Followers

Sunday, May 13, 2012

dunia ain



"..Tak sangka papa ain macan ni masa umor 17 tahun dulu...." -Ain Sarah Khadijah


tidak pakcik sangka, Ain datang blog pakcik baca songo, ubi dan dolloh .Speechless pakcik.Sebenarnya pakcik malu sebab blog pakcik 'jahat'. tidak sesuai untuk budak tadika yang baik seperti ain. Harap Ain tidak lagi membaca blog pakcik selepas ini. Tunggulah Ain dah besar, kembalilah baca blog pakcik. Insyaallah blog pakcik masih ada...


Meh sini pakcik ceritakan sedikit yang pakcik ingat secara bertulis tentang ayah ain. Hahaha. 


Ayah Ain memang antara kawan pakcik yang unik, sangat sukar dibaca tingkah-lakunya. Mempunyai imiginasi yang tinggi dan daya kelakar setara arwah din beramboi. Kadang kala, kami semua, lambat menangkap lawak ayah ain. beberapa saat selepas itu barulah kami tergelak besar. biasanya dia yang gelak sendiri dulu..ahaks.


pakcik tidak satu dorm dengan ayah ain, jika tidak tentu pakcik 'rakam' dengan lebih hebat momen-momen bersama ayah ain. Yes, ayah ain sangat meminati bolasepak. Dia ada jiwa bola yang sangat kuat. Dia juga peminat pakcik dulu. Pakcik memang terer. Pakcik kapten Sains Dungun dulu. Di antara kawan pakcik, ayah ain adalah peminat sebenar bolasepak malaysia. Dia masuk stadium dari zaman bolasepak 'malap'. Dia memang terbaik dan penyokong yang legend.


Masa dulu, ayah ain pernah pakai stokin berjari. Ia satu yang 'amazing' pada waktu dulu. tiada pernah orang pakai. Ia menjadi berita gempar batch kami. ha ha ha. 


Ayah Ain juga sangat ingin pergi ke Jepun menjejaki langkah pakcik Ain cuma rezekinya tiada. 


masa warden kejut dia tidor solat subuh. dia tak bangun-bangun. sekali warden kejut, dia tidor balik. Dua kali warden kejut dia tidor balik.Tiga kali warden kejut ' hoi dolah! mak ayah awok tak ajar ker?" Terus dia bangun. "cikgu, mak ayah jangan main cikgu..tak baik!" terus dia pakai kain pelikat dan capai kopiah.- dormates dia la citer.


Dia pernah lompat pagar dengan lobo. Pergi kuantan tengok konsert Ella!!


Dulu juga ayah Ain pernah buat radio sendiri. Dialah yang menjadi DJ. Dia memang suka mendengar radio dan suka menelifon radio-radio trg suatu masa dulu dan membuat ucapan. Dan dia mengumpul peminat-peminatnya yang tersendiri dengan gaya bahasa dia. Pakcik kagum dengan ayah ain. Di blok pakcik lah dia lancarkan radionya, sebab di blok pakcik frekuensinya jelas sampai Aspuri. Cuma sayang, ia tidak panjang sebab ayah ain nakal. Sangat-sangat nakal. Selain tuju lagu...


'..ye kepada aspuri sana...selamat malam saya ucapkan...jika anda suka dengan lagu ini sila tutup lampu dan buka balik..belajar rajin-rajin. dengarlah nirwana the man who sold the world...jangan jual diri ye kawan-kawan..' 


dia membuat banyak teka-teki 18 tahun ke atas..hingga satu malam terkantoi dengan warden. Warden tu besar Ain, macam Andre the Giant dalam WWF tu. 


"hoiiiIIiiII!!!! sape DJ tu meh turun sini!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!" bergegar blok A dan B. Sejak itu radio ayah ain tidak berkumandang lagi. He's very cool. Amazing..


Ayah ain juga pandai mengarang. Pakcik dulu selalu baca karangan-karangan merapu dan 'jahat' ayah ain. Ia sangat tinggi imaginasinya. Jadi pakcik tak terkejut dengan bakat Ain dalam menulis. Teruskanlah menulis. Belajar rajin-rajin. Ikut cakap parents. Suatu masa nanti catatan ain itu adalah 'sebuah album yang mempunyai rasa' . 


akhir kata, sayangi papa Ain. I love him too.

Wednesday, May 9, 2012

jodoh tak sampai-sampai


"Sekitar 2.5 juta rakyat Malaysia yang berusia lebih 25 tahun dan mewakili 16.7 peratus penduduk negara ini, masih belum atau tidak berkahwin" [kajian Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat]




aku nak mengulas pasal lelaki. sebab aku lelaki dan termasuk dalam carta dan lebih memahami lelaki. hahaha..........uhuks!
 
1)masalah kewangan [44.7%]
Benda ini faktor utama lelaki tidak berkahwin. Yelah kalau diri sendiri tunggang-langgang. Tidak cukup. Tidak stabil mana mungkin berupaya jaga anak orang. Dan jika ada lelaki yakin rezeki selepas kahwin itu akan mencanak-canak, sebilangan besar perempuan gagal meyakininya. Perkahwinan isu yang sangat besar dalam agama kita. Islam pun ada kata kahwin akan membuka pintu rezeki. Pahala juga bertambah-tambah. Solat seorang bujang tidak sama nilainya solat seorang suami disisiNya. Bergegar arasy jika terbinanya perkahwinan.. gila syaitan sekejap..
 
Sementelah sedekad pelajar universiti 65% perempuan, 35% lelaki, trend lambat kawin sebab kewangan akan berterusan dan berpanjangan. Dulu perkahwinan lebih simple. kenduri bergotong royong. tidak bervideo bagai. tidak bergambar bertunang-pra kawin-berkahwin. tidak kad kawin cantik-cantik, lain dari yang lain. zaman padan jodoh. ...Sekarang zaman duit. No money no marry.
 
2)Tiada Calon Sesuai [19.30%]
Faktor ini ada kena sikit dengan faktor pertama. Faktor sekufu. dan lebih kepada sekufu ekonomi. Bila ekonomi tidak sama, wujud 'gap' secara tidak sengaja. Sukar awek beli mcdonald untuk berkahwin dengan boboi kaunter mcdonald. Wujud ketidak-sesuaian dek duit.
 
Masa time sekolah pun, ada 'gap' juga. Jika kau pelajar tak pandai berani kau tekel awek budak kelas A? who's the doctor or engineer in the making..tapi masa ini kalau kau mengorat dan dapat, faktor 'tiada calon sesuai' tidak berapa berkesan. sebenarnya, dalam sekolah, dalam kolej, dalam univ adalah tempat terbaik untuk mencari calon sesuai. Bila keluar dan bekerja di dunia sebenar, ia tidak seindah yang kau impikan kebanyakkannya.
 
Bila tahap ekonomi berbeza, banyak perbezaannya. hobi, tempat shopping, tempat jalan-jalan. tempat makan.macam-macam berbeza sampai pemikiran akhirnya juga terpengaruh dan mengatakan 'dia tidak sesuai'.malu aku kalau kawin dengan dia ni. No Money No Suit
 
3) Kemajuan Kerjaya [12.80 %]
Oleh kerana mahu kawin perlu banyak duit. maka lelaki-lelaki akan terpaksa berusaha dengan lebih gigih. bila tercicir dalam pelajaran ia menjadikan jalan untuk menuju kestabilan semakin sukar dan jauh. Bila lelaki tidak cemerlang dalam pelajaran, dia semestinya tidak bekerja dengan kerajaan atau kompeni swasta yang hebat. bila kau kerja kerajaan - banyak yang kau setel. loan rumah kau senang. loan personal kau senang. semua bank cari kau. Bila kau melayu dan swasta, ia sangat sukar. Swasta itu Cina sebenarnya.
 
Seorang cina boleh kaya dengan ada kedai 4 bijik untuk buat sewa. ada rumah 5 bijik buat sewa. Cina boleh jadi along. Semua bangunan tinggi di malaysia milik bukan kerajaan, 99% cina punya. Dari hujung rambut sampai hujung kaki semua cina punya. Cina dan perniagaan sudah sebati.
 
4)Selesa Hidup membujang [kosong peratus!]
we, lelaki, not like women. We need sex! sebab tu 0% faktor ni. haha. 'gunatangan' tidak sama dengan 'buat tu'. Seks bukan segalanya tapi dengan seks lelaki akan menjadi lelaki. Seks menjadikan seorang PM lebih bersemangat. seks menjadikan tukang kayu lebih berseni. Seks menjadikan mat rempit lebih laju. Seks satu nikmat yang paling agung, Tuhan bagi, adalah paling mampu untuk semua yang bernama lelaki. Sama ada kau sultan, kau raja, kau perdana menteri, kau ustaz, kau tukang sapu - seks adalah sama taranya. Malah, mungkin nikmat tukang sapu lebih hebat seksnya dari seks seorang maha raja. Hidup membujang is hurting...
 
dengan sepasang telinga sahaja. dengan mulut sahaja. dengan mata sahaja, dengan hidung sahaja. Lelaki mampu ternaik nafsu seksnya. Kau, perempuan mampu? that why we need you...we need love.we need sex.
 
5) Komitmen Terhadap Keluarga [7.4%]
Since lelaki tidak kuat ekonomi, secara jujurnya tidak ramai lelaki yang mampu membantu keluarga. adik-beradik yang lain. Malah aku tak terkejut kalau statistik memberikan fakta anak perempuan lebih banyak membantu keluarga jika mereka itu bujang. Silap-silap bila tidak bekerja lelaki akan menjadi rosak dengan dadah, motor dan puki. no komitmen at all.
 
kesimpulan. perempuan telah berjaya. yang lelaki perlukan, perempuan mampu untuk lebih berani menekel lelaki.. duit bukan segalanya. dan perkahwinan haruslah lebih mudah oleh semua pihak. pemerintah yang berkuasa, pihak lelaki, pihak perempuan dan si anon yang berkaitan. perkahwinan adalah sebuah rahsia yang mengagumkan.

"A successful marriage requires falling in love many times, always with the same person"

“It is not a lack of love, but a lack of friendship that makes unhappy marriages.”

- Friedrich Nietzsche-

 “Men marry women with the hope they will never change. Women marry men with the hope they will change. Invariably they are both disappointed.” -albert einstein-


Friday, May 4, 2012

songo, ubi dan dolloh


masa period spm sedang berlangsung..

'ubi. aku nak juga pergi hostel girl sekali..bawak la aku sekali..boleh ar..' doloh.

aku diam je. Bengong ke apa doloh ni..

masa jumpa songo. aku bagitahu dia. Doloh nak ikut gi aspuri kalau kita gi. Dia nak rasa juga masuk aspuri sekali. best juga masuk sana.. for the last time..hahaha.

'boleh, malam esok.' songo green light. aku, kalau songo tak pergi, memang aku tak pergi. Nak bawak orang pergi? carik nahas.

doloh -Dia ni unik. Dia budak blok C.Dia bukan seorang pelari.. mungkin penjogging santai. ahaks. doloh pakai spek. kalau tak pakai spek dia tak nampak. Dahi dia suwak. kalau malam boleh bersinar dek rembulan malam. haha. Semua faktor-faktor bahaya kalau terkantoi!

Malam esok dipilih sebabnya pagi lusa paper biologi. paper wajib untuk semua. Jadi confirm budak pompuan tidor awal. lepas lusa, ada paper yang budak ambil, ada yang budak tak ambil. jadi ada yang tidor awal, ada yang stay-up - mana mungkin boleh pergi kalau ada ramai stay up...yang tinggal di hostel sekarang budak-budak form 5 sahaja..

so, its tomorow's night or never for doloh...

masa nak pergi malam tu, dalam 3 pagi, doloh pakai baju merah..aku suruh dia tukar baju hitam.

memang first pagar lagi doloh problem sikit nak panjat. Lepas dia panjat pagar..kitorang dalam area aspuri kini..

'weh, rileks dulu, jantung dup dap, dup dap ni'

sambil dia rileks tu, dia sempat keluarkan kamera! memang dia unikkan..

'amik gambar dulu' he he he. dia ketawa.

so posing la kami kat koloh aspuri.

bila nak panjat koridor hostel, doloh memang susah sikit. tapi songo terer, dia ada 'tip' kasi doloh naik. so menjelajahlah doloh belajar biologi.. haha.kat atas tak boleh amik gambar. kamera zaman dulu bising bila kodak tu berpusing..

akhirnya jam loceng menjerit. ada orang kata tu bilik shuhada, ketua pengawas. songo bagi signal. masa balik dah tiba..

dalam dewan periksa pagi esoknya, songo bantai tidor! dia memang tak suka biologi..

ps- doloh kini guru. jaga anak murid molek loh.

pss -there comes a time in a man's life when to get where he has to go - there are no doors or windows, he walks through a wall.

Thursday, May 3, 2012

telekung najwa

aku ada seorang kawan. Yus. Dia sedang sakit dan sedang berjuang dan telah berkali-kali pergi kimoterapi. Dulu dia kerja DIGI, sekarang tidak lagi. Kepada readers blog aku yang tak ramai mana, seandainya memerlukan telekung, silalah beli dengan Yus. Dan jika kawan kamu pun nak beli telekung, sila beli dengan yus.

jika dah punya telekung masih boleh beli - mungkin satu letak di pejabat. mungkin juga satu letak di kereta. mungkin satu boleh dijadikan hadiah besday. hadiah kawin. create lah reason untuk membeli telekung kawan aku.

web TELEKUNG NAJWA klik sini

semoga sembuh yus.Amin.