai kudaku…
Ayolah...Ayo lari
Larilah…hai kudaku…
Ayolah...Ayo lari

Gerakkan keretaku
Kawanku tlah menunggu
Ayuh lari...♫♫♫..♪♪


p/s:xsuker tunggang kuda,rasa kesian...:)

Hanis Azla said...

macam menarik ceritanya.. ada peluang boleh tengok..

vidadarisakura said...

aku terus taip war horse dekat youtube.

gadisBunga™ said...

rasa mcm nak belajo naik kudalah!

kueh bakar said...

tun
kuda memang untuk ditunggang..jika mu dok tunggang kuda.kesian kuda tu..

k. hanis
citer perang..minat ker.tapi tak fokus sangat pada perangnya..Kudalah main actornya..

vidak
utube kecik.sangkut dan trailer sajer.tak best..haha.

gb.
belajar ler. rasul kita pun galakan orang pandai berkuda. sebab aku rasa satu masa nanti kuda akan kembali ditunggangi ramai..