wah. ramainya orang thailand masuk malaysia melalui kelantan.
(http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0426&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_23.html)-apsal aku link takleh ni?-
mana mereka pergi?kedai tomyam! boleh kata hampir semua kedai tomyam di semenanjung malaysia adalah milik orang thailand atau ada orng thailand bekerja di dalamnya. kalau dulu orang thailand hanya sebagai tukang masak, pembuat air, pelayan. Tapi kini mereka adalah taukeh.
macam mana boleh jadi taukeh?bagaimana lesen ssm? lesen pbt? sewa beli kedai? piring satelit astro? semuanya melibatkan dokumen.. jawapan betol walaupun klise,penguatkuasaan lemah. aku rasa malaysia negara yang 'lembut' dengan orang asing. mereka boleh datang dan berniaga dengan mudah. dan kita dengan mesra memberi sokongan yang baik pada perniagaan mereka.
orang thailand ini walaupun tidak bersekolah tinggi tapi mereka punya kemahiran seperti orang melayu lama. bertukang kayu-simen-paip-letrik. sebab tu kedai tomyam yang mereka miliki adalah hasil tukangan mereka sendiri.
dulu mereka bergantung pada orang melayu untuk bekerja. sekarang mereka tidak lagi bergantung pada melayu. mereka telah punya jaringan perniagaan yang luas di kalangan kawan-kawan dan saudara mara.dengan teknologi seperti henfon telah menyempurnakan jaringan bisnes tomyam mereka.
mereka pandai masak?sepanjang pengalaman aku buka kedai tomyam di serdang satu masa dulu(zaman af mawi), mereka datang tidak pandai..di tempat mereka sendiri tiada permintaan setinggi di sini. mereka pandai masak apabila tiba di sini..mula-mula mereka akan jadik pelayan..kemudian pandai buat air..bila dah pandai buat air dia akan pergi ke department 'membaca bil' / penolong tukang masak.
masa menjadi penolong tukang masak nilah ilmu turun. mula-mula tentulah masak telor mata dan tlor dadar. kemudian nasik goreng untuk makan sendiri. kemudian cuba-cuba masak lauk untuk diri sendiri (tanya tukang masak)..yelah, takan nak makan nasik goreng jer hari2...dan tukang masak tak moodnya nak masak untuk budak2 keje hari2...
setelah hari-hari masak untuk diri sendiri..tambahan minat dan prospek jadik tukang masak menjadikan mereka tekun. dan ada suatu masa, kalau customer tak ramai..tukang masak 'rileks' sambil hisap rokok..pembantu inilah yang masak..dan akhirnya 'lahir'lah tukang masak baru.
lumayan ke tukang masak?yupp. tukang masak gaji dia 50RM sehingga 70 RM sehari..dengan tempat tinggal disediakan. makan free. rokok sekotak dunhill free. bersih = 1500RM - 2100RM + tempat tinggal + makan + rokok. Ganja sendiri belanja la. (ramai tukang masak hisap ganja. tak perlu tekejutlah sana ganja senang dapat). menyanyi sambil hisap ganja adalah sama nikmatnya masak sambil hisap ganja. he he he.menyanyi sambil hisap ganja dikatakan hilangkan gemuruh dan tanam kompiden. masak sambil berganja dikatakan rileks dan stamina. memasak satu kerja yang tension ok, lebih2 lagi peak hours(dinner)..
dengan gaji sebanyak itu, jika berkerja selama 3 tahun dengan ada isteri sekali (tukang buat air ke), mereka dapat kumpul 60 ribu dan boleh jadik taukeh. kedai baru tomyam lahir...
kedai tomyam melayu?aku percaya kedai tomyam melayu adalah semakin sukar bersaing dengan kedai tomyam thailand..kerana mengekalkan tukang masak adalah tersangatlah sukar.jika kedai kau sederhana volum pelanggan, tukang masak suka sebab kerja tak berapa berat dan gaji jalan. apabila kedai semakin maju, masak makin banyak, tukang masak tidak suka, gaji masih sama atau tinggi sikit tapi memenatkan. apabila balik thai untuk cop pas (3 bulan sekali)...mereka akan lari ke kedai tomyam lain. aku sendiri 2 tahun buka kedai tomyam punya 14 tukang masak bertukar ganti..
100 000 sebulan bukan angka yang sedikit. sepuluh bulan maknanya 1juta orang dah masuki malaysia.ringgit bertukar pada bath juga tentulah tinggi.
ada orang thai tanya aku. "bang, sarawak dan sabah tu malaysia jugak ker?"
ps- cadangan aku org luar nak berniaga kena cari partner tempatan. bunyinya macam ali baba. tapi lebih adil saksama. nasib baik terengganu masih punya bisnez makan yang masih variety - nasi dagang.nasik minyak.nasik kerabu.nasik lemak ikan aye.laksa.laksam. taklah mengadap kedai tomyam/mamak je tetiap malam.