Followers

Friday, July 27, 2012

back to kl

telah lama 'lari dan hilang' akhirnya aku kembali ke KL. Dua tahun aku kehilangan macam-macam rasa. I just want to get back on track..back on business and catch the dreams.. harapnya tahun-tahun gelap akan berlalu dan 'mentari akan bersinar'..aku telah penat untuk penat. Bukalah pintu rezekiku ya Tuhan, pintu rezeki langit, pintu rezeki bumi. Amin.

ramadhan
ia kali pertama tiada mama dan tiada ayah. its quite different. rasa-rasanya lain. sejujurnya tiada semangat raya. cuma aku berharap aku dapat mengisi ramadhan sebaik-baiknya dan berdoa banyak-banyak pada parents di sana. i miss them much. i, no good son in their life, i hope to do better after their life. ampunkan aku  Ya Allah. sobbss.

i cant write anymore. the mantears drops...

ps- frens and you, thanks for being my big supporter in dark days. big-big thanks.


Monday, July 16, 2012

karat


bila lama tak menulis. sukar untuk kembali menulis. ia pegun. tiada momentum..banyak benda yang hendak ditulis sebenarnya tapi kekangan masa, keletihan dan kesibukan, membataskan.

aku berharap 'keghairahan' aku. 'keberahian' aku dalam menulis akan terus. Menulis itu satu kepuasan untuk diri sendiri.

Er.bukan sahaja menulis, buku yang aku beli, Dr. Umum yang tebal macam novel Ketika Cinta Bertasbih, masih belum habis dan tidak bergerak mukasuratnya. aiseh! nanti-nanti, boleh lah aku sinopsiskan bab-bab dalam Dr. Umum.

22 tahun sebagai perdana menteri tentulah ada cerita-cerita yang menarik untuk diceritakan.

yangtulis-delete.tulis-delete,
ubi






Thursday, July 5, 2012

28 years part 2


Jailani adalah juara dunia. Menjadi juara dunia bukan sesuatu yang senang. Ia memerlukan disiplin, kekuatan fizikal dan kekuatan mental yang sangat tinggi.

..I hated every minute of training, but I said, "Don't quit. Suffer now and live the rest of your life as a champion..." 
- Muhammad Ali -


Jailani memang seorang yang sangat-sangat penyabar sehingga dikatakan dayus. Dan bercakap itu mudah..

Dari segi luaran, Raja Azmi dan Jailani lengkap-melengkapi. Satu panas, satu sejuk. Satu degar-degar, satu pendiam. Satu berdekah-dekah, satu tersenyum. Satu gila glamer, satu low profile. Jika pasangan sama-sama panas. sama-sama degar-degar. banyak sama maka ada banyak masalahnya juga..

Apa yang tacing, seketika sebelum penceraian dalam mahkamah. Hakim meminta mereka bersalaman. berpeluk cium untuk kali yang terakhir sebagai mahram. Ia sesuatu yang jarang berlaku. Biasanya penceraian berlaku ketika panas dan bertegang leher, cabar-mencabar, ungkit-mengungkit.

melafazkan sesuatu yang meruntuhkan 'sebuah 28 tahun' dalam keadaan tenang memang tacing..


ps- arwah ayah aku dan arwah mama adalah 'sebuah 20 tahun' yang runtuh. Semoga bersama di syurga! amin.
pss- fitnah itu satu perkara, perbuatan yang mengundang fitnah itu juga satu perkara..