Followers

Thursday, December 27, 2012

utem


sedang dalam jalan-jalan cari barang aku terpandang billboard. Billboard UTEM. 'UTEM - Always a pioneer, always ahead'. Terganggu kepala otak aku. Aku rasa motto dia tak best. Ia lebih pada kata-kata untuk 'riak' dan menonjol. Mana mungkin kau akan sentiasa ke depan. Mana mungkin kau sentiasa merintis. Setiap hari ada sahaja rintisan-rintisan baru, rekod-rekod baru. Hari ni Utem naik mottonya - esoknya sudah ada orang atasi. he he he.

motto universiti-universiti di malaysia...

UKM - Inspiring future, Nurturing Possibilities
UPM - Berilmu Berbakti - (Macam motto sekolah. ahaks)
UUM - Ilmu , Budi, Bakti (Macam sekolah juga)
UMT - Terokaan Seluas Lautan (fuyoh! kat rumah aku Univ ni) 
Unisza - Knowledge for the benefit of humanity
Unikl - Where knowledge is applied (rasanya lepas keluar univ baru applied..)
Unimas - Contemporary and forward looking
UMS - Strive to excell
UIA - Taman Ilmu dan Budi
UM - Ilmu Punca Kemajuan
Open University - Universiti Untuk Semua (Macam air asia pula..aku rasa sekolah untuk semua..U mungkin bukan untuk semua...)

USM- We lead (simple..i like)
UMP- Engineering. Technology. Creativity
UMK- Entrepreneurship Is Our Thrust (tak paham..haha)
UPSI- Pengetahuan Suluh Budiman ( ala sastera.aku pun suka ni)
UTHM- With wisdom, we explore (nice..)
UPNM- Duty. Honour. Intergrity. (wahh! )
Uitm - Usaha Takwa Mulia (macam sekolah jugak)
MMU- Inquine, inspire and innovative
Lim Kok Wing- Driving Innovation for Education
UTM- KERANA TUHAN UNTUK MANUSIA -aku paling suka ini. terbaik dari ladang.

then kita tengok universiti power-power, kat obersea. Aku pelik la, kenapa banyak motto berasal dari perkataan latin? ilmu datang dari latin setelah dibawa masuk dari dunia islam / arab ke?

Harvard - Truth (Fuh. hebat. satu perkataan jer. Ilmu dan truth itu memang tak dapat dipisahkan)
oxford- The Lord is my light
Cambrigde- From this place, we gain enlightment and precious knowledge (tak best..)
Imperial College London - Knowledge is adornment and protection of the empire
Priceton university- Under the protection of God, She florish
Stanford University- The Wind of Freedom Blow
California Institute of Technology - The truth shall make you free
Massachusetts Institute of Technology- MIND and HAND (Dalam maknanya. terbaik!)

mm..universiti al-azhar. universiti cairo tak ada motto ke?
 
dan motto nissan, 'Shift the future' sangat menarik dijadikan motto universiti. dan kalau boleh universiti malaysia terengganu tukar motto, letak 'belajar sokmo'.ahaks.

merdeka - juga sesuai. simple but meaningful.

Tuesday, December 25, 2012

where are all the boys gone?


Tempat aku berniaga ni ada 2500 student. 2200 perempuan dan 300 lelaki. Huh? gile punya statistik. Masa akan datang memang perempuan akan memenuhi banyak kerja-kerja penting dalam kerajaan dan company besar-besar. Aku fikir bukan kat tempat aku berniaga jer seperti ini. Aku rasa semua IPT di seluruh malaysia...

Mr mama akan bertambah banyak!!!

dan mencari calon suami akan bertambah sukar. Praktik pepatah Sambil menyelam minum air, perempuan, kalau kau tak mencari jodoh di alam pendidikan tinggi, chances menjadi andalusia sangatlah tinggi.

mungkin kau fikir. belajar rajin-rajin. Nanti dah kerja boleh jumpa ramai lelaki. ramai calon..

hah! bingo!

Bila kau keluar dari univ atau kolej, bukan senang cari lelaki yang ideal. Ramai lelaki - tapi tak tahu sejarah, tak tahu latar belakang, perangai dan sebagainya...dan rutin kau hari-hari sama. pergi kerja-balik-tidor. Pergi kerja-balik-tidor.

dan tidak sedikit orang yang kau suka tu, berstatus suami orang.Tunang orang.Orang punya.

Ia pencarian yang sukar. Jadi menyelamlah sambil minum air. selamat menyelam!

 “Beautiful face. Beautiful body. Horrible attitude. It was the holy trinity of hot boys.” -ain hawau ni-

 "Women fall in love by what they hear. Men fall in love by what they see. That’s why women wear makeup and men lie" -neelofa-

"Girls’ problem: They love the ones that hurt them. Boys’ problem: They hurt the ones they love" -unknown-

"In every girl’s life, there’s is a boy she’ll never forget. In every boy’s life, there’s a girl he can never get" -unknown-

Saturday, December 15, 2012

istanbul aku datang


...'jika kau jatuh chenta dengan dua lelaki, pilih yang kedua. Sebab jika kau benar-benar jatuh chenta dengan yang pertama, kau tidak mungkin pernah jatuh chenta lagi"..

this movie bukan untuk orang macam aku dah. rasanya masa-masa cerita macam ni dah berlalu untuk aku. Ini citer budak-budak. Tapi aku tertarik jugak nak tengok sebab aku suka tengok lisa berlakon sejak im not single. Dan beto juga. Jarang tengok tv, ekceli dah lupa bila kali terakhir bila tengok tv.

Beto aku suka lakonan dia sebab tengok "jujur aku dayus' kat yotube. Memang ohsem. Hero bibir gelap macam mitun chakrabuti bukan senang nak cari. ha ha ha.

tomok - Aku tak suka dia ni.Sejak new boz shite lagi. Mamat leleh. ha ha ha. Lakonan macam kayu. Intonasi dan picthing senada dalam lontar dialog. Tak paham aku nape lisa boleh ada bf macam ni. ha ha ha.

tomok makan nasik dengan 2 jari. wtf? 

minit 5 ++ -

'yelah sebab tu la i tak nak you datang kat siniiii...'
 'you tau kan i sebooook"
'kursus medic tu bukannya senaaang' pegrh. annoying!


aizat - Aku ingat ada juga scene dia main guitar akustik ke satu dua lagu. takdak. Peluk guitar ada la. huh rugi. Lakonan kayu jugak. Ada scene, sekali pun dia tahu tomok ada gf lain, dia tetap cover. Nampak macam dia pun suka lisa. ye lah sapa tak sukakan? tapi kawan tetap kawan. Tipikal seorang kawan lelaki. Kalau perempuan di tempat aizat. kebaboom laa!

minit 7++ - suka tengok lisa sentuh gambar dengan jari belakang. tak banyak orang buat gitu. biasa orang sentuh dengan jari dalam..seolah-olah, dia real menyentuh orang tu..

Dian - Aku suka perempuan nama dian. masa aku kecik dulu-dulu arwah mak aku ada koleksi majalah dian. ada jawi juga kalau tak silap. Dari situ aku suka pronoun 'dian'. Hingga Dian P. Ramli dan Dian Sastro.

dia tidak lagi 'papan lapis' :p .lakonan okaylah. dressing?legging, skirt pendek.topi. skaf rambut... ini mungkin ada pengaruh2 rafidah 3R sebab dia penulis skrip. Sebab tu dalam ni banyak jugak skrip-skrip 'terbuka' dan lepas. dan dia sedikit chubby. bawah dagu ada isi. Cara rajuk dia. cara dia respon dengan suasana. memek muka ohsem.

lisa seorang blogger. And she keep it secret dari tomok.Sebab tu dia boleh berblog dengan bebas. blog adalah diari yang bernyawa..cuma dian sangat naif. Dalam dunia sebenar naif seperti ini akan menyembamkan muka kau ke bumi.

kalau aku. lisa datang.. datang kemas bilik aku. tumpang bilik. nampak pulak tali singlet dengan round-neck baju sangat besar. Pabila malam, Aku pasang laptop lagu zizan dan kaka..iman tak kuat dow. tak payah nak test-test iman.... bawaku pergi..

..."bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
pacu laju lagi
malah kita tak perlu kembali"...

mencegah lebih baik.


lagi pun , lepas tu ada pulak scene nak comolot dalam restoran. peluk depan public dan cakap. 'kat KL boleh peluk-peluk'.  boleh kontrol bila awek masuk bilik, bloody hell liar. Kalau mati pucuk aku percaya.

beto - suka dia sebut dialog. Jelas. lakonan dia memang okay. cuma nampak macam aziz m. osman sekali-sekala.

ending - qoute kat atas tu. cliche! ha ha ha.

istanbul - nampak memang cantik.  memang kota perlancongan. cuma aku kagum bagaimana rumah-rumah lama boleh bertahan. tiada bangunan tinggi. kalau malaysia, memang cina dah buat apartmen tinggi=tinggi.

ps- aku bagi 2.5/5 bintang je. plot dia mudah dibaca. dialog dia kadang macam tak betul. ha ha ha. cakap memang mudah.

thailand vs malaysia semi final aff 2012 (2nd leg)


Bila kala kita memerlukan gol untuk ke final, tambahan pula kekurangan seorang pemain kerana kebangangan pengadil korea. Dan skuad kita dilayan kelas tiga dalam sebagai tetamu. Harimau sepatutnya menjadi harimau yang luka. Harimau yang marah. Harimau yang mengamuk.

Bila marah dan salurkan dengan betul, tenaga lebih akan datang. semangat lebih akan datang. dan ia memerlukan taktik yang berisiko. no more play safe, Defnsive play. Attack. attack. attack. Di sinilah mentaliti perlu kuat. Bila dapat gol sebijik, bolehlah kalau nak 'park kapal terbang' depan gol pun.

Aku teringat satu game yang sangat klasik. Brazil lawan cameroon pada quater final olimpik 2000 di sydney. Cameroon mendahului 1-0. Pada minit ke 75 Geremi kena buang padang. Pada minit 92 sorang lagi kena buang padang. Dan ronaldinho score pada deadly minit, minit 94.- extra time!

Minit 113 cameroon score lagi!! Jaringan padang dengan 9 pemain. Bukan set piece atau bola mati. Lawan B-R-A-Z-I-L - ada ronaldinho. lucio.  Edu. Baiano.

semangat satu perkara.Tapi taktik dan keberanian dan kepercayaan cameroon - etoo dan co, menakjubkan aku. Bulu roma aku pun naik sekali tengok. Terpinga-pinga brazil dengan 9 pemain, cameroon still main attacking - sekalipun boleh je bertahan sampai penalti.

so dem true. 'what the mind believes, the body can achieves'.

Back naik tinggi. brazil banyak kali kena offside. Kalau terlepas perangkap pun, kejar balik macam babi. Malaysia sejak dari dulu(zaman king gopal la) defend terlalu deep. jauh ke belakang. Bermain kalau mahu cari seri atau bertahan okay. Bila jarak antara back dan penyerang terlalu jauh, yang sangat letih dan sukar midfielder. Pasti hanyut kepenatan kejar bola. Defend sendiri pun akan penat. buang bola- bola datang balik.

ia antara perlawanan yang sangat sukar aku lupakan. Magik. Puas aku godek nilah utubenya


Saturday, December 1, 2012

malaysia vs indonesia 2012


Tahniah malaysia berjaya melangkah ke separuh akhir. Ia malam yang sukar dilupakan. Bolasepak malaysia masih mengekalkan momen-momen hebat. 

Indonesia memang mempunyai permainan pantas. Malaysia tidak boleh bermain seperti indonesia. Malaysia ada temponya tersendiri. Cuak juga diserang bertubi-tubi di awal permainan. Mujur tiada gol dapat dihasilkan. Garuda tumpul cakar.

Pertahanan

Farizal Marlias (7.5/10)

Mengawal gawang dengan baik terutamanya di awal-awal 10 minit pertama. Indonesia mencari gol awal untuk membuatkan mereka akan selesa bertahan. Jika andik 1st eleven, di awal permainan tentu lagi kacau bilau.

Aidil (7/10)
Dia main dengan hati. Dia ni macam John Terry. Tekel hard, no mercy. Cuma bila robust macam tu kadang-kadang mempunyai risiko yang tinggi - menghadiahkan free kick pada jarak yang bahaya, penalti mungkin atau layangan kad merah. Dan take a big risk in 50-50 challenge. Cara dia akan buat dia selalu injured. 

Fazli Shas (8/10)
Dia ni bijak membaca permainan. Bijak menghidu bahaya. dan mengawal kubu dengan baik sekali. Mulutnya pun bising di atas padang. Hes deserve lilitan lengan -kapten in the future.

Zubir azmi (6/10)
Kurang membuat overlapping. mungkin kerana kunalan tidak bermain. Indonesia memang pantas jadi, dia bermain selamat menjaga benteng kiri.

Mahali Jasuli (10/10)
the obvious hero of the night! mengawal benteng kanan dengan fizikal. Membuat satu perfect crossing untuk gol pertama malaysia. Konfiden level tinggi. Tenang bila bersama bola. Passing yang tidak membazir. Dan membuat larian yang tepat ke dalam kotak penalti. Membuat satu gol yang cantik dari sudut yang sukar. Dia Maicon Malaysia.

tengah

Shakir Shaari (7/10)
Menyerap serangan-serangan awal indon dengan baik. Hard tekel. Rajin turun naik. Umpanan bola juga baik-baik sahaja. Jauh lebih baik dari amar rohidan. Sayangnya tercedera dan digantikan. Harap menentang thai raja akan pilih gary( box to box midfielder), berbanding amar yang of-form.

Wan Zack Haikal (9/10)
telah menunjukkan mengapa dia mendapat award player paling digemari di liga singapura dan menarik perhatian kelab jepun. He's gareth bale malaysia. ha ha ha.  Semakin konfiden dan akan bertambah konfiden bila menentang thailand nanti. Cuma sedikit tamak. Asist pada mahali sangatlah briliant. Memperdaya 3 defender dalam kotak penalti sungguh ohsem.

Azamudin (7.5)
Kurang menjadi dengan zubir di sebelah kiri. Tapi sentuhan penting untuk gol pertama yang klinikal. Ia membuatkan indonesia terpaksa teruskan dengan open game dan mengurang bebanan pasukan.

Shafiq Rahim (6/10)
Dia masih kekurangan lorongan-lorongan cantek untuk penyerang kembar malaysia - safee dan mat yo. Kekurangan umpanan-umpanan baiklah menyebabkan striker malaysia 'malu' nak score gol. Free kick, corner kick kurang menjadi.

Safee Sali (5.5) dan Mat yo (5.5)
kena bekerja lebih keras.  Kena lebih communicate dengan midfielder. Kena lebih pandai membuka ruang. Tiada try yang baik dari keduanya sementelah tidak mendapat bola yang baik dari rakan.


ps- King raja hidung dah kembang.

lain dicari. lain dijumpa.