Aku nak mencuba satu yang baru. Memulakan secara kecil kecilan. Suatu yang aku sangat cinta - Buku. Satu kecintaan yang lahir dari gerobok-gerobok buku, majalah, buku selfmake - resepi book oleh ibu tercinta - Arwah Maznah Abdullah.
*Ampunkan dosa-dosa kedua orang tuaku ya Allah, Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang*
Sepanjang aku buat fotostat ni, 'suatu karier terpaksa' yang telah lama aku tahan dan bertahan dan bertahan. Aku rasa sekarang aku nak buat suatu yang aku suka. Fotostat and printing bukanlah busines yang tidak bagus dan bukan tiada prospek. Bagus tapi bertapi..so let's do it! Mencuba!
Sebelum 'kelab sejuta buku' mempunyai berjuta buku dan membesar menjadi library. Aku mesti bermula. Aku berada di kawasan student. Buku buku akademik sangat-sangatlah mahal. Kalau ada banyak subjek dalam satu semester - kemahalan itu menjadi berganda! Dan sebenarnya jika membeli buku akademik dan niatnya untuk simpan buku itu untuk adik beradik yang lain, sebenarnya ia sia-sia kecuali medic mungkin. Yang lain semua akan mencetak edisi baru dan baru. Ia strategi bidang penerbitan.
Aku mungkin kena buka facebook 'kelab sejuta buku'. Membuat bookmark kelab. Jalan-jalan MPH, kino, popular dan bagi kan bookmark pada awek-awek cantek. Ahaks. Mencari buku-buku baru. Mencari buku-buku secondhand dan mencari buku-buku yang polan-polan mahu wakafkan. Hurm..bolehkah aku membuat duit dengan buku wakaf? erkk.
So. the mimpi start here. Yeahhh!
No comments:
Post a Comment