Followers

Wednesday, November 28, 2012

peluang


Setiap kita akan sentiasa berdepan dengan peluang. Tentu semua orang pernah mendengar " peluang hanya sekali..nilah dia". Ia benar tapi separuh benar.  Bila kita mempunyai peluang untuk sesuatu kita juga kena bersedia. Bersedia untuk segala kemungkinan. Peluang itu sendiri adalah perihal tentang kemungkinan. Ia bukan kemungkinan yang baik-baik sahaja. Ada yang buruk-buruk juga. Kadang kita tutup sebelah mata akan 'buruk-buruk'nya kerana kita telah 'terpedaya' dengan kemungkinan yang 'baik-baik sahaja' itu. Tambah malang, bila yang 'buruk-buruk' itu lebih tinggi kebarangkaliannya..

Peluang baik. atau peluang yang sangat baik jika kita tidak bersedia tetap bukan peluang yang baik sebenarnya.

begitu juga " ruginya, aku terlepas peluang tu.." kadang peluang yang terlepas itu, adalah untungnya. Kehidupan adalah penuh kemisterian.

Dalam Islam. Kita diajar untuk solat istikarah dalam mendepani dengan peluang. Jelasnya peluang tetap sesuatu yang 50-50. Its future and not tell. 

Dan bila peluang yang diambil menggembirakan, Bersyukurlah padaNya. 

Dan bila peluang yang diambil mendukacitakan. Senyumlah. Peluang kedua mungkin ada. Mengadulah padaNya.

"bila mimpi, mimpilah tinggi-tinggi tapi sandarkan sedikit realiti, kerana bila mimpi itu mati kita masih mampu berdiri" -kuehbakar-

ps- bila fakri nak main ni? ha ha ha

Monday, November 26, 2012

post mortem rimau dibaham singa


malaysia kalah dengan cara yang menyedihkan.  Kalah seperti tidak melawan.  Bahagian pertahanan sangat rapuh. Terasa kehilangan asra atau zubir di sebelah kiri. Juga terasa kehilangan mat tonggek, muslim. Muslim-fazli shas adalah gandingan bek terbaik negara ketika ini. Aidil juga bagus tapi dia suka naik ke atas dan selalu off-position. Mahali bila masuk baru nampak ada 'game' di sebelah kanan. Mahali bukanlah jenis yang suka passing membuta tuli. Hes a nice passer and crosser. cuma dia ni kadang-kadang sedikit lembab.

Bahagian Tengah. Hancur. Dalam bolasepak, pemain tengah paling penting. ia penghubung bawah dan atas. Ia jantung pasukan. S. Kunalan adalah pemain terbaik malaysia semalam. Cuma, Kunalan tidak mempunyai penyudah yang baik seperti pemain pujaan aku, the unsong hero aff suzuki cup lepas- ashaari shamsudin. Malaysia merindui khidmat ashaari. He can drible. Very good passer. Boleh create peluang untuk penyerang dan untuk diri sendiri. Dia sangat baik dalam final 3rd gol lawan. Dia juga seorang yang tenang tapi pantas membuat keputusan. Dia bahaya dengan sepakan jauh - dengan kaki kiri atau kaki kanan.  Skillful dan selalu score gol-gol yang penting dan cantik. Kapten teruk.

flashback - final aff lepas. passing dia pada safee sali adalah world class. dan cara dia sendiri score gol dalam kotak penalti dengan placing yang cantek adalah bijok! Bukan senang score gol sebegitu. biasanya bila dapat bola seperti itu, nafsu akan mencanak. bola pasti ke langit.

amar rohidan - dengan kedah turun divisyen, petanda prestasi defensif midfielder itu sangat merundum. Wan zack memang sukar kerana singapore 'alert' dengan dia kerana main di liga sana dan menang award pemain muda terbaik. Pun begitu, dia masih connect baik dengan mahali dan azamudin.

Serangan. Safee yang menunggang dan nor shahrul the linesman tidak mendapat umpanan yang baik. dapat bola macam dari midfielder budak sekolah. tendang atas je, striker kejar. gila apa training hari-hari sepak bola satu bola cantek pun tak boleh nak lorong. Sorang title, striker import gaji 30k sebulan. Sorang pemain mpv terbaik 3 tahun berturut-turut, Bakal bergaji 80k sebulan dengan johor fc.

keeper - mungkin ada jurulatih nasihat jangan tangkap, kalau boleh tumbuk bola sebab bola licin dan padang basah. Sebelum gol silap tumbuk, ada sekali dua, apek tidak selesa dengan menumbuk bola..dan kepala dia mungkin pikir kahwin. mungkin tangisan bekas tunang membawa derita. ahaks.

taktik - malaysia main taktik yang serupa masa lawan singapore pada kelayakan world cup. Hantar bola tinggi. Singapore ada import dan no 9& no 10 kita pendek. Lainlah kalau boleh buat perfect crossing. Malaysia kena main passing pendek. Long ball bukan tak boleh, sekali sekala bolehlah. keeper singapore bukan terer tapi tiada cubaan ke pintu gol. Singapore main taktik sama macam dulu. hantar bola tinggi ke depan. tiga-tiga gol singapore adalah dari crossing. Kita bukan sahaja kena alert dengan crossing tapi kena jangan bagi crossing langsung..no crossing no gol.

penyokong - terkejut juga aku tengok penyokong chant 'singapura anjing'. what ever the reason is aku rasa tak patut. bila kutuk negara, automatik semangat melawan tu tinggi. tak percaya tanya ong kim swee masa isu baraccuda.

f.a.m - sekarang f.a.m takut. takut penyokong marah. itu tanda-tanda awal keburukan kemasukan pemain import. ha ha ha. Yang tinggal gopal. title raja telah tiada. ahaks. If, if malaysia tak berjaya ke semi. gopal surely akan step down sukarela. 

ps- apa pun aku doa dan harap malaysia ke final.


"soccer is simple but it is difficult to play simple" johann cruyff

"bolasepak itu seksi" neelofa.

Saturday, November 24, 2012

my second

-bookmark muka belakang-

Dalam Business, memberitahu orang apa barang yang kita jual adalah sangat penting. Lagi ramai tahu, lagi tinggi kebarangkalian pelanggan yang akan datang ke kedai.

jadi aku kena buat iklan. Nak masuk tv takde modal. ahaks! jadi aku buat bookmark untuk second kedai. Tabur dan bahagi-bahagikan pada golongan sasar. terkena sasaran atau tidak, tiadalah diketahui. Insyallah kena.

bookmark lebih baik dari flyers. flyers orang akan tengok dan mungkin buang begitu sahaja. Jadi aku kena bagi iklan yang 'disimpan di sisi'. Mungkin dia bukan pelanggan aku sekarang, tapi dengan tersimpannya iklan aku pada buku-bukunya, suatu masa 'ketika', kedai aku akan diingati dengan automatik di sanubarinya. ha ha ha.

thanks fahmi buat design.Sapa nak tempah design, sila contact member aku. He's very seni. :P

Harap sedikit masa lagi dapat beli L.E.D bertulisan yang bergerak-gerak macam bas intrakota tu. Rasanya harganya dah makin runtuh. Ia benda yang eyes catching. Ho ho ho.

apron. 
apron yang aku ceritakan nak buat dulu menemui kegagalan dalam pelaksanaan. 'boss, apahal pakai apron kedai fotostat.' 'boss, ini bukan kedai makan'. 'boss, malu la pakai ni'. Cittttt!! Tak boleh lah tiru MPH bookstore. Tiru tim allen dalam bengkelnya dalam tv series home improvement.

Beli kain suku. Jahit custom tu. hadoi!


'Whenever you find yourself on the side of the majority, its is time to pause and reflect' -Mark Twain-

'sometimes when you innovate, you make mistakes. It is best to admit them quickly, and get on with improving your other innovations' -steve job-


Friday, November 23, 2012

bilik sewa



Secret orang sangka adalah free... Tidak. Tidak sama sekali. Secret itu ada harganya. Imiginasi dan mimpi adalah free. jadi mimpilah aku semahunya. ahaks.

kami ada sebuah rumah pusaka berhalaman di trg. memandangkan tiada adik-beradik duduk di situ maka aku bercadang nak buat bilik sewa. Rumah aku dalam lingkungan 5 kilometer sahaja dari maktab perguruan, unisza atau Umt.

Rumah sewa -rate rumah sewa di trg tidaklah mahal. Kalau mahu sewa 400 sebulan pun, orang dah kata mahal. Homestay pun okay tapi memandang aku jauh, aku rasa bilik sewa untuk student perempuan lagi okay. homestay mungkin lebih lumayan tapi ada on-off dan kalau jauh, urusan akan menjadi sukar.

Rumah tu ada 3 bilik, 2 ruang tamu, satu dining hall, 1 dapur. My plan is mahu tambah bilik jadi 6. Jadi satu bilik ada 2 orang maka dapatlah aku 12 penghuni. kalau 1 penghuni RM 100 maka dapatlah seribu dua ratus sebulan. master bedroom mungkin boleh masuk 4 orang. wah! ketamakan di situ.

untuk tambahan lagi 3 bilik aku kena buang dapur, jadikan ia bilik. Dari segi kebersihan, mungkin okay tapi nak ke penghuni perempuan rumah tanpa dapur?  ruang tamu 1 dan 2 juga partitionkan jadi bilik. dining hall tukar jadi ruang tamu. So, pintu utama dari tepi (rumah memang ada 2 gate dan tiada masalah parking)

sebab penghuni ramai maka 2 bilik air tak cukup. jadi belakang dapur, 'construction tambahan' tu aku kena buat kolah mandi. biar mereka mandi ramai-ramai kat situ.Er, nak pasang online hidden cctv tak? hahaha.

untuk tarikan, kenalah aku sediakan katil, tilam, mesin basuh, tv bersama carpet dan sofa malas. dan register unifi dan buat network masuk ke setiap bilik. setiap bilik dapat internet free.Astro tidak perlu memandangkan dah bertvkan  unifi.

sayang rumah. jika ditinggal kosong rumah akan mudah rosak.


Wednesday, November 21, 2012

if you go to stadium...


Bila kita masuk stadium untuk piala AFF nanti. jangan diam macam masuk panggung wayang. Its must be hostile atmosphere for singapore-laos-indonesia. from the beginning enter the stadium to the last wisel ditiup pengadil.

we are the twelve player in the field!

Kalau datang dan diam, tolong jangan beli tiket. Tolong balik. Tolong beli skyfall atau istanbul aku datang. Tolong.


bola sepak dan  kebanjiran penonton umpama lagu dan irama. minit 1:14 - 'eiii.. bestnya ada boifrend orang terengganu...' ahaks! dan kepada pemilik video ini. terima kasih den ucapkan. its so beautiful.

roman abramovich gila


Bola sepak di liga-liga tertentu di dunia ini adalah 'result industry'. bila tak menang, pengurus@coach  pasukan boleh dibuang kerja. 

tapi bila anda sebagai pemilik kelab buang 8 coach dalam masa 9 tahun, dan sekalipun coach itu-roberto de mateo,  yang telah menang piala champion league season lepas, menang kali pertama dalam sejarah lebih  seratus tahun dan telah kalah dengan juventus semalam , yang mungkin menjadi kelab juara pertama tersingkir awal dalam sejarah kejohanan tapi masih berpotensi merangkul piala-piala  lain musim ini. Anda gila! abramovich seorang yang sakit mental dan sakit jiwa.

pekerja adalah manusia. coach adalah manusia. aku tak rasa abramovich menghormati seorang manusia.

bila kau suka buang/tukar coach sesuka hati, -ranieri, mourinho, avram grant, scolari, hiddink , ancelotti, avb dan terbaru, de matteo- walaupun  mereka mempunyai rekod-rekod kejayaan yang besar semasa di chelsea dan sebelum di chelsea. kau merosakkan reputasi kau sendiri sebagai owner kelab.

siapa nak jadi coach chelsea???! gila! ptuii!

ps- aku lebih suka malaysia masuk kejohanan AFF SUZUKI cup dengan label underdog. Tidak menang frenly antarabangsa berkali-kali walaupun lawan team cap ayam - ia bagus untuk tidak meletakkan harapan terlalu tinggi. Malaysia team, bila letak harapan tinggi ia selalu mengecewakan... 

'winning isn't everything, but wanting to win is' -Vince Lombardi

'LEE CHONG WEI is such a great guy, Lin Dan is a bit arrogant. Skills win you medals but attidude wins hearts
-espn comentator masa LCW kalah emas olimpik 2012.
ESPN commentator: "LCW is such a great guy, but Lin Dan is a bit arrogant. Skills win you medals, but attitude wins hearts."

Read more: Silver in hand, gold at heart - General - New Straits Times http://www.nst.com.my/nation/general/silver-in-hand-gold-at-heart-1.121367#ixzz2CsZlSEZX
ESPN commentator: "LCW is such a great guy, but Lin Dan is a bit arrogant. Skills win you medals, but attitude wins hearts."

Read more: Silver in hand, gold at heart - General - New Straits Times http://www.nst.com.my/nation/general/silver-in-hand-gold-at-heart-1.121367#ixzz2CsZlSEZX

Thursday, November 1, 2012

my dream


1. Futsal - sebab aku suka bola!
- dua pitch sahaja
- pakai rubber. karpet tak best. jatuh sakit.
- sangkar net
-Stand for supporter @ penonton
- green / red light. 
- score board. ha ha ha.
- kawasan perindutrian nilai 3.

2.Book House 
- ada 'bar' order air. kopi / teh
- ada cheese cake. ha ha ha.
- ada dua section. satu aircond. satu smoking area.
- comics.novel.agama.motivasi- banyak genre lah!
- ada lite musics..
- ada meja. ada kerusi. ada sofa. mungkin ada carpet untuk yang suka membac sambil baring/meniarap. haha.
- dan tentunya ada bilik khas untuk aku berbloging.
-lokasi universiti area. rumah aku kat kg? mmm...

3. self service dobi di universiti / kolej
-aku rasa macam senang..
-lagi pun, mesin dan sistem akan makin murah dan baik...

4. secondhand shop
- chair dan table.
- jual lukisan / gambar / poster.
-ada kenal tukang kayu.
- boleh jual kat mudah.com.my
- malas nak jual banyak barang..serabut and banyak 'sampah' nanti...

5. Jual nasi lemak berlauk.
- di sarawak, kuching.
-aku rasa market sgt bagus. ada kawan sana boleh partner..
- kuching, susah nak cari kedai makan sedap..
-nasik lemak semua orang boleh makan. one world taste..
- ada ayam goreng. ada kerang (ooh kerang susah mahu dapat di sana..) paru goreng..rendang daging..nyummm..nyummm..

6. car wash
- untuk adik bongsu aku.
- dia suka basuh keta.
- jadi bagi dia banyak keta untuk dibasuh!

7. kiosk telekung najwa.
- macam nor juma buka kat utem.
- help yusniza. to help fren.

8. buka kedai di indonesia.
aku belum pernah pergi sana. tapi aku rasa indonesia adalah 'gergasi yang tidor' ...aku rasa sana very promising sedikit masa lagi...

9. kedai trg f.c 
- jual semua mechendise peteh dan lain2 dalam liga m.
-jual poster.
- jersi
-tiket.
- mengumpul semua rekod, sejarah dan data mengenai trg fc

10. mahu buat buku.
-ha ha ha. kalau tak buat buku 'betul', buat buku 'indie' pun boleh..boleh jual takleh jual belakang cerita...hahaha
- bukan 'di mana saya jumpa jodoh saya'..tapi suatu yang lain..
- dah ada idea- perkataans..he he.

11.kawin!

mungkin berjaya buka kedai-kedai ni. mungkin satu atau dua..mungkin juga tinggal mimpi dan impian semata-mata...

if berjaya, harap satu hari nanti, dapat jadi player dalam properties. ada rumah sewa. ada kedai sewa.mungkin juga ada kilang sewa.

dan ada kebun.

dan menjadi penyimpan emas dan perak yang berzakat.

amin. :)