Followers

Wednesday, February 1, 2012

Safee Sali

wah. safee sali. gaji dengan pelita jaya dah jadi 30k USD = RM 90 ribu sebulan. ada bonus, kenderaan, pemandu, rumah, cukai kelab bayar, tiket pergi balik kl dan lilitan lengan kapten pelita jaya. Diberi jersi no 10. ini bukan pelita lagi. ini dah mentol!

selain tu ada hak imej untuk mana-mana produk yang ingin safee sali. Dan mungkin ditawarkan saham dalam akademi bolasepak, sekolah sepak bola Pelita Jaya, Sawangan Jawa Barat. Selain mungkin berpeluang untuk mewakili Brisbane Roar fc (Australia), CS Vise (Belgium) yang juga dimiliki oleh Pelita Jaya Cronus.

Di Indonesia, dia juga pernah berlakon dalam sinetron sebagai cameo seperti mana Arwah Mokhtar Dahari. dan dia tidak mahu muncul lagi sebagai pelakon - 'berlakon itu bukan untuk saya'. ahaks.

ternyata, percaturan dia ke Indonesia sangat berbaloi. walaupun suatu masa Sultan tak mahu dia ke sana dengan berkata ' hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri...baik lagi negeri sendiri...'sehari sebelum dia berangkat ke Indonesia.

kepada safee sali, semoga pelita jaya jadi Champion di sana dan meningkatkan lagi saham anda. selamat berjaya dan jaga hati bini baik-baik kerana cewek seperti Bunga Citra Lestari, Luna Maya, Dian Sastro mahu pun Inul Daratista pasti muncul dalam hidup anda bertalu-talu selepas ini...

jika perhalusi gerak kerja kelab pelitajaya yang jauh di mata ni, aku rasa adalah amat wajar persatuan negeri-negeri dijual pemilikannya agar lebih berdaya maju. Tidaklah menghabiskan duit kerajaan negeri semata-mata. Pasti ada orang seperti Tony Fernandez(qpr), Tian Gee/Vincent Tan(cardiff city) yang bercita-cita memiliki pasukan NEGERI dalam liga super malaysia. Melibatkan diri dalam persatuan bolasepak untuk mendapatkan mileage dalam politik haruslah tiada lagi..kejayaan kelab akan menguntungkan kantung kerajaan negeri pastinya..

ps-mana nak cari jersi pelita jaya ni? mahu angkat satu la season lepas punya safee sali 55.

apa kelas indonesia - nor shahrul

14 comments:

adie said...

tuah ayam nampak di kaki, tuah safee sali pun nampak di kaki juga.

ada yg kata dengan offer yg mewah itu,i smell something fishy. ntahler..

apa-apa pun moga saffe sali terus berjaya. kebanggaan rakyat malaysia juga.

psstt..psstt.. jersi Pelita Nasi Kandar tak mahu ke? ehehe..

kueh bakar said...

penyu, fishy apa tu.cer citer2...

nak sangat kalau ko nak bagi free.dan harap-harap ada komisen pakai baju tu.hahaha

Azlan Strider said...

a`a..yer x je jugak..tak penah lagi nampak orang beli jersi pelita jaya..hehehe

Regards,
-Strider-

anumuchan said...

aa xfolo pulak cite dia ni..pelita jaya??

oranglidi said...

naik sedap la safee jadi jutawang dok?

kueh bakor orang ganung ke? lame aku dok makang kueh bako.

b.i.n.t.a.n.g said...

ce check on9 ade dop jersi plita jaya.

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

indon kat malaysia kena balik sana ..gaji sudah mahal

misz aisya said...

rezeki dia kan..:)

JR said...

Sudah tiba masanya kelab bolasepak Malaysia menjadi betul2 profesional, spt Pelita Jaya. Bukan spt Malaysia, yg nama saja team pro tapi masih bergantung kpd kantung kerajaan. Bagaimana nak menuju era betul2 pro jika masih dipimpin org2 politik dan bangsawan yg cuma memburu nama??

IntaNBerliaN said...

rezeki dia ni.. mmg beruntunglah.. balik malaysia kaya raya lah dia.. :-)

ku-cit said...

beli jersi no 10 la, kalo 55 dah org lain pakai skrg... ehehee

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

bila bincang pasal bola.. akak nak tuutp mata dan tutup mulut lah ahaks

SnowladieS said...

wow..nak ngorat safee sali la cemni hahahha

kueh bakar said...

azlan
ada. jarang-jarang.kadang-kadang.

org jepon
duk jauh memang tak polo.ahaks

o.lidi
ye. ganu. sama la.

bintang
ada mahal. nak lgi murah.haha.

brutal solo
sana mcm india
yang kaya terlampau kaya
yang miskin terlampau miskin

misz aisya
ye. rezeki Tuhan.

jr
org yang 'ahli' dalam bidangnya
aku rasa anuar musa tu cemerlang sekalipun seorang politikus

intan
tak balik pun dah kaya.
sana lagi kaya, duit byk barang murah.ahaks.

kucit
55 la rare. 55 = Safee Sali

sis
terbuka jugak...

snow
orat ler sebelum cewek masuk line...