setelah lama frust dengan mia sara, dolah semakin workaholic..satu-satunya cara yang baik untuk melupakan kesedihan hati adalah buat-buat busy.jangan termenung dan jangan layan jamal jamaludin sinar fm...
"sayang org boleh terjadi dalam masa yang pendek...lupakan org?panjangnya mungkin sepanjang hayat.dan mungkin juga masih tidak lupa.."
satu hari ada staff baru masuk..muka seperti pernah kenal.gaya jalan.tutur kata.sinar mata.macam sama!
nama staff tu NIA SARA.
hahhh!??? terkejut dolah.hampir terlucut cawan kopi yang dipegangnya.
masa berjalan.."awak dolah kan?" tegur nia.
dolah hanya angguk.dia tunduk.tak mampu nak tentang mata dengan nia.sejak nia masuk kerja satu opis dengannya dia jadik tak keruan.tidor tak lena.mandi tak basah. kenangan lama kembali mengusik jiwa...
'sapa kau..kau betul-betul seperti mia sara'.itulah pertanyaan dolah bila memandang syiling menunggu lena..
masa berjalan...'dolah, dah 3 bulan saya masuk opis ni...awak seperti tidak suka saya...'nia bersuara ketika tersua dengan dolah di pantri opis.biasanya memang dolah mengelak untuk bersua muka dengan nia. dia amat tidak selesa.shhitte!!
"awak mengingatkan saya pada seseorang.." dolah berterus terang.
"dan saya tidak sukakannya" dolah bersahaja.
"ooo..rasanya saya paham..awak tak suka dia ker?" : nia.begitu outspoken nia.
"saya suka dia..saya sangat suka..mengingati dia saya tidak suka" : dolah
"kenangan pahit?" nia saje meneka.
"maafkan saya..saya nak ke toilet jap" dolah lari.
masa berlalu...lama kelamaan dolah baik dengan nia.dia rasa dia sudah boleh 'lupa'kan mia dengan kemunculan nia.dalam hati ada taman.he he he.
"awak takda bf ke?":dolah
"kenapa? awak nak jadi bf saya ker?":nia
dolah diam.kelu.shitte!
"kalo saya nak jadi gf awak, awak nak ker?":nia
dolah diam.kelu.shitte!!! dolah tidak menjawab pertanyaan nia.akhirnya kedua-dua berpisah menuju rumah masing-masing.
meoww!meoowww!!! bunyi sms masuk hp nia.
'saya nak jadi bf awak!!!' dolah sms.
nia suka. dalam hati ada bunga.poyo punye laki!!hahaha nia keriangan.
masa terus berjalansatu hari dolah nampak nia berjalan dengan seorang lelaki di sebuah shopping mall..dolah ekori nia.mereka kelihatan mesra sekali.shitte!
di ranjang. mata dolah tak boleh lelap. 'nia sara.mia sara.siapakah kau?kesedihan aku kah?' dolah melankolik.
lama selepas itu.yang mana hubungan mereka tidak begitu mesra seperti dulu.nia juga perasan dolah dah lain macam.seperti mengetahui..
"dolah..dulu.sebelum kau..aku ada tunang..jozan.." air mata nia berkaca.
"takpe..teruskan.."dolah hulurkan tisu.
"kami dah putus atas salah faham..dan sekarang dia mahu kembali sambung. aku sayang kau.tapi..aku lebih sayangkan dia, jozan."
dolah mendengar dengan rileks.dia sedih tapi sudah menjangkakannnya..
"kau.." :nia
"aku terlalu baik untuk kau kan?" dolah memintas.
"mana kau tahu aku nak cakap begitu" nia sendu.
"i know. i just know.." dolah tersenyum pahit.
sejak itu dolah tukar tempat kerja. mereka tidak pernah bertemu lagi..