"Saya gemar mengembara, dunia ini ada 196 negara, dan sempadan dunia saya tidak berakhir di Siam. Saya mempunyai kebebasan untuk mengembara dan menceritakannya kepada sesiapa sahaja." malique too phataku suka jalan-jalan. belum tercapai lagi jalan-jalan satu dunia. sekarang jalan-jalan satu malaysia. jalan-jalan boleh memberi makna baru dalam banyak benda. travelling-sebuah kesesatan yang mengasyikkan..
ini kali ke-4 aku pergi sarawak. ada 3 chek point.
kuching - rumah seorang askar, melayu sarawak, zainal.
serian - rumah seorang cikgu terengganu yang telah berkahwin, zali.
Sri aman - rumah seorang iban yang telah Islam, ponet.
Kuching aku bermalam di kg. bako, kg di atas air. bila tengok peta sarawak betul-betul, memang betul ia sebuah pulau yang besar. tidak bercantum dengan daratan. Tandasnya cangkung, cuma tersengih sedikit aku sebab mangkuk plastik tandas dia berwarna oren seperti lampu. Ia warna ditimbulkan oleh cahaya matahari di luar sana. Kalau semenanjung, mangkuknya di dalam tanah.
Ini kampung nelayan. Sarawak kerang sangat mahal dan sukar didapati. banyak jenis-jenis ikan yang jarang aku tengok. warna pun macam-macam. lobster sangat murah, RM 30 sekilo. dapatlah merasa lobster kali pertama. tapi aku lebih suka udang yang sebesar ibu jari tangan..memandangkan kawan aku ni baru transfer dari semenanjung walaupun dia orang kg bako, tidak banyaklah tempat makan yang sedap-sedap yang dia tahu di kuching..main singgah dan makan jer. mostly boleh makan jer. tak ada yang betol-betol kick teringat..
hari ketiga aku ke
serian. kawasan majoriti bidayuh. kerana berambut botak seganlah untuk ke salun awek bidayuh walaupun diajak cikgu. ha ha ha. salon-salon di sini meriah dan murah. sampai tahi telinga pun dia korek. salon di sini selain mengurut rambut dan kepala, juga mengurut tangan!
cikgu ini dah 8 tahun menetap di serian. permohonan balik terengganu masih 'tidak diluluskan'. terengganu tiada kekosongan. isterinya seorang johor, juga seorang cikgu.
malam bermain futsal. dapatlah 3 team, dalam 15 orang. ada 10 orang kelantan..budu cap ketereh tu boleh nampak la di kedai makan. malam esoknya ada usrah di sebuah rumah ustaz sekolah, cikgu ajak aku,maka terpergi la aku. ada dalam 25 orang. mostly orang kelantan..
keesokannya aku pinjam kelisa cikgu dan drive tuju ke
sri aman. tempat majoriti iban. sri aman orang kata bandar mati sebab tiada sambungan ke tempat lain. sebelum sampai pekan sri aman, ada simpang ke kanan menuju ke sibu, ke bintulu..
jalan serian-sri aman okey, lubang tak ada, cuma bumping. dengan spek ray ban techno polaris pinjam, mata redup. cuma sedikit terganggu sebab pokok-pokok yang kena cahaya menjadi warna merah dan biru. macam filem avatar.mujurlah juga, tiada banyak lori.
ambil kawan aku iban,dia pakai jersi the red warrior. bodoh punya iban.ha ha ha.. ambil di rumah panjang kg pok ai, melugu dan bawa dia ke sri aman. makan roti canai di kedai orang kelantan. ada juga botol budu cap ketereh. Rokok seludup dijual secara terang-terangan di sini, di gerai kaki lima, siap susun dalam rak cermin! Ada restoran gantung angsa panggang dekat bidai restoran! ada juga iban mabuk di siang hari..
sri aman ada satu pesta yang tersohor.
pesta benak. benak ini sejenis ombak besar sungai yang muncul pada tarikh-tarikh tertentu. ia kejadian alam yang semulajadi. aku rasa di malaysia satu je kejadiannya. kawan aku kata, siap ada mat saleh main surf board macam kat hawai. Apa nak buat, aku datang awal 2 minggu..
esoknya. cikgu dan askar hantar aku kat airport. dalam kapalterbang ribut. terpaksalah pilot naik lagi tinggi. nampak kilat di bawah..biasanya lihat kilat di atas..subhanallah.
ps- orang kelantan ada di mana-mana.
bundle juga semakin mahal kerana orang2 ini! ahaks.
pss- orang cina menguasai sepenuhnya perniagaan di sarawak termasuklah kedai-kedai makan. mereka taukeh kedai. jual air. melayu/ bumiputra menyewa booth mkanan..
psss-next stop ; keningau, cikgu orang kelantan.
2 comments:
umah akak kitew kat kampung hulu..sri aman..tapi tiap2 kali p tak dapat nak tgk benak..
Dah lama saya tak ke Sarawak...
Post a Comment