Followers

Wednesday, January 26, 2011

gambar seribu cerita



yang paling hujung adalah bekas menteri besar perak.muka nampak kampung dan buat2 tak berminat dengan stailo.fesyen.gojes.femes..ekekeke.

mari tengok siapa yang fasha kejar setelah qabil dan jejai...

Friday, January 21, 2011

400 juta




RM 400,000,000.00-banyaknye KOSONG!

dalam malaysia ni amat ramai orang yang amat-amat kaya. Arwah syed kechik telah meninggalkan harta sebanyak 400 juta. WOW! dan harta itu telah direbutkan oleh anak arwah, syed gamal bersama ibu tiri dan 2 adik tirinya..mahkamah telah digunakan untuk membuat keputusan...

400 juta bukan satu jumlah kecik, ia sama dengan royalti 5% petroleum trg utk satu tahun - sumber utama sebuah negeri. WOW! kaya btol punya harta sebanyak itu dengan umur malaysia 53 tahun..WOW!

sekaya-kaya dia pun...tidak termasuk dalam list 50 terkaya malaysia...btol lah kata orng purba.. semenanjung ini survanabumi...sehingga kini masih lagi survarnabumi...

Friday, December 31, 2010

105:100

oh tidak !
kadar banci tahun 2010 negara, lelaki adalah lebih ramai dari perempuan. dengan nisbah 105 lelaki bagi setiap 100 perempuan.oH! tidak! ini berita yang mengecutkan perut aku yang bujang terlajak ni..mengecutkan telor...uhh...

aku rasa dari tahun 2000an lagi rakyat malaysia berjumlah 28 juta org...jadi macam mana tahun 2010 jumlah penduduk masih lebih kurang sama? sedangkan kita semua tahu dulu jalan tak jem sekarang dah jem gile-babi-hutan..dulu puchong penuh hutan sekarang penuh rumah?plat kete KL sebulan dah bertukar...9999 orng beli kenderaan plat KL SAHAJA setiap bulan...belum lagi plat negeri-negeri lain...

universiti makin banyak.sekolah makin banyak.taman perumahan makin banyak.kolej makin banyak.pasaraya giant yang ke 144 sudah ada di lukut? terang bersuluh LOGIKNYA orang tentu makin banyak!

sekarang hospital-klinik dah banyak.perubatan semakin baik..aku rasa kadar kelahiran lagi tinggi dari kadar kematian walaupun ramai memilih untuk tidak ramai anak...tak caya tengok wad bersalin dengan bilik mayat...hinggakan ada spital swasta yang wujud khas untuk bersalin sahaja...dan rumah orang-orang tua makin banyak...dan penghuninya makin bertambah...

aku sendiri dalam tahun2 kebelakangan ni hanya kehilangan seorang nenek tapi bertambah 7 orang anak saudara...

dengan budget RM200juta untuk banci aku rasa tidak munasabah sama sekali rakyat malaysia hanya 28 JUTA..tak boleh ke kira rakyat melalui kad pengenalan.passpot dan sijil kematian? atau takkan tak ada kaedah yang lebih efisien dari ketuk pintu rumah ke rumah?

oh tidak! itu belum lagi perempuan2 seperti maya karim yang memilih mat saleh..belum lagi seperti siti @ fasha sanda yang memilih duda atau zizi ezzete yang memilih suami orang bung mokhtar...belum lagi yang lari ke lombok..

aku tidak mahu percaya nisbah 105:100..tidak sekali-kali! he he he.

Friday, December 3, 2010

18sx : metafora sebuah anu



1.bebird/ punai / burung
masa kita (lelaki) baby dan masih kecik...anu kite akan dipanggil bebird...keh keh keh..masa tu tiada keseganan.tiada kemaluan.boleh tunjuk tanpa was-was.tanpa ragu. tapi tidak bangga.cuma tidak rasa apa-apa..cuma bila strangers datang rumah..

"eii tak malu..nampak bebird tu..."



2.konek
lepas tu..masa sekolah rendah kite panggil konek..sebab tu aiskerim diberi nama cornetto..heh!no wonder pompuan suka cornetto..la la la.

"dah cuti sekolah ni...madi ko bila nak sunat?" sepul
"konek aku tak lepas kulup la..aku takut" madi

"madi kulup..madi kulup... madi kulup.." ramai-ramai. setelah sepul pecah rahsia.

3.kote
masa sekolah menengah...satu ketika dia asrama smsd..time nak mandi...
dah siap pakai kain basahan pinjam..lalu kat partition shower tanpa pintu..nampak senior mandi...terpampam jap..

"oiii! ko tengok kote aku ke?" senior kote kecik.sedang mandi bogel pakai shower.

"dokk bang..dok nampok lagi..mintok maaf bang" aku berlalu.tak jadi mandi pakai shower...kena mandi luar.pakai air kolah..




4.'adik'

satu masa..bila ko dah tanggung dosa sendiri..

"melah..adik abang ni dia besarlah..dia tak tahan..." poji.
"alaa.. abang ni gatal laa.." melah cubit poji..sambil mengeratkan pelukan.poji senyum..

"cium laa sikit pipi tu..bukan comolot" setanirojim.

bila dah cium pipi..

"cium laa comolot tu...best tau..ala ringan-ringan jer. bukan berat-berat.." setanirojim.

bila dah comolot...

huh..dosa ni sedap buat tau..bukan tak sedap..tapi hidup ada peraturan Tuhan..setiap peraturan ada ujian dan godaan..sama ada bakal terima ganjaran atau hukuman..



5.zakar.
dalam kelas..cikgu biologi tunjuk kat alat bantuan mengajar..

"ni salur trakea"
"ni esofagus"
"ni paru-paru"
"ni jantung"
"ni usus"

"tutttt!!!" aku jawab.he he he.

"ni zakar". tersipu cikgu bio yang belum kawin itu..

siapa yang cipta perkataan zakar? aku rasa orang ni bodoh..classmate aku ada nama zakaria..nama seorang nabi..kami panggil pakya..

kalo dia berdiri jawap soklan cikgu..
"oi sape punye ni?tengah stimm.."

bila dia duduk..
"sape punye ni..tadi stimm sekarang tak stimm"

bila dia pakai baju pink.
"oiii...sape pakai spender color merah jambu ni woiii"

pak ya terer maths..cikgu maths tepuk belakang pakya.
"nasib baik cikgu tepuk kalo cikgu gosok keluar air"
cikgu terpinga-pinga..

kami bodoh dan serius..bodoh sape cipta perkataan zakar..

6.p*lir
bila dah kawin..

"p*lir abang dah ready ni" suami sms isteri dari bilik air sambil gosok gigi.
"cepat bang..nak p*lir" sms balas isteri..si suami tertelan obat gigi..



7.batu

suami, isteri dan anak-anak balik kampung..jenguk ayah atau si atuk di wad hospital...anu si atuk besar..time atuk nak kencing secara tiba-tiba..tak sempat nak suruh anak-anak keluar dari langsir katil...atuk tak boleh pi toilet...

"mummy...nape batu atok besar?"
"ishh...atok sakit..sayang atok tak?"
"sayang mummy..."
"doa kat Allah ye..biar atuk sembuh"
"baik mummy..ya Allah sembuhkan atok..batu atok...amin"

batu? lama-lama batu jadik pasir.jadik tanah..kita asalnya dari tanah...akhirnya akan kembali ke tanah...

hidup adalah sementara..selamat berjuang readers!

nota kaki: mu flow aku sabihah.diam2 suda..heh.

Wednesday, November 17, 2010

azizul - saezz dozzen matter!




salah satu prospek pingat emas sukan asia akhirnya jadik emas..tahniah lagenda dalam pembikinan-azizul hasni awang...kau memang hebat..aku tumpang bangga..woha!woha!woha!

dalam sukan-kebanyakkan sukan, saiz amat penting.. sebab saiz melahirkan kudrat..tambah pula bila acara itu duduk dalam satu gelanggang.. tidak seperti menembak, memanah, catur atau bowling - size terang-terang tidak penting..tidak duduk satu gelanggang..tidak ada fizikal chalenge..

pada pengamatan aku...
lumba basikal keirin atau pecut dalam velodrom sangat mencabar sebab ia acara yang sangat pantas dan sangat sekejap...menang atau kalah hanya dibezakan 1 atau setengah saat sahaja....ia 'seolah-olah' tidak ada strategi lain - pecut dan menang! jika semangat down untuk satu saat..pasti out of da track..

lagi pula...tekanan pada azizul sangat tinggi - dilabel anak emas KBS atau shabery chik, dan tragedi delhi serta harapan seluruh orang mesia..ia wajib emas..aku rasa sebab ego azizul ni besar...

lihat keegoan dia - wili pada garisan penamat...ego juga elemen penting utk menjadi juara...lihat usainbolt.mourinho.muhammad ali.prince nasim.pakdee (sepaktakraw thai).rexy (beregu indon)..ego membantu mengatasi tekanan...


azizul - seorang suami.seorang dungun.seorang rendah dan kecil- tahniah dan semoga menyumbang emas pertama malaysia pada olimpikgames...london 2012.

nota kaki : dulu suka tengok m kumaresan dan spek coloringnya. rosman alwi dan helmet bulatnya..

Saturday, November 6, 2010

menunggu itu mudah



tunggu.
semua orang pernah menunggu.menunggu tidak perlu buat apa-apa.pegun, diam dan biarkan masa berlalu.semestinya menunggu bukan suatu yang indah.tapi sesuatu perkara jika kita tidak mampu untuk mengejar itu tandanya kita perlu menunggu..

pelik bukan.kadang suatu yang kita kejar itu semakin lari..sungguh-sungguh kejar..sungguh-sungguh pula ia lari..bila tunggu boleh pula datang sendiri..ye.hidup kadang sebuah kepelikan..sebuah misteri..

tunggu itu sabar. sabar itu tunggu.saling melengkapi..hilang sabar maka hilanglah tunggu..tiada lagi melengkapi..

"hoi!!! ko ingat aku tunggul ker tunggu ko sampai 5 jam?"

tiada sabar maka tunggu akan sinonim tunggul.menunggu itu perlu kekuatan..kadang menunggu itu satu kebijakan..heh!aku masih suka dialog dalam citer legend of the falls..masa hero perlu pergi..

"i lap u"
"i will wait for u"
"forever.."
"i'll wait u forever"

masa berlalu.lama! hero sudah balik ke kampung balik..

"im sorry"
"forever is too long"

argh..best betol dialog.ingat sampai skrg..aku sorang yang jenis tak suka tgk citer sama banyak kali...boleh tgk tapi tak suka...rasa ingin tahu la yang best..bila dah tahu..ia sedikit kendur..

menunggu itu mudah bukan?.. bagi orang yang dinanti..

apa itu kenangan?




kenangan itu apa?

kenangan itu rekod.
kenangan itu rahsia.
kenangan itu pembelajaran hidup.

kenangan itu...Entah!
kenangan itu obat.
kenangan itu manis dan pahit.
kenangan itu senyum dan tangis. uwaaa!

kenangan itu..its nothing!
kenangan itu sia-sia.
kenangan itu sakit.
kenangan? penuh tahik!!

kenangan sukar di tafsir dengan jelas.
kenangan ianya subjektif..macam sejarah..ye! kenangan itu sejarah.
sejarah sendiri..bukan sejarah orang lain-mana mungkin!
kenangan kadang-kadang objektif.macam matematik.
contoh? 1+1 = 2..kenangan yg tepat..

kenangan? jangan hidup dengan kenangan beb!
kenangan biar ia pergi.
kenangan? susah mahu padam laa.

hidup itu pengembaraan..
kenangan itu sebahagian dari pengembaraan.
kenangan itu harapan..boleh ke?

kenangan?air mata - kompem pompuan! heh.
kenangan itu zaman kanak-kanak.
kenangan itu otak.

apa itu kenangan?
apa ye?
Semualah!
kenangan itu semua!