Followers

Wednesday, June 29, 2011

bercakap dengan jin

dalam koleksi bahan bacaan arwah mak aku - agama,dian,wanita,jelita, buku-buku ada satu buku yang aku hanya melihat dan tiada keinginan untuk membaca - bercakap dengan jin. Aku tidak suka cerita hantu atau cerita seram.sengaja melihat / membaca untuk merasai takut. itu bukan aku. ha ha ha.

semasa aku berada di asrama SMSD satu ketika dulu, aku seorang yang susah tidor awal. tidor mesti lambat..dorm aku di tingkat tiga. bila aku masuk tandas nak kencing, automatik air keluar sendiri dekat tempat kencing dan dengan bunyi seperti hilaian...meremang bulu roma...kalo tak masuk tandas, tak pulak keluar air dan bunyi..memang pelik. mungkin kebetulan. kebetulan yang pelik.

di tambah pula banyak pokok rhu (asrama berhampiran pantai), bila angin bertiup bunyi...uUUuuuuuuuuUUUuu....memang seram..aku dan seram memang tak serasi!

tamar jalis - nama yang mencipta 'bercakap dengan jin' telah 'muncul' setelah sekian lama bersembunyi untuk tidak dikenali.aku rasa dia muncul adalah kerana wayang kini boleh cecah jutaan ringgit.buat satu filem boleh jadi jutawan..dengan munculnya dia, maka dia telah mengiklankan dirinya untuk didekati oleh producer / pengarah filem..

aku rasa sedikit masa lagi 'bercakap dengan jin' akan dijadikan filem..filem yang tak mungkin aku tonton. ha ha ha!

ps- aku suka majalah wanita dan jelita.nyumi!

8 comments:

Mr PenyuBiru said...

mungkin inilah masanya siri Bercakap Dengan Jin diangkat ke layar perak.mesti seram giler..

Kapten Atok said...

aku pun x pernah baca buku tu
seram ker? tgk movie jerlah

アヌム ちゃん said...

erk tak penah baca gk..buku ape tu..

p/s: suka baca buku rapi.hihi

suha said...

ok seram




(^_^)

アヌム ちゃん said...

aa baju bundle takde laa..kat mana2 tah tu hubby beli..huhu..dia suka design katun2 mcm tu..

nub said...

aku membesaq dengan cerita2 dia..=)

Amirah Suhana said...

ish seramnyaaa !

Hanis Azla said...

pernah baca buku tu juga.. tp tak penahnya habis sebab baca sikit pun dah rasa seram... Salam kenal yer.. Thanks sudi singga ke blog saya..