Followers

Sunday, April 29, 2012

songo : the untold legend sekolah aku


aku ada seorang kawan. kami panggil dia songo. aku kenal dia masa tingkatan satu. Di hostel,  dorm dia blok D, aku dorm blok A. Masa awal-awal, aku tidak kenal sangat songo budak selangor.Lagipun class aku dan dia tak sama.

Dia sangat berbakat dalam sukan.Gifted.Semua dia terer.

Bolasepak. Rugby. Olahraga. Ping Pong. Tenis. Bola Tampar. Juara Lompat tinggi. Juara 400 meter. Dia Olahragawan batch aku. Dan terer matematik. Tinggi and goodlooking. Ofkos , banyak surat cinta dan secret admirer dari sama batch, junior atau kakak-kakak senior.

Bila main bola petang-petang, form 1 hingga form 3,secara tradisinya, blok a + blok b akan lawan blok c + blok d. Dia seorang pemain bola yang baik.Juga keeper yang baik! Mempunyai larian kencang. tandukan terbang dan rembatan kaki kanan bahagian luar yang sangat padu. Biasanya budak-budak lain tak berani untuk blocking. Aku berani blok, kesian keeper aku kalau bola selaju itu tidak diblok. mahu bersara terus main keeper. bukan senang nak suruh orang main jadi penjaga gol.ramai orang mahu jadi penjaring gol. dia midfielder. aku midfielder. Jadi aku dan dia selalu bersaing sesama sendiri.

perbalahan dalam padang itu lah merapat kami kerana akhirnya kami teamates dalam skuad sekolah.

the laws made to be broken. Hahaha!

Kalau kau duduk asrama selama 5 tahun. Ada bermacam-macam kesalahan yang mungkin dibuat. Hisap rokok. Lompat pagar (beli makanan atau rokok kat kedai luar sekolah.menonton wayang). Buli budak. Mencuri(ini baik jangan). ponteng kelas. Pakaian tak ikut piawai. Rambut panjang. Dating. Macam-macam!

Tapi yang paling susah dan paling berisiko adalah 'masuk ke dalam hostel girl'. Once dibaham-tagat / ditangkap - tiada denda melainkan buang sekolah.

'Masuk ke dalam hostel girl' ada dua kategori . Pertama masuk ketika cuti sekolah. Mostly ketika ramai balik kampung. Dan kedua, masuk ketika waktu biasa. the most danger. the highest risk. the beautiful one!

dia boleh berdiri atas meter paip dan melompat pegang koridor aspuri. dia naik dan tarik tangan aku naik.

bila masuk dengan songo. rasa selamat. dia sangat kool. dada yang berdebar-debar. peluh yang keluar ketika malam dingin tambah dengan angin dari pantai hilang beransur-ansur. Yang tinggal keindahan dan keasyikan. hahaha!

dengan songo kau boleh request baju budak mana yang ko nak. atau pakaian dalam siapa kau nak. woha!

He's the legend who never been cought. sekarang dah baik. jadik pegawai kerajaan yang ohsem.




ps-“A guy and a girl can be just friends, but at one point or another, they will fall for each other...Maybe temporarily, maybe at the wrong time, maybe too late, or maybe forever”


Friday, April 20, 2012

demi

ada kala
hidup ini dan kehidupan ini
bukan hanya demi aku
bukan hanya demi kamu
bukan hanya demi kita

ada kala
hidup ini dan kehidupan ini
adalah demi dia
adalah demi mereka

namun
demi-demi itu
mesti ada demi Tuhan

jika itu..
hidup ini dan kehidupan ini
pasti lebih tenang
pasti lebih aman

Wednesday, April 18, 2012

perempuan

230 pagi semalam tengok bola kat mamak. team pilihan aku, real kalah dengan 2 defensive errors.Last minit pulak tu! Sejujurnya nasib baik 'fizikal dan counter attack bayern' tidak dapat lebih banyak gol. bayern memang bahaya dengan serangan tepi ribery dan roben. real tidak dapat menghalang bola crossing masuk ke dalam kotak penalti. mujur tiada tambahan gol.

firstime tengok mourinho senyum ketika ketinggalan 0-1 semasa refferee suruh dia behave. he is a bad temper loser.

lepas 45 minit, rehat 15 minit. pergi seven e. belek-belek majalah-majalah perempuan. banyak betul majalah jenis wanita. nampak macam perempuan lebih suka membaca dan suka membeli. sambil belek-belek, aku terhenti pada satu muka surat. poem perempuan oleh zahari hasib(1947-2012). maka menaiplah aku, 'copy-paste' dalam henpon.

perempuan
matamu
kolam yang hening
menyimpan seribu berahi

nafasmu
hembusan angin
yang membawa rindu gelora

bibirmu
coretan puisi cinta
yang penuh permintaan

rambutmu
dedaun sutera halus
yang harum dan melambai

dadamu
alunan ombak
yang melempar rindu

perempuan
segala yang ada padamu
sebenarnya adalah pengorbanan
menjadikan aku seorang lelaki
yang paling merasa takut

-zahari hasib-

Monday, April 16, 2012

ptptn

sekarang isu hangat ptptn. macam-macam suara ada. baguslah. Dalam buku jingga, pembangkang tak ada kata nak hapuskan ptptn. cuma mahu mentiadakan faedah dalam bayar-balik. bagaimana boleh sampai pendidikan percuma ni tak tahulah!

adidas kata 'imposible is nothing'. nike kata 'just do it'...

bagi aku, pendidikan adalah pelaburan sebuah negara. Ia sangat penting untuk serba serbi-semuanya! Bila kau belajar tinggi percuma, selama 3 tahun atau 4 tahun. memang kau tidak membayar balik kos pembelajaran. tapi seumur hidup kau setelah kau kerja, ada bahagian kerajaan dalam duit gaji.

contoh rokok dunhill. dalam sekotak rokok dunhill, separuh wangnya kerajaan punya. (kita punya dunhill RM 10. Indonesia RM 5).

cukai api. cukai air.cukai kereta.cukai jalan. Dah bayar cukai jalan kena bayar tol pula. Oh ya, lupa. jalan dengan lebuhraya tu tak sama. cukai barangan dari hujung rambut sampai hujung kaki semua ada bahagian kerajaan.

logiknya semakin tinggi kau belajar semakin tinggi gaji kau, semakin 'bergaya' kau berbelanja, semakin banyak kerajaan dapat dari kau secara tidak langsung. tapi kalau kerja kau sebagai perdana menteri, kerajaan takkan dapat sesen pun dari kau. ha ha.

pendidikan tinggi percuma akan buat kita tidak menghargai pendidikan? aku rasa tidak. sama macam sekolah, sekali pun pelajar terengganu dapat netbook percuma, pmr tetap terbaik sepuluh tahun berturut-turut! Ada benda, 'harga itu' terletak pada orang bukan pada barang.

malaysia negara kaya aku rasa - masakan tidak kalau berderet billionaire malaysia dalam senarai terkaya asia.ada dua orang dalam senarai 100 terkaya dunia. walaupun rakyatnya tidak lebih 30 juta. walaupun 'menjual gula', robert kuok terkaya malaysia. malaysia jika ditadbir dengan baik mampu memberikan banyak faedah kepada warganya, apadehal dengan pendidikan percuma.

Dalam malaysia banyak tangan-tangan ghaib yang nak buat untung dalam pendidikan dan lain-lain. contohnya masa akhir 90an dulu, dewina syarikat anak-beranak abdullah badawi, dapat tender bekal makanan pada student upm. student upm mungkin 30 ribu orang. kau makan ke kau tak makan ke- makanan sedap ke atau tak sedap ke- mereka peduli apa. janji duit dah potong masuk dewina. belum masuk kupon bas lagi. semua kerajaan nak berniaga! brahim's juga, sekalipun MAS rugi berjuta-juta setahun tetap lah untung berjuta-juta untuk flight catering! gile.

ada lecturer,student 2000. wajib beli buku ori. buku tu dia yang tulis. kalau beli dapat a atau b paling kurang. kalau tak beli dapat c paling tinggi. aku beli buku dan tak pernah pergi exams dapat a. kartun! ha ha.

hutang itu wajib dibayar.tertunda ke syurga yang mati syahid jika ada hutang seposen.dan jika undi mampu 'membayar' hutang, mengapa tidak? he he.

ps-kadang orang purba lebih aman dan berkat hidupnya. tiada hutang rumah berinterest. tiada hutang kereta berinterest. tiada pinjaman kawin berinterest. tiada dosa berinterest. kita, hidup berhutang sepanjang usia!

pss- tapi serius ko yg bawak gambar najib dan khaled seperti itu, mahasiswa jijik!

psss- aku yang belum membayar hutang...

Thursday, April 5, 2012

biarlah jodoh datang sendiri...

ramai yang kata begini. biarlah jodoh datang sendiri..datang secara semulajadi. dulu dayang nur faizah cakap. baru-baru ni halim othman pula. ceh! artis juga contohnye.

aku ada kawan, botak. dia suka main game. macam-macam game. boleh tak tidor 2 hari main game. tidor satu hari. dan berulang-ulang rutin seperti itu. Dia tak ada awek. Dia pun malas nak ngejas-ngejas perempuan ni. diteka, dia antara bakal-bakal bujang terlajak jauh. motor pun kapcai je.

dia tidak tamat degree. juga tidak bekerja.cuma sekali sekala ada job design. dia terer dalam adobe elustrator. janji hidup ada game dan ada online. pernah juga tegar main game DOTA (Dunia Orang Tiada Awek). memang sah bakal bujang terlajak. sedekad juga dia sebagai gamer sejati ni..

tiba-tiba, dia nak dipadankan. famili arrangement. dan kini telah berkahwin dengan seorang guru dan hampir menjadi bapa..

'dulu bini aku pun taknak kat aku...tapi ayat mesti power. usaha mesti ada. jodoh memang Allah tentukan. tapi ia tak datang sendiri..jodoh tak datang sendiri'. - botak-

mengatakan 'biarlah jodoh datang sendiri.. ' samalah menguyah makanan tanpa menelan dan kata 'biarlah kenyang datang sendiri..'

jodoh kena cari
jodoh kena usaha
jodoh kena fight
jodoh kena kata 'ya'
paling tidak pun jodoh kena tidak berkata apa-apa
kalau kata sepatah 'no' pun...
jodoh tiada
its will never happen.

ps-botak selamat menjadi bapak! begitu juga dengan kedua adiks aku. selamat mendapat anak kedua masing-masing.

kuching-serian-sri aman


"Saya gemar mengembara, dunia ini ada 196 negara, dan sempadan dunia saya tidak berakhir di Siam. Saya mempunyai kebebasan untuk mengembara dan menceritakannya kepada sesiapa sahaja." malique too phat

aku suka jalan-jalan. belum tercapai lagi jalan-jalan satu dunia. sekarang jalan-jalan satu malaysia. jalan-jalan boleh memberi makna baru dalam banyak benda. travelling-sebuah kesesatan yang mengasyikkan..

ini kali ke-4 aku pergi sarawak. ada 3 chek point. kuching - rumah seorang askar, melayu sarawak, zainal. serian - rumah seorang cikgu terengganu yang telah berkahwin, zali. Sri aman - rumah seorang iban yang telah Islam, ponet.

Kuching aku bermalam di kg. bako, kg di atas air. bila tengok peta sarawak betul-betul, memang betul ia sebuah pulau yang besar. tidak bercantum dengan daratan. Tandasnya cangkung, cuma tersengih sedikit aku sebab mangkuk plastik tandas dia berwarna oren seperti lampu. Ia warna ditimbulkan oleh cahaya matahari di luar sana. Kalau semenanjung, mangkuknya di dalam tanah.

Ini kampung nelayan. Sarawak kerang sangat mahal dan sukar didapati. banyak jenis-jenis ikan yang jarang aku tengok. warna pun macam-macam. lobster sangat murah, RM 30 sekilo. dapatlah merasa lobster kali pertama. tapi aku lebih suka udang yang sebesar ibu jari tangan..memandangkan kawan aku ni baru transfer dari semenanjung walaupun dia orang kg bako, tidak banyaklah tempat makan yang sedap-sedap yang dia tahu di kuching..main singgah dan makan jer. mostly boleh makan jer. tak ada yang betol-betol kick teringat..

hari ketiga aku ke serian. kawasan majoriti bidayuh. kerana berambut botak seganlah untuk ke salun awek bidayuh walaupun diajak cikgu. ha ha ha. salon-salon di sini meriah dan murah. sampai tahi telinga pun dia korek. salon di sini selain mengurut rambut dan kepala, juga mengurut tangan!

cikgu ini dah 8 tahun menetap di serian. permohonan balik terengganu masih 'tidak diluluskan'. terengganu tiada kekosongan. isterinya seorang johor, juga seorang cikgu.

malam bermain futsal. dapatlah 3 team, dalam 15 orang. ada 10 orang kelantan..budu cap ketereh tu boleh nampak la di kedai makan. malam esoknya ada usrah di sebuah rumah ustaz sekolah, cikgu ajak aku,maka terpergi la aku. ada dalam 25 orang. mostly orang kelantan..

keesokannya aku pinjam kelisa cikgu dan drive tuju ke sri aman. tempat majoriti iban. sri aman orang kata bandar mati sebab tiada sambungan ke tempat lain. sebelum sampai pekan sri aman, ada simpang ke kanan menuju ke sibu, ke bintulu..

jalan serian-sri aman okey, lubang tak ada, cuma bumping. dengan spek ray ban techno polaris pinjam, mata redup. cuma sedikit terganggu sebab pokok-pokok yang kena cahaya menjadi warna merah dan biru. macam filem avatar.mujurlah juga, tiada banyak lori.

ambil kawan aku iban,dia pakai jersi the red warrior. bodoh punya iban.ha ha ha.. ambil di rumah panjang kg pok ai, melugu dan bawa dia ke sri aman. makan roti canai di kedai orang kelantan. ada juga botol budu cap ketereh. Rokok seludup dijual secara terang-terangan di sini, di gerai kaki lima, siap susun dalam rak cermin! Ada restoran gantung angsa panggang dekat bidai restoran! ada juga iban mabuk di siang hari..

sri aman ada satu pesta yang tersohor. pesta benak. benak ini sejenis ombak besar sungai yang muncul pada tarikh-tarikh tertentu. ia kejadian alam yang semulajadi. aku rasa di malaysia satu je kejadiannya. kawan aku kata, siap ada mat saleh main surf board macam kat hawai. Apa nak buat, aku datang awal 2 minggu..

esoknya. cikgu dan askar hantar aku kat airport. dalam kapalterbang ribut. terpaksalah pilot naik lagi tinggi. nampak kilat di bawah..biasanya lihat kilat di atas..subhanallah.

ps- orang kelantan ada di mana-mana. bundle juga semakin mahal kerana orang2 ini! ahaks.
pss- orang cina menguasai sepenuhnya perniagaan di sarawak termasuklah kedai-kedai makan. mereka taukeh kedai. jual air. melayu/ bumiputra menyewa booth mkanan..
psss-next stop ; keningau, cikgu orang kelantan.