Followers

Sunday, October 31, 2010

ice kacang puppy love

dah lama tgk...aku pun ingat2 lupa...



mungkin cinta pertama tidak begitu indah dan begitu asyik tapi ia tidak mudah dilupa..ia akan dikenang sesekali dan sesekali juga tersenyum kerana terkenang..

ice kacang puppy love - sebuah kisah tentang suka yang panjang seorang budak lelaki pada seorang budak perempuan...dia memendam perasaan..takut untuk meluahkan rasa suka....segala rasa suka dia coretkan pada kanvas lukisan...

bila sudah tidak tahan...akhirnya dia menulis sebuah surat...surat cinta untuk amoi...walaupun amoi itu tidak pernah membaca surat itu....amoi tahu budak itu memang suka sama dia...

sangat tipulah kalo perempuan tidak perasan perasaan seorang lelaki...hati perempuan memang boleh bau tentang perasaan...malangnya perempuan juga pandai menafikan perasaan...

satu benda yang ada...akan terasa hilang setelah benda itu akan tiada atau telah tiada...masa tu baru tahu yang hilang itu ada nilainya...sama ada nilai besar atau kecil masa itulah akan tahu...

mamak jual roti juga satu interframe yang lucu...

citer ni shot2 sangat cantik...ia sebuah filem fotografi bagi aku...jika kau sukakan kabir batia..kau pasti suka shot2 dalam filem ni...ia bukan kisah cinta yang boleh melayangkan kau ke bulan...










cinta tidak semestinya memiliki...kadang ia harus dilepaskan pergi..

Saturday, October 23, 2010

lafaz bukan mainan



hari tu aku ada tgk drama kat tv 2 secara tak sengaja..gi rumah kawan dia sediakan jemput2...so sambil2 makan tgk tv2...drama LAFAZ BUKAN MAINAN eurofine pictures.

jemput2 dah habis pun aku belum balik..bertemankan tea o aku dan dua kawan - sorang bakal kawin dan sorang lagi dah kawin(tuan rumah)..kami keras depan tv..ia sebuah naskah yang menarik..cerita ni durasi dia satu setengah jam...sebab tv2 tak laku sangat jadik iklan tak lah banyak...

ia mengisahkan fizz fairuz bergurau di tepi pantai dengan seri yanti, isterinya...kejahilan yang menjahanam...

"abang ceraikan kau"ff
"cerai lah"sy
"ko nak bape talak? sepuluh cukup?"ff
"boleh"sy
"abang ceraikan ko talak seploh!"ff

setelah balik dari pantai..kawan-kawan mereka kata talak jatuh..mereka tak puas hati sebab mereka niatnya bergurau sahaja.bukan betol-betol..lalu jumpa pegawai agama...diterang panjang lebar - talak sudah jatuh. jatuh talak tiga.lafaz cerai bukan mainan...

kawin atas dasar cinta sama cinta..perkawinan masih baru..sayang masih tebal...anak sorang..maka di sinilah konflik bermula..jatuh talak tiga bermakna tak boleh rujuk...kecuali si isteri berkahwin lain...dan bercerai lagi...baru boleh fizz-seri kawin balik...

fizz mencari jalan untuk cina buta.. dia meminta ebi kornalis, kawan baik dia seorang sabahan untuk kawin dengan seri dan ceraikan balik lepas kawin - cina buta..

ebi setuju..azura gf ebi pun setuju atas dasar kawan tolong kawan tapi bila ia diberitahu kepada khatijah tan dan jalil hamid, ayah kepada seri maka jalil hamid tidak benarkan...dia membuka kitab dan jelaskan cina buta itu haram hukumnya...Allah juga melaknat orang yang cina buta...

perkawinan kedua seri hendaklah real - tidak diatur-tidak dipaksa-tidak diupah- juga berlaku persetubuhan.. maka 'gila' lah sekejap fizz dan seri..perempuan seperti biasa berendam air mata..berkurung di dalam bilik..mogok tak mahu makan..

lelaki serabut kepala..kerja tak betol..hidup tak terurus..kucar kacir..tidor dalam kereta...

lama setelah itu..datang rozman...bekas x seri..pilihan jalil dan khatijah tan dulunya...sebelum seri tetap mahu kawin dengan fizz...rozman kini duda anak dua...kematian isteri 2 tahun dah...

mudahnya perempuan cair..ekekeke..seri yanti terima nikah rozman...fizz mahu mengamok..pegi kedai batu nisan...

"aku nak tempah keranda!!"
"buat cepat! ada orang nak mati ni!!!"

ha ha ha..scene serius tapi lucu...

last sekali...fizz insaf..mujur tak ada kejadian yang tak diingini...dia akhirnya redha akan kawinnya seri...drama ni sarat dengan mesej dan teladan-tentang kehidupan...pelakon pun tak kalah..skrip pun bagus..ebi bagus bah - bersahaja dan lucu...tahniah eurofine pictures...

kelantan vs negeri sembilan part 2



tidak dapat tidak kelantan dan orang kelantan sudah demam..demam bola..repeat final tahun lepas..kelantan vs negeri sembilan part dua..sama ada sejarah berulang atau sejarah baru tercipta..kita tunggu dan lihat...



anuar musa
ini adalah orang yg bertanggungjawab penuh mengubah bolasepak kelantan..dulu nama kijang-sekarang pahlawan merah...dari skuad yang tiada apa-apa kepada skuad kuat, mantap dan sukar ditewaskan...masih ingat jkr kelantan.tnb kelantan.skmk kelantan - bakat banyak tapi berterabur...

orang ini telah melancarkan karnival bola sepak kelantan..tahun 2010-tahun bolasepak kelantan..cafe red warrior..radio online utk siaran langsung team kelatan, penghapusan levi stadium dari kerajaan negeri dan dapat dana untuk memperbesarkan stadium sultan mohammad ke-IV dari pusat...juga sebuah buku 'red warrior menuju puncak'...etc.



trio import-akmal rizal.hairudin.norfarhan.inderaputera.
antara strategi pertama menguatkan skuad anuar telah mendapatkan tandatangan pemain-pemain bintang - akmal -anak emas FAM suatu ketika dulu.indera-bekas kapten malaysia yg telah menang piala malaysia dengan perak dan selangor...hairudin dan farhan attacking option biso dari terengganu..(ekekeke) yang juga telah membantu trg menang piala malaysia setelah menunggu kira-kira 80 tahun...



m.karathu.rajagopal.sathianthan
kelantan memang ada ikatan kimia dengan jurulatih india..M karathu-rajagopal-b sathianathan, aku pun heran...m. karathu dulu hampir membawa kelantan ke final zaman hashim mustafa...tapi kalah kepada kedah...sathianathan cerah harapan mencatat juara piala malaysia peribadi yang pertama untuknya..



souvenior
penjualan jersi, mafla, bendera dan cenderahati mencatat rekod membanggakan dengan RM 500,000.00 telah terjual. ia mengundang pujian saberi chik dari KBS..dengan final kali kedua berturut2...maka penjualan akan laris...

tiket
tiket separuh akhir kelantan - kedah telah dijual dengan harga RM 300/RM 200/ RM 100 bersama cendaramata...ia laris dan sold out...aku rasa tiada lagi fa negeri yang buat untung gila babi seperti ini...tabik spring anuar..dan pada che mat jusoh...bangun lah dari mimpi...



dengan penyokong fanatik..dengan pemain bintang dan pengalaman final tahun lalu...aku meramal kelantan bakal juara baru piala malaysia...2-0 score board..penykong negeri sembilan pi la ramai2 stadium...korang antara negeri yang aku listkan kurang penyokong seperti penang.pahang.melaka...sabah dan sarawak logiklah.

nota kaki : kepada zarfan dan housemate mu dulu. gi la stadium sokong team mu...dulu mu tumpang sokong terengganu...ekekeke...sokong biar menang...lama dah menunggu tu! ekeke.perlawanan final impian aku tetap kelantan vs johor..

kenapa aku suka pegi majlis kawin?




1.dijemput
firstly mustilah sebab dijemput. bila dah dijemput dengan kad jemputan wajiblah hadir..kecomelan kad, tidaklah mendatangkan 'mood' pada aku, nak pegi ke tidak..ia lebih kepada akraban dan kelapangan dan tiada aral..tiada kisah kad sekadar fotostat..yang murah bersampul atau yang sgt mahal berkotak...jemput melalui internet dan sms pun aku tak kisah...kalo tak dijemput janganlah pegi kalo pun suke-suke-suke nak pegi...

2.makan nasik minyak.
bukan senang nak carik nasik minyak hari-hari biasa.kat majlis kawin je boleh aku lahap antara nasik faberet aku ni..(kalo trg hari2 ada org jual breakfast nasik minyak)..lagipon majlis kawin ni biasanya weekend maka breakfast dah termiss...lapar..jadik rase teruja nak makan tu tinggi..

3.evergreen song
aper lagi lagu kawin laa..kalo ko dengar lagu kawin kat majlis kawin ia boleh mengundang satu khayalan...dgr kat youtube pun boleh tapi tak sama...macam tgk bola kat stadium atau pi tgk konsert live- tak sama dengan tgk tv walaupun siaran langsung..

4.pengapit
kadang-kadang seri pengantin tu tertempias kat pengapit...ko ushar pengantin buat apa..org punya..baik ushar pengapit..mungkin single and available...yang memang mabeles...

5.aweks
kalo nak tengok aweks melaram.gojes.ayu dan buat2 ayu.tudung gulung2.belang2..bersanggul.free hair.kaca mata org bercerai gi mahkamah..(hitam dan besar)..baju bling2.assesoris emas,mutiara atau gelang kayu..bau2 harum...macam2 perisa awekss majlis kawin ni..di sinilah perasaan jeles teramat sangat dengan fotograper yg boleh snap gambar2 awekss tanpa dimarahi...'perempuan itu satu keindahan'..

6.berkat dan semangat
semoga giliran aku akan tiba suatu masa nanti..amik berkat dan semangat..woha!

Monday, October 4, 2010

perpisahan tidak pernah mudah

ada hitam ada puteh..ada lelaki ada perempuan..ada bulan ada matahari... ada pertemuan ada perpisahan..perpisahan tidak pernah mudah..sungguh!

perpisahan ada dua...perpisahan sementara-suatu perpisahan yang tidak mengapa..dan perpisahan selama-lamanya- perpisahan abadi.suatu yang sangat sukar jika terjadi..

pertemuan yang biasa-biasa mengakibatkan perpisahan yang biasa-biasa..mula "hi!"..akhir "bye"..biasa dan tidak mengapa..

pertemuan luar biasa..membina suatu rasa yang 'jauh'..membina 'kita'...dan bila sama-sama ketawa.lucu.sedih.susah.makan.jalan2.melihat.dan bila pertemuan membina perhubungan..dan ia mengambil masa yang lama..perpisahan akan juga luar biasa..ia mengakibatkan air mata..

kita semua tahu tentang perpisahan..semua akan merasainya...janji Tuhan "Yang hidup pasti merasai mati"..kita tahu tentang itu..

tapi kita jarang mahu memikirkannya.. bukan sebab kita tak mahu pikir..tapi ia suatu yang sukar untuk kita pikir.. ia hanya akan berlaku sekali pada setiap kita..tidak ada ulangan...jadi persediaannya adalah tidak bersedia sebenarnya...

sungguh!perpisahan tidak pernah mudah..

notakaki: Ayahanda semoga sembuh..schoolmate bukan classmate-Yusniza yusoff pun sama.semoga sembuh!

Sunday, October 3, 2010

2010 melaka maju

hari tu aku ada tgk rtm 1.. "dialog" dengan ketua menteri melaka...oleh sebab aku penah mastautin kejap kat melaka dan kadang-kadang pegi sana jadik aku rasa tertarik nak tngk..

dalam 5 tahun..melaka bagi aku memang sangat cepat naik...

melaka sentral
stesen bas henti2 dan stesen untuk bas ekspress..ni fully airkon punye tempat...walaupun lantai dia tak rata tapi jauh lebih baik dari stesen bas trg...kuantan...seremban(kerusi yang tercabut kat tempat menunggu tu agak2 bila la nak ganti...)..

2 bijik tesco.2 bijik JJ.Giant.3 bijik mydin.ekonsave..kadang aku pelik apsal banyak sgt shopping mall kat melaka...nak kata org singapore / kl dtgg shopping...baik shopping kat tempat sendiri...lagik pun sewa dalam mall ni bukan murah...

banyak fly over.fly over ni bukan apa-apa pun..tapi kalo banding dengan terengganu belum ada satu bijik lagi fly over..jalan di terengganu adalah jalan 10 tahun dulu...sedangkan kenderaan semakin banyak..kalo raya, dari kampung aku yang 18 km ke KT pun makan masa 3 jam..raya ke-4 kurang sikit...sejam setengah...huh! gile!

Uitm Kota.Uitm lendu.Kuim.Uitm jasin.Ikbn lubuk cina.MMU.Utem.kolejtinggimara.maktab durian daun
banyak tempat study...jadik pemangkin ekonomi setempat ni..

airport antarabangsa.apa yang menarik ali rustam kata melaka mempunyai ramai pelancong kesihatan...dari singapore dan indonesia...ia lebih murah dari jakarta..dan mereka-mereka ini kaya-kaya punya pesakit..sebab tu dia dapat lesen dari pm(mahadei kot) untuk men-antarabangsakan airport..

eye on malaysia(ni kena sita).taming sari.zoo.ikan lumba-lumba.arab city.water park.banyak tempat yang direka untuk perlancongan...melaka pandai guna duit..eye on malaysia bawah 10 juta dah dapat kolek 5 juta..terengganu buat taman tamadun islam 240juta..untung tak tahu la bape...

banyak shoplot dan taman perumahan di bina
sepanjang jalan ada je iklan jual bangunan...terengganu kurang shoplots baru...sangatlah kurang..tapi ada orang kata pembeli dan modal adalah dari singapura...melaka memang banyak pelabur singapura..kesian la org melaka kalo betul bangunan2 foreigner yang punye...maju tapi rakyat tak sempat catch up..pun bahaya juga...jadik masalah sosial...

jambatan ke indonesia...
yang ni pun dia beria nak buat..tunggu putrajaya kata ok je..kalah la tambak johor kalo betul jadi..

melaka memang betol-betol agerasif!

nota kaki : mat said kena keje kuat. trg besar. ada banyak sumber..jadik kena agerasif gok la..

Saturday, October 2, 2010

aku kan abang

Adik-adik ku...
tahu tak korang, sebelum kau-kau-kau-kau-kau lahir, mama selalu suapkan aku scott emulsion, minum ribena, bagi telan spirulina dan pati ayam gambar lembu bertanduk..

tapi bila korang dah lahir..mama dan ayah kena cut-cost..kena budget..sebab ada lima lagi mulut selain mulut aku...

adikku-kau satu
kau ingat tak..time firstday kita pergi sekolah baru. kita masuk ikut pintu belakang..tiba-tiba bila time balik..ko balik ikut pintu depan! kau hilang!!! Aku kena marah dengan mama sebab tak jaga kau..nangis-nangis mama tunggu orang-orang cari kau..petang tu jugak ada skuad pencari jumpa kau..bingung..blur..di jalan depan sekolah...suka-suka hati kau je ikut classmate balik ikut pintu depan...esoknya aku jadik bodyguard ko...

ingat tak..lepas balik sekolah,aku selalu beli tikam-tikam (judi ni)...sebab ko nak mainan...tapi tak penah pun kena..aku rasa pakcik runcit memang tipu laaa...dan selalu beli aiskrim jeruk untuk kita makan ATAS BECA on da way balik rumah...

---> ye mama aku upah beca amik dan hantar...langsung tak kool.rase nak menyorok dalam bonet beca jerk time tu...masa tu beskal belum beli..

adikku-kau dua
kau selalu tidor depan tv..awal2 aku sound suruh masuk tidor kau taknak..last2 mama suruh angkat kau masuk bilik..berat takde masalah..tapi air liur basimu paling busuk antara kita 7 beradik..aku rase kau saje2 je calit air liur mu kat bajuku time aku dukung mengangkat...

adikku-kau tiga
dah sebab kau hanya beza setahun je dengan 'adikku-kau dua', jadik akulah yang selalu jadik pelerai pergadohan kau dua beradik..berebut askarlah...berebut keretalah..berebut koboi- sorang pun taknak dayak berkapak - dayak tu ensem apa...aku ni ala-ala PBB la time tu...

ingat tak time aku ajar ko main bunga api..tembak kat semut...cucuh kat pokok...kat kotak...letupkan mercun kat lubang semut..dalam tin..dan satu malam tu ko cucuh belakang aku...terbakar baju aku...berlari aku kesakitan dan bertambah la sakit masa jiran sebelah pancutkan air paip getah time aku berlari tu...berparut belakang aku ni! dan itulah asal usul, pra-tidor aku kaki tergedik-gedik sebelum lena...dan postur tidor melentang juga..sebab kaulah!

adikku-kau empat
kau ingat tak? kau main masak-masak...kau amik parang kat dapor dan kau amik kelapa yang gugur di tanah...ko try nak kopak kelapa tu..tup-tup ko terparang ibu jari kau! aku ler yang pegang ibu jari kau yang hampir putus tu sampai masuk bilik surgeri...parkinson jari aku 2-3 hari..tengok darah..huh!

adikku-yang lima
kau paling comel time tu..maklum ler baby...ko berak..ko kencing..ikut suka kau jer..lepas tu menangis...akulah yang selalu basuh bebird kau...montot kau...tangan aku nilah yang gosok-sabun-gosok..hingga hilang rasa-warna-bau..mana kau ingatkan...

adik2ku..
buah ceri merah ranum yang tinggi..aku la yang panjat amikkan...korang tahu jerit2..tunjuk2..

adik2 ku...
sebab umah kita takdok shower-heater tu...kadang2 akulah yang jeramkan air dan 'bancuh' mandian korang dalam besen...

adik2 ku..
pagi-pagi buta..kadang2 kalo mama tak sempat buat breakfast...atau nak tukar selera..makan roti canai-30 sen sekeping..akulah yang kayuh beskal-handel je bmx + spoket mati..pegi kedai melayu pakcik roti canai...

adik2 ku...
oleh sebab parent kita dua-dua keja..jadik akulah selalu jadik chef korang...masak megi...buat roti goreng salut telor...buat jemput2 bilis cicah sos atau susu cap junjung (masa tu cap teko belum ada)...dan kadang kalo jemput tu cair aku namakan ia penkek..woha!

Dan sekian lama waktu...ada ketikanya bila aku kata "AKU KAN ABANG"...siyesly korang tak boleh marah..he he he