Followers

Sunday, September 19, 2010

sultan kelantan



di mana-mana ceruk dunia yang mana ada manusia pasti ada kuasa..bila ada kuasa pastilah ada pula manusia yang merebutnya...dan perebutan kuasa kadang kala tidak kira sedarah sedaging...sekawan mahupun terang-terang si lawan...kuasa boleh membutakan mata...juga membutakan hati...

dikatakan orang sultan baru tidak disokong oleh ibunya..berbanding suami manohara pinot, tentulah mata aku berkenan dengan Tg. Faris Petra...dia aku nampak berjiwa rakyat..hendaknya sampai tualah begitu...

selamat memayung negeri. semoga disenangi dan disayangi sekalian rakyat...





Friday, September 17, 2010

kenapa aku menulis...



menulis bukan suatu yang mudah..tidak sesenang bercakap. tidak sesenang mendengar. tapi rajin bercakap dan rajin pule mendengar pasti membantu untuk menulis..

menulis kita boleh jadi siapa saja yang kita mahu...sesiapa saja...aku rasa aku kena menulis sebab otak aku selalu berpikir... macam-macam aku pikir...bila tidor barulah nyaman tanpa pikir...kalo tak menulis rasa lain macam...bila dah menulis..otak jadi letih dan 'otak aku berehat'...tapi aku belum terpikir menulis untuk menjadi seseorang yang lain...secara sedar ler...mungkin secara tak sedar mungkin ada...

writer's block.. kadang bila kita tulis. kita delete balik..tulis-delete..tulis-delete...tiada idea..tiada inspirasi...kena ada inspirasi dulu ker baru ada idea? entah aku pun tak tahu....kadang pula, bila menulis tu...tetiba je idea datang mencurah-curah....sesenang abc...

kadang dalam kepala kita tahu kita nak tulis tentang apa...kita nak luah tentang apa...tapi kita tidak jumpa perkataan tentang 'itu'...macam oksigen..ada tapi tak nampak...dan kadang kite akan jumpa 'perkataan tentang itu' di suatu masa yang lain...di blog lain bila walk-bloging...bingo!

dalam bloging kadang kita mahu tulis seperti orang yang kita suka blognya...kita mahu menulis seperti dia...org yang kita suka tulisannya...tapi terbagusnya cipta la gaya tulis tersendiri...tiru sikit2 takpe lah...dan sebenarnya, org yg kita suka tulisannya itu, ada 'ketiruan'nya juga...

kehidupan adalah sebuah cerita...jadik..teruskanlah bercerita...bila bercerita akan adalah cerita...jika tidak bercerita tiadalah cerita...cerita kau lain..cerita ku lain...atau mungkin sedikit sama cerita...mungkin cerita sebijik terus...tak pelah.tak kisahlah..teruskan bercerita!

ps- tulang-tulang kes bunuh sosi dah jumpa...tapi belum dengar lagi jumpa tengkorak....mana tengkorak diorang?

Thursday, September 16, 2010

no body no murder

kes bunuh sosilawati dan 3 yang lain adalah paling kejam..membunuh empat orang sekali gus di malaysia adalah sangat kejam...

memiliki kekayaan..kedudukan dan berpelajaran tinggi tapi masih boleh membunuh orang untuk duit adalah suatu kekejaman yang tak boleh dimaafkan...membunuh orang bukan suatu benda senang. Ia sangat susah..askar mahu tembak musuh di medan perang pun susah...kalau balik dari perang pun akan trauma dan psiko...huh! ini memang gile!

'no body no murder'. peguam binatang itu pakar dalam undang-undang...dia walaupun telah berjumpa di restoran dengan mangsa-mangsa dan berlaku transaksi duit berjuta-juta masih berani menanggung risiko akan disiasat polis...

dan dia sejak dari awal lagi telah merancang untuk membunuh mangsa...empat orang mungkin tidak dirancang...alang-alang menyeluk pekasam - kill them all...pada pagi 30ogos dia telah mengarahkan pekerja-pekerjanya ladangnya 'bersedia'...juga mengarahkan salah seorang mangsa menelifon famili dan bagitahu... 'akan balik lagi tiga hari..."..masa yang diperlukan untuk 'menyelesaikan'..

adakah sosi dan rakans dirogol..dibelasah sampai mati dengan kayu kriket...digigit-gonggong anjing rottweiler...dikerat-kerat...dibakar dengan najis lembu..dan abu dibuang...masih menjadi tanda tanya..

si kerdil merancang..Maha Kuasa juga merancang dan Dialah Sebaik-baik Perancang...peguam tersebut tertangkap...bukti-bukti semakin diperolehi...diharapkan dia dikenakan hukuman paling berat sebab ini adalah jenayah paling berat...

pembunuhan terancang ini sangatlah pasti bukan kali pertama...kita tak tau kali ke berapa....ia rapi dan tersusun...

Nouvelles Visages...dijual dari rumah ke rumah sambil anak kecil digendong adalah sebuah kisah klasik sangat miskin jadi sangat kaya...semoga roh arwah2 dicucuri rahmat...adakah anak2 dia yang sgt muda dapat terus menguruskan bisness adalah suatu yang aku ragu...apa pun semoga berjaya!















Sunday, September 5, 2010

kad raya



KAD RAYA - satu antara 'benda' yang semakin pupus kini..dulu kalo bulan puasa tiba, gerai kad raya sangatlah banyak..kalah sikit je dengan gerai mercun -'membakar duit' memang teratas!-

kalo hantar lewat kat pejabat pos memang kompem sampai lepas raya...kalo tgk rancangan hiburan kat tv...fuh! punyalah banyak peminat hantar kad raya pada artis2 pujaan mereka...kira pengacara boleh tertimbus la dengan kad raya...

dan kalo di sekolah..sapa2 yang hot dan gojes tu akan dapat banyaklah kad raya...termasuklah dari secret admirer...dapat banyak kad raya memang ko glamer la...kembang hidung tak hengat punye...kalo takde kad raya memang ko tak dirasakan pun kewujudannya....huhuhu..

kad raya pun bagai2...kalo untuk cikgu beli yang jual paket tu...yang murah...boleh bagi banyak cikgu....kalo kat awek tu nak carik yang besar XXL...yang ada lagu...yang coloring...yang lipat empat..lipat lima....dan belek2 baca tulisan yg dah printed...untuk anakanda...bonda..ayahanda...masa nilah kalo ko mahu menulis ala-ala purbakala...ia klasik..dulu kira lumayanlah jual kad raya...

kini..henpon dan laptop dah amik alih...tekan 'sent'...terus sampai..kad raya tidak mungkin pupus seratus peratus..ia ada sentimental value...tapi memang akan sangat sedikit...jadi kad2 raya handmade adalah lebih cerah peluangnya berbanding cetakan...lagipun ia on demand dan harga boleh lebih tinggi...

aku tak dapat satu kad pun tahun ni dan juga tak hantar satu pun juga..tunggu sms dari kawan..nanti forwardkan aje...malas-jimat-cepat! :P

Wednesday, September 1, 2010

toll gate girl



drama swasta milik company Tiara Jakelina(patut la keta bmw plat TJ).jandanya arwah hani mohsin.ten on ten picture. terbitan tahun 2001. masa tu henpon lipat motorola boleh tarik antena cukup glamer..nokia belum menguasai time tu...antara drama raya tak sedih yang best

masa tu rita kurus..que haidar pun ada belakon...dan amy mastura antara heroin kiyut kesukaan gua jugak...lakonan amy(markonah) memang mantap...memang pandai belakon...air muka dia memang bijok dalam citer ni...

ia kisah tentang raya..tentang keluarga...tentang yang biasa-biasa tapi ada rasa...dialog best..pemandangan cantik..pelakon2 mantap...skrin shot pun cantik terutama masa amy menjahit....

"Tak dak bulan yang seindah Ramadan.
Ramadan buat aku kenal erti sunyi
dan rindu bila hidup di kotaraya macam ni.
Ramadan buat aku lagi rindu kat kampung,
kat mak, semualah.
Ramadan jugak buat aku insaf,
betapa agungnya kekuasaan Ilahi"


markonah berpuisi tentang ramadhan...maklum ler peminat novel...

dan kalo tengok mak konah yang serius tak reti senyum tapi sakat mak su sangat real...mengusik adalah tanda kasih sayang...

bagaimana adik dia lepaskan ayam pun adalah 'kerja detail'.. ia scene kecik tapi cantik...

tiara ni kalo buat citer memang bagus..mungkin bila dah sgt kaya takmo bikin citer lagi..supot citer melayu...once the support is there, quality will follow...dah ada kat youtube..silakan layan...sebelum dibanned..

notakaki utk aku dan kamu : 'kaya' ada 'miskin'.'miskin' juga ada 'kaya'.sebab kita manusia...jum pi masjid terawih.ramadan dah hujung!