layan astro hbo yang berulang-ulang citer sama tu...
daisy dan benjy 'bertemu' ketika ditengah-tengah.
citer ni tentang kisah seorang lelaki, benjamin yang lahir reverse, 'umur terbalik' . dia lahir sangat buruk.dia seorang baby tapi tua dan berusia.kulit berkedut, gigi longgar dan segala macam simpton seorang tua..bapanya,seorang jutawan membuat butang, 'membuang' dia di depan rumah seorang wanita negro..
dia menemui cinta pada seorang budak kecil bernama daisy.cinta pandang pertama dan cinta pertama.ketika daisy mengunjungi rumah keluarganya dan bermalam. dia menemani daisy bermain dan membaca tika hendak tidor..
yang menariknya citer ni benjamin adalah seorang yang tua dan semakin muda setiap tahun dan daisy semakin tua setiap tahun seperti kita.benjamin melalui hidupnya sendiri dengan menjadi kelasi kapal. daisy seorang penari yang hidup penuh glamor.benjamin tidak pernah melupakan daisy. dia menyintai daisy dalam diam dan dalam terang. ke mana sahaja dia singgah di pelabuhan di mana-mana sahaja, dia akan hantar daisy poskad.
daisy tidak menyintai benjamin kerana telah punya buah hati dan bercita-cita tinggi sebagai seorang penari.sehingga satu hari daisy kemalangan. dan dia tidak lagi mampu untuk menari.dunia dia gelap-gelita.
[semasa benjamin cerita tentang kemalangan daisy ia cukup cantek - hidup sudah ditakdirkan.tidak lebih sesaat.tidak kurang sesaat.]
selepas daisy kemalangan itulah benjamin 'hadir' dalam hidup daisy.benjamin telah berubah. dia muda dan tegap.tidak lagi tua. daisy pula tidak lagi budak-budak. sorang dilahirkan baby muda..seorang dilahirkan baby tua. akhirnya bertemu ditengah-tengah usia menjadikan mereka hampir sebaya..
mereka berkahwin dan ada seorang anak.anak normal. dan kemudian benjamin memutuskan untuk 'pergi' kerana dia semakin muda..manakala daisy semakin tua.dia perlu pergi kerana dia merasakan daisy tidak boleh menjaga dia dan anak sekali gus kerana dia akan semakin muda dan kecil..dia juga rasa anak dia memerlukan seorang bapa normal..untuk sebuah kehidupan normal..
ia sebuah movie yang menarik..
apa yang menarik bagi aku bukan chenta benjamin dan daisy. tapi tentang kehidupan itu sendiri.ia tentang sebuah kelahiran.kanak-kanak.dewasa.kerja.kawin.anak.tua dan akhirnya kematian. ia pusingan sebuah kehidupan. di mana kehidupan itu ada takdir-takdir tersendiri.
citer ni plot dia slow. citer dalam citer.dan makan masa hampir 3 jam.dan akhirnya kita akan termenung dan terdetik " yup. hidup ini sebuah persinggahan sebelum ke sana." juga seperti kata-kata mendalam keretamayat.blogspot, 'dunia ini adalah tempat untuk membina akhirat'
Hello world!
3 years ago
5 comments:
ye btol...citer ni mmg best..cuma sedikit pelik bila kehidupan dilalui secara reverse..
slow plot citernya tapi menarik utk dilayan...sampai takmo g mana2 kot terlepas
omputeh wat citer dok real tapi macam real...macam real tapi dok real...
cerita yang menarik . seperti ada banyak persamaan. cerita dalam cerita.
aku tengok fastforwad jer citer ni sebab macam malas jer nak tengok tapi bila ko review ni, rasa cam best lah plak.
Post a Comment