Followers

Monday, February 6, 2017

Passenger


Masa aku belek-belek majalah kat kedai buku - terbaca interview,si hot jeniffer lawrance (Aurora) pasal filem passenger dengan Chris Pratt (Jim). Dia kata berdebar lakukan babak intim. Terus rasa nak tengok.KohKohKoh.
 
Passengers - There is a reason they woke up


Ia tentang sebuah kapal angkasa (bentuk mirip interstellar) pembawa 5000 passenger dan 200 lebih krew kapal. Mereka semua akan mengembara ke satu planet baru - sebuah 'bumi' baru yang jaraknya 120 tahun perjalanan. Untuk berjaya sampai ke sana dalam tempoh yang panjang melebihi purata umur manusia zaman ini 60 atau 70 atau 80 tahun - mereka dihibernasikan, ditidurkan dalam kapsul masing-masing. Kapsul-kapsul itu diprogramkan dan akan membangunkan 'passengers' beberapa tahun sebelum sampai ke destinasi.

the story begin - kita hanya merancang, Tuhan menentukan -  Kapal Angkasa yang auto pilot, auto self defence, Auto 100% itu berlanggar dengan batu besar angkasa lepas. They hit hard. Dan kapsul Jim error dan terbuka. Dia terbangun awal, 90 tahun awal dari jadual! Dia akan tua dan mati dalam perjalanan!

Dia seorang mekanik ala-ala 'mcgyver'. Know to do many things. Mungkin juga untuk jadi 'Passenger' perlu special, bukan sekadar biasa. Tapi dia Passenger gred bawah, bukan kaya. Selepas setahun lebih bertemankan robots dan gajet - hidup dia teruk. Lonely. Tertekan. Segala emosi negatif dalam satu.Hidup dalam mati.

Dan semasa berjalan di antara kapsul-kapsul dia nampak aurora, journalist, 'passenger gred atas. Dia study aurora melalui data, melalui klip video. Dia suka aurora. Seperti diduga - dia mahu membangunkan aurora. Dia bagitau athur, robot bar tender , dia nak bangunkan aurora dan minta robot keep the secret. Ahaks.

Jim serba salah amat sangat untuk membangunkan aurora. Dia sangat-sangat tahu kalau aurora bangun - macam dia bangun. Takde jalan untuk hibernate dan tidor balik. Mereka akan terperangkap dan mati sama-sama dalam kapal sebelum sampai destinasi. Hati dia kata jangan, but still, he press the button dan aurora terbangun.

Romance in space - apalagi yang ada kan. Jim rasa dia dah jatuh chenta kat aurora dan aurora dah dapat terima kenyataan - Mereka tak mungkin sampai ke 'bumi' yang baru. They dont care anymore. Mereka mengukir cinta di bintang-bintang. Aku rasa momen mereka keluar dari spaceship dan bebas di angkasa tu romantik. Lawa momen tu. Kalaulah lagu terukir di bintang yang Yuna nyanyi tu jadi soundtrack memang gempak! Ahaks

The borderless swimming pool kat kondo atau hotel mewah sangat lawakan. Tapi kolam renang dengan cermin di kapal angkasa sangat cool! Ia bukan sci fi, ia imaginasi untuk menambahkan seksi aurora. Hurm.

The day that si Jim nak sarungkan cincin - Pernah dengar ?- Secret make to be broken. Athur pecahkan rahsia sedetik sebelum momento. Berkecai sepai, terpecah belahlah hati Aurora. " You kill me jim! Nok harom kau jim!! "Kalau nak tengok hati perempuan keras macam batu - tengoklah perempuan kecewa rasa dikhianati di angkasa. Sekeras bintang. Haha.

Sebenarnya masa bencana yang membangunkan Jim dulu - Kapal tidak lagi sempurna. Kapal tidak mampu auto pulih sendiri seratus peratus sebab batu besar yang hit dulu kena pada tempat kritikal. Its getting worse.Dipendekkan cerita - Mereka berdua terpaksa berbaik dan bersama-sama membetulkan balik kapal.
Aku duga mereka akan beranak pinak di situ. Im wrong. Selepas Kapal pulih ada satu cara untuk kembali dihibernasi. Masalahnya ia untuk seorang. Adakah untuk Jim? Adakah untuk aurora? Or macam dialog aurora kat trailer , " you die.. i die". "We die together". Ok ni aku tambah.<-- aku="" br="" ni="" tambah.="">

 Tagline movies yang lebih tepat - "There is a reason hes woke up and shes been wake up". Ahaks

   

No comments: