Followers

Thursday, April 5, 2012

biarlah jodoh datang sendiri...

ramai yang kata begini. biarlah jodoh datang sendiri..datang secara semulajadi. dulu dayang nur faizah cakap. baru-baru ni halim othman pula. ceh! artis juga contohnye.

aku ada kawan, botak. dia suka main game. macam-macam game. boleh tak tidor 2 hari main game. tidor satu hari. dan berulang-ulang rutin seperti itu. Dia tak ada awek. Dia pun malas nak ngejas-ngejas perempuan ni. diteka, dia antara bakal-bakal bujang terlajak jauh. motor pun kapcai je.

dia tidak tamat degree. juga tidak bekerja.cuma sekali sekala ada job design. dia terer dalam adobe elustrator. janji hidup ada game dan ada online. pernah juga tegar main game DOTA (Dunia Orang Tiada Awek). memang sah bakal bujang terlajak. sedekad juga dia sebagai gamer sejati ni..

tiba-tiba, dia nak dipadankan. famili arrangement. dan kini telah berkahwin dengan seorang guru dan hampir menjadi bapa..

'dulu bini aku pun taknak kat aku...tapi ayat mesti power. usaha mesti ada. jodoh memang Allah tentukan. tapi ia tak datang sendiri..jodoh tak datang sendiri'. - botak-

mengatakan 'biarlah jodoh datang sendiri.. ' samalah menguyah makanan tanpa menelan dan kata 'biarlah kenyang datang sendiri..'

jodoh kena cari
jodoh kena usaha
jodoh kena fight
jodoh kena kata 'ya'
paling tidak pun jodoh kena tidak berkata apa-apa
kalau kata sepatah 'no' pun...
jodoh tiada
its will never happen.

ps-botak selamat menjadi bapak! begitu juga dengan kedua adiks aku. selamat mendapat anak kedua masing-masing.

9 comments:

nana said...

betul.
kau tak cari mcm lah jodoh nak dtg dekat kaki kau.

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

semua benda kita kena usaha kan.. nak makan pun kita kena usaha.. mana dapat kalau tunggu makanan itu datang masuk mulut.. apatah lagi jodoh.. kena usaha juga..

InsyAllah.. yang penting jgn putus asa

Azlan Strider said...

hehehe...betul tu..jodoh kalau tak dicari macam mana dia nak datang..hehehe :)

Regards,
-Strider-

TuN TeJa said...

usaha tangga kejayaan...insyallah..

Mr PenyuBiru said...

betul tu..org yg cakap jodoh dtg sendiri tu adalah org yg berputus masa. usaha tangga kejayaan.

Telekung Najwa said...

Nk tau jugak apa usha mung Ubi?
Rindulah ke mung....bila nk mari rumah ni..

Ni, tlg proote GA aku deh..ming masuk le..boleh bg bakal org rumah sbg usha cari jodoh, ye tak?

Doakan aku ye Ubi

http://www.telekungnajwa.blogspot.com/2012/04/jom-join-1st-giveaway-fromtelekungnajwa.html

kueh bakar said...

yus,
aku selalu doakan...
kuatkan semangat yus..

teja.penyu.sis.
usaha lif kejayaan! haha

nana.azlan
datang jangan tak datang..

alien said...

jodoh mmg perlu dicari kan.
walau telah kecundang, tetap kuat semangat.
begitu kan..

whitelilies island said...

like this.. tp aku xtau nak carik jodoh katne.. kasik idea sket bley? :D