Followers

Saturday, May 21, 2011

ahmad

terkedu sekejap bila dengar lagu ni kat radio..ahmad nyanyian arrora.sape arrora? entah ler.terlalu banyak penyanyi baru.terlalu banyak canel radio.terlalu banyak program realiti..lagu berkumandang silih berganti hingga aku tak tahu siapa penyanyi..layan..

Hai Ahmad....
Ahmad..Ahmad...

Pertama kali si aku malu-malu,
Saat ku dekat ku ragu-ragu
Mungkinkah dia suka padaku
Ah Ah Ahmad...

Ternyata tanpa ku duga-duga,
Aku terima salam darinya
Bergetar saatku membalasnya,
Ah Ah Ahmad...

Dialah idola,
Dialah superstar,
Mampu menggetarkan ranah jiwa

Dia yg ku nanti,
Selalu terpuji,
Ingin ku dekat, selalu ku dekat..

Ahmad...
Kau selalu dihatiku
Ahmad...
Luluhkan keangkuhanku,
Ahmad...
Ingin aku cepat-cepat,
Bercinta dengan lelaki paling hebat..

Ahmad...
Peribadinya sederhana,
Ahmad...
Tiada banyak bicara,
Ahmad...
Ku tak mahu lama-lama,
Mendekat kepadaku dengan segera..

Ah Ah Ahmad....
Ah Ah Ahmad....
Ah Ah Ahmad....
Ah Ah Ahmad....

sejak zaman kaset.aku memang tertunggu-tunggu siapakah gerangan perempuan yang akan menyanyikan lagu 'nama lelaki' yg okey..Yang telah tercipta isabella. rashidah.zakiah.tiara.juwita.saleha.rozanna.lizawati.siti.jasnita.nur nilam sari.syakila.sofea jane dan banyak lagi adalah nama perempuan.mungkin lelaki lebih hebat dalam mencipta lagu-jadi otomatiknya lelaki akan memuja perempuan. takkan mahu cipta lagu lelaki pulak kan.kan orang kata gay pule. ha ha ha.

dalam banyak2 lagu perempuan, arwah mak aku paling suka lagu laila namamu teratas. sehingga dia suruh aku beli kaset tak ori tapi ok yg ada lagu tu kat stesen bas KT.aku terkaku.kaget..tak pernah2 arwah mak aku beli kaset walau kat umah ada player.itulah 1st time dan last time..

aku rasa aku paling suka lagu isabella.masa 80's semua indo pun tau lagu ni!evergreen and masterpiece..dan lagu zakiah nyanyian roomate aku, ajai,dengan gitar kapoknya semasa belajar kat matriks dulu.sungguh aku suka dia nyanyi dari sweet charity. serius!

lagu ahmad ni aku tujukan kepada ahmad said! he he he. kejelah kuat lagi.

ps- minggu depan konsert DT terakhir.ohh!

6 comments:

sindiketsulit said...

kakros dah selalu dengar lagu Ahmad ni kat Muzik FM.

mula2 memang mcm pelik. Ahmad pun boleh jadi lagu? tapi suara dia sedap.

Dan dia adalah rakyat Malaysia yang bekerja sebagai anggota polis berpangkat kopral!

tu info yg akak dgr kat Muzik FM. sila percaya!

anumuchan said...

suke jugak lagu laila namamu teratas tu..huhu

Anonymous said...

tak pernah dngar lak lagu ahmad ni --> nama housemate aku. haha

kueh bakar said...

kakwos..
sape polis tu?arrora ke ahmad?

pray for japn
starting lagu tu touchable..
mungkin masa tu arwah mak aku teringat x dia..nama dia pernah teratas...

kapten.
ahmad ramai kan? jadik memang tajuk yang bagus-bijak. pasti evergreen sebab ahmad sangat ramai..

misz aisya said...

pernah dgr lagu ni kat radio era.

mula2 dgr, erkk mcm gedik je pompuan ni nyanyi lagu tuk laki..haha

annur said...

Sedap juga lagu ni..
Selalu lagu nama perempuan je.. kelainan yg menarik.

First time dengar tergelak coz macam menujukan lagu kepada bos di ofis..