Followers

Friday, August 12, 2016

Doktor Bukan Tuhan


Suatu masa dulu aku sering berulang alik ke hospital sebab arwah ayah aku menjadi tetamu tegar hospital. Dalam pada waktu menjaga ayah, banyak masa terluang di tepi katil. Kau terputus hubungan dengan dunia luar bila internet dan techno belum berleluasa.

Dalam keboringan, banyak masa yang terluang, masa juga terasa begitu perlahan.. Setelah berkali kali khatam surat khabar yang sama, akhirnya tiada apa yang boleh kau buat kecuali melihat sekeliling. Memerhati. Dan tiba-tiba menjadi ahli fikir. Dan bila aku melihat doktor dan jururawat-jururawat yang menjaga pesakit. Yang pelbagai jenis penyakit dan pesakit. Pelbagai ragam manusia dalam hospital. Manusia yang sakit dan yang tidak sakit. -  Bagaimana rasanya menjadi seorang doktor. Dan bagaimana rasa bila kelahiran itu berlaku di depan mata. Dan bagaimana pula rasanya bila menghadap sesebuah kematian? Pengakhiran sebuah kehidupan.

Akhirnya. Dengan kepesatan dunia penulisan kini - Dr juga bisa menjadi penulis. Aku baru membaca 2 buku - Diagnosis  3(?) yang covernya - Dr gemuk tertidur di tangga kecemasan. Ahaks - teringat kawan aku Dr Keyo yang gemuk seperti itu. Dan buku Doktor Bukan Tuhan. Beberapa pertanyaan aku dulu terjawap serba sedikit. - Mereka juga manusia. Mereka merasa..

Dan aku menyukainya. Kedua-duanya


ps- DrKeyosilabuatbuku!

No comments: