Followers

Saturday, February 16, 2013

bapak shila vs sharnaz


"a lots of girls fall in love with the wrong guys, simply because the wrong guys, always say the right thing" -unknown-

Selalu, orang jatuh ketika berlari akan ditertawakan oleh orang sekeliling. Tak adalah orang akan menangis tengok orang berlari tu jatuh. Kita, manusia suka untuk melihat manusia lain jatuh. Lagi dramatik kejatuhan tu, lagi kuat dekahan kita.

Aku baru tonton Juvana. Aku rasa N. D lala 'takut' tengok sharnaz dalam filem juvana. Psiko dan jahat. dan sharnaz memang ada rekod keras kepala dan panas baran.

Dan bila sharnaz balas balik 'jangan biadap' - the things are getting worse..  dia akan belajar dari 'kesilapan'. kehidupan adalah sekolah.

Kesedihan shila belum betul-betul dalam, sebab lagu terbaru dia belum 'cukup-cukup dalam'..

syok pulak lagu ni ek..


bersama rasa rindu datang bertamu..
Diruang hati kecil yg berbicara..
Ingatilah diriku ini bersama
Kenangan itu...

Walaupun ku lihat bintang-bintang di balik awan..
Gugurnya kebumi menjadi impian
Takkan ku lepas apa yg ku harapkan
Kerna ku untuk mu

 ps-nextweek kembali bz. cuti sem pendek dah habis.

Thursday, February 14, 2013

bruce.stallone.Arnold Susah Nak Eja.


Wah. Hebat hero-hero tua ni. Masing-masing seolah-olah berpakat untuk buat movie tanyangan 2013. Bruce wilis dengan francais Die Hard - A Good Day To Die Hard - ke mana tumpahnya kuah, kalau tak ke nasik. Sylvester Stallone dengan Bullet to The Head - revenge never gets old. Dan Arnold SusahnakEja dengan The Last Stand.- retirement is for sissies.Tagline movies memang tua tak sedar diri. hiks.

Tagline movie tentulah kalah muvie bruce. Movie bruce tak ada tagline. Apa la, movie Juvana pun ada tagline - i will never trapped  forever.

Antara ketiga-tiga ni tak tahulah mana filem paling best sementelah aku baru tengok Die Hard. Die Hard ni patut pinjam dialog komik ji fat alam perwira- berani mati tak mati.Untuk buat tagline. Sesuai.

Aku taknak citer sinopsis. Aku nak komen jer. Citer ni kurang kick dari versi-versi terdahulu. Orang jahat tak best. Cara dia tukar penjahat yang sebenar memang dah mavelos tapi ingatkan ada plot-plot lebih kemas untuk jelaskan perancangan anak-beranak tu.

Ia satu turning point dalam movies untuk tengok kehebatan penjahat. Dan aku ingat alik akan menjadi antara seteru di akhir filem sebab aku mula suka dialog-dialog dia. Rupanya tak.

Kemonlah. Tahulah kau dah tua, bruce - tapi 'final stage' lawan orang tua dan perempuan, tak macholah.

..Action, okeylah citer ni. Bruce willis nampak lebih cool dalam lontar dialog. Ia bersahaja. 3 bintang aje lah.

ps- Memang ada tagline citer dia - like father. like son   Like hell!

teksi macam cilaks


"it's not just being overweight that's dangerous. Stress is dangerous" -Carnie Wilson
 
Teksi-teksi di kuala Lumpur sangat-sangat banyak. Ada bermacam-macam color taxi. Mungkin color mewakili company yang merajai permit-permit teksi. Aku rasa pemberian permit-permit teksi ini tidak dikawal dengan baik oleh kerajaan.

Pemberian permit yang terlalu banyak akan menghasilkan persaingan yang tidak sihat kepada pemandu-pemandu teksi. Hidup di bandar metropolitan macam kuala lumpur bukan suatu yang senang. Bukan suatu yang aman. Kuala Lumpur tiada belas ihsan. Ia bandar yang penuh tekanan hidup.

Sewa permit teksi sehari boleh cecah 60RM sehari. Sebulan RM 1800. Rosak repair sendiri. Teksi tetap hak milik company permit. Senang betol company permit super kaya. Jual document sahaja.

Dan bila teksi-teksi ini tertekan dalam mencari makan - Ia menghasilkan banyak benda-benda negatif. Teksi tidak ikut peraturan jalan raya. Samseng. Pemanduan brutal. Dan macam-macam lagi yang buatkan kau geleng kepala.

Eloklah permit-permit teksi dikurangkan. Kurangkan persaingan yang tidak sehat. Persaingan yang 'membunuh'. Biarlah pemandu teksi sedikit aman dengan persaingan kerana tahap jem kuala lumpur telah mencapai level paling tinggi - tiada keamanan pemanduan.


"..saya bukan pemandu teksi.."


Wednesday, February 13, 2013

real madrid vs manchester


pagi nanti, berlangsung perlawanan champion league pusingan pertama sebelum stage suku akhir. Perlawanan yang ditunggu-tunggu dunia, Real Madrid vs Manchester United.

c.Ronaldo akan menghadapi bekas teammates dan alex. Ronaldo sekalipun telah mendapat ballon d' or bersama united tapi bersama real dia menjadi pemain yang lebih sempurna. Ronaldo adalah mesin cetak gol yang prolifik sekali pun dia seorang winger.

Manchester United - juga hebat dengan pembelian paling sensasi epl musim ini - robin van persie-pencetak gol-gol hebat. Dengan wayne rooney - chicarito - welbeck. pasti bek real akan sibuk malam ni.

begitu juga dengan higuan @ benzema - di maria -alonso dan ozil pasti bek united juga sibuk. Yang pasti, malam ni mesti ada gol. United secara tradisinya bermain lebih berhati-hati dan dengan tempo yang lebih slow dalam champion league.

Real memiliki rangkaian counter-attack antara yang paling sempurna di eropah kini.

Game malam ini juga istimewa buat mourinho - kerana dia juga berminat untuk menjadi pengurus United suatu hari nanti.

Slluurpppp... 


boroi

bila umur masuk three siries, Akibat kurang bersenam - ia memboroi. Lapan-pack yang dulu dibangga-banggakan di depan cermin telah tenggelam dan timbul, one-pack. dan bahagian kiri kanan perut, pun ada juge boroi sisi. Shitte!

Bila masuk three siries, nafsu makan semakin menjadi-jadi. mungkin lemak-lemak yang terhasil di perut telah menyelerakan lagi nafsu-nafsu makan. Asyik lapar tak kira masa. Asyik mahu makan. Ah shitte!

tak boleh jadi!

i do a mission. Semalam telah aku berjogging di tasik titiwangsa. Ajak kawan, wan. Best juga jogging ikut bontot amoi. ha ha ha. Sayangnya semalam cina masih raya. tiadalah bontot amoi. ahaks.

Mak ai.Rupanya Tasik titiwangsa bukan kecik. lama tak berpeluh, nafas macam tersekat-sekat. kepala macam nak pitam. dapat lah habiskan 1 round je. 2 round lagi berjalan. loser je rasa..

ingat hari ni nak jogging lagi. tapi tak pergi. double loser!

esok. esok nak jogging lagi. - ahaks. Azam kena ada.

Najib on the wrong..


Lepas belanja 2juta bawak Psy-tak-boleh-nyanyi mai penang. PM punya air muka jatuh. Betul kata orang, PM dikelilingi oleh orang-orang yang salah. Pelik juga, mana pergi think-tank PM yang hebat-hebat. Setiap PM ada kumpulan think-tanknya. Mempunyai penasihat-penasihat yang hebat akan menghasilkan gerak kerja yang hebat. ini duit habis, hasil mendukacita.

tentulah Najib tak senang tidor. Tindak tanduk BN, bila menuju saat-saat akhir pilihanraya serba tak kena. Najib seolah-olah berseorangan. Tiada hulu balang-hulu balang perang. Poster, iklan raya, jawab isu - najib berseorangan.

membiarkan ibrahim ali lancang tanpa teguran - kini menghasilkan impak negatif yang bukan sedikit. 

Lihat najib, seorang Perdana Menteri, di atas pentas hinggakan terpaksa 'buat-buat' shoot gambar dari henpon sendiri cukup memalukan. Cukup menyedihkan. Cukup kesian.

Kali ini, Barisan Nasional cukup-cukup kritikal.