kali pertama aku naik flight tahun 1996.Naik Mas dari Subang Airport ke Trg.Ia
gaji pertama aku. gaji kerja kilang di Rawang.Arwah mak suruh balik kampung.Jangan susahkan orang katanya. Masa tu aku menumpang di rumah sepupu aku yang dah berkahwin.
masa tu, aku dapat gaji yang tak banyak sebab tak cukup sebulan kerja dan burn beberapa hari gaji setelah cabut tanpa notis. ha ha ha. aku terpikir nak naik kapal terbang. macam mana rasa ek?
kawan aku,lobo, seorang kl, menghantar aku ke airport.beli tiket.etc..dan aku begitu takut masa kapal terbang pecut nak take-off landasan tu.ia lebih takut dari rollercoster yang aku naik kat genting highland masa kecik..tobat taknak naik flight lagi!
aku pun suka juga hendak balik kampung, suasana di kilang macam di bangladesh.hari2 aku belajar bahasa bangla.kiri kanan bangla.kilang tu buat getah tepi pintu kereta.mungkin perodua punya..sebab perodua kat rawangkan..
airasia
company asalnya ditubuhkan oleh arwah tan sri yahya, anak syarikat drb-hicom. tapi sejak kematian beliau, airasia telah kerugian. oleh kerana mahadir tidak membenarkan lesen baru untuk penerbangan.maka tony fernandes telah beli airasia dengan RM 1. hutang 40juta. 2 boing 737-300..lahirlah airasia -
everyone can fly - motto yang cacthykan?
kali kedua aku naik kapal terbang adalah pergi ke kuching..kata dah tobat taknak naik.. hehe..lupa aku bila..tapi masih di awal-awal umur airasia..kawan aku, cikgu zali ajak pegi sana... people like to travel. people like to pay less...tiket memang awal bebulan la sebelum tarikh.rm seratus lebih pergi dan balik..yeah! kuching im coming! hehehe.
flight pukul 6pagi.jadi aku kena ada sejam awal.4oo pagi aku bertolak naik motor dari serdang tuju Lcct.aku malas nak menyusahkan kawan hantar aku.jadik aku rasa naik motor bagus walau takde lesen dan tiada parking fee..(masa tu bas rm 9 belum ada)
kali ni suasana lain berbanding kali pertama dulu..lcct tu macam stesen bas.ramai bukan main.bukan macam airport.tidor dilantai pun ada.'now everyone can fly'.heh! memang tepat.dan masa masuk boarding lobby tunggu untuk naik flight, tiba-tiba ada staff buat pengumuman flight ke kuching.sila beratur..orang pun berebut2 beratur..tergelak aku.(booking seat belum ada)
kemudian kita akan menuju ke kapal terbang dengan berjalan kaki.masa ni feel sangat.nampak kapal terbang.ada bunyi enjin boing.dan jalan laju..potong line.hahaha. tak macam dulu.dulu pakai aerobridge.tau2 dah masuk kapal terbang sambil tengok stewadess senyum..kalau hari hujan renyai pakai payung. cool!
lepas tu ada brief pasal kecemasan..lucu pula tgk 2 pramugari buat memek.err..cuak sikit pun ada.."kalo dalam air.tarik ini.tiup wisel" ---> macam citer titanic tuh!
[aku pun ada jugak buat kira2...200 orang penumpang..kalau darab 200rm = rm 40000..kuching ada 5 trip sehari = 200,000rm sehari! kenapa MAS rugi erk?]
take off kali ni aku lebih tenang.mungkin dah dewasa kot..hehe. dan pemandangan langit sangat lawa..tambah ada cahaya matahari.subhanallah.
lepas tu ada jual makanan dan minuman..tolak gerai.kehkehkeh. walaupun takut2 berada di udara, mata terpampam juga kat montot stewadess tolak troli.hahaha. dan ada jual cenderahati..
dan selepas itu 3 kali repeat ke sarawak. 2 kali ke sabah. oversea belum rezeki.huh!
melancong adalah kesesatan yang mengasyikan..
***********************************************************
sekarang sedang hangat MAS dan AIR ASIA mungkin bergabung.jadik aku belek2 la buku yang dulu aku beli,
the air asia story.
"believe the unbelievable, dream the impossible and dont take 'no' for an anwer"
"saying you are going to do something is always the easy part.Its the doing part that actually makes or breaks you"
"we are trying to serve people who are underserve"
"i dont believe in owning technology. like you buy hp, one year later its out of date, so its better to rent. our strategy from day one is not to own, but to rent"
"people havent really understood why im sponsoring formula one teams or man U. if u want to be a global player, u have to tell the world about yourself"
"bonus? i think it is never enough.there is one thing about malaysians.Whatever you give is never enough"
"just believe in your own conviction. If you listen to everyone else, you will never start. weve just got to believe in and do it"
"the person who changes things wont come from the industry. it will be someone else from outside the industry. people in the industry wont change"
"there is a fine line between managing the ego and having no ego.If you dont have ego, you wont be succesful, but u need to know how to manage that ego"
"i would like people to be positive, to be sensible, and to realize that the world is a tough place"
**********************************************************
aku tetap merasakan air asia ada duit dari ananda krishnan..sebab tu nama flight AK. syhhh! air asia telah menempah boing 200 bijik kot, dengan harga rm trilion.kalau ko takde duit berani kau order?
asean sahaja market yang besar. ia populasi 600 juta manusia. amerika 300juta.eropah 350 juta.
what ever..terima kasih tony fernandez.