Followers

Friday, February 11, 2011

balik kampung 1







lama tak balik kg lama-lama...biasanya balik kejap-kejap saja..kali ni hampir sebulan aku balik..bila jalan-jalan di bandar KT mata aku terpandang parking bertingkat..berharga RM 9 Juta..yang baru siap..

ia dibuat untuk mengurangkan kesesakan untuk jangka masa pendek di jalan berdekatan..pada aku buat parking seperti itu bagus..dan kalau secara matematiknya RM 2.50 sejam pertama dan RM 1.00 sejam berikutnya berpatutan dan sama harga dengan parking sebelum adanya parking bertingkat..cuma kalo boleh biarlah ada orang terangkan selama mana pendapatan dari hasil parking ni boleh balik modal 9 juta..kalau setahun dua gemilang-cemerlang-terbilang...kalo 10 tahun...dan jalan bertambah-tambah jem??? --> rugi buleh.jem pun buleh.

terengganu memang sudah jem dan banyak kenderaan dan akan bertambah banyak...parking bertingkat ni takkan selesaikan masalah jem...ia bagus tapi jumlah lot parking yang bertingkat masih tak cukup untuk menyelesaikan masalah kesesakkan..

kalau aku MB (he he he)..aku akan cari punca kenapa jalan tu sesak teruk..dan jawapan aku yang sekali imbas ni sebab banyaknya bank di kawasan sekitar - Maybank.cimb.eon bank.mbsb.ambank.publicbank.agrobank.bsn dan lain-lain bank. PENDEK KATA ia pusat banks..-sebab tu perompak takut nak rompak bank, takut bila rompak maybank..kena tembak dengan pakgad cimb..keh keh-

dan untuk pengetahuan semua, bank2 ini tiada cawangan dalam radius 20km-40km kecuali BSN (org kata bank budak2 sekolah)..sebab itulah JEM! sebab bank tiada cawangan!ia hanya ada di kuala terengganu..tiada di pekan batu enam.tiada di marang.tiada di bukit payung.gongbadak(bank rakyat ada)..setiu...MALU.

contohnya serdang/serikembangan - ada ambank.maybank.public.bsn.hongleong.rhb.cimb...tak jauh di bangi ada lagi bank..tak jauh kat pekan kajang ada lagi bank...

contoh lain di alorgajah, melaka - ada maybank.cimb.bsn - 10km masjid tanah ada bsn.cimb.maybank.bank islam.bank rakyat..cheng-ada maybank.cimb - 5kilometer, Malim ada cimb.bsn.mybank.public...ni belum lagi cdm dan atm di petronas, lain-lain pam minyak dan 7e..

nilai, N9- cimb.mybak.bsn.hongleong.bankrakyat.ambank. pekan koboi mantin, N9 -Bsn.maybank.ambank.

tak payah lah aku hurai sapa yang pergi bank atau sebab apa dia pegi bank....
jadik kalo aku MB aku akan suruh bank2 ni dengan kadar segera buat cawangan..pasti masih untung dan buat kerja sosial- kurangkan jem dengan drastik di kawasan tersebut..

kerajaan negeri boleh wujudkan tempat baru yang mesra peniaga dengan tumbuhnya cawangan bank baru...modal bank tu sendiri la yang keluarkan..aku sebagai MB dah jimatkan 9JUTA..berjaya kurangkan JEM..buka peluang pekerjaan baru di tempat bank2 baru..menaikkan harga tanah di kawasan baru..

tapi TERENGGANU memang kurang shoplots..ia menyedihkan..huhuhu.kalo di melaka ko nak cari 2000 shoplots kosong sangat senang...dari satu segi, banyak sangat kosong pun takde guna tapi sebab tu melaka negeri kecik tapi kaya sebab boleh kutip cukai.. bank tetap mewah ,masuk bulan2 org bayar pinjaman...

ps-bercakap senang hehehe.tapi betolkan apa yang aku cakap...

Saturday, February 5, 2011

kenapa org suka citer hantu?



sekarang ramai orang mahu buat filem hantu.bikin citer hantu - citer yang menakutkan orang adalah lebih senang dari buat citer lawak atau citer sedih.

situasi dalam wayang.jum kite bum bum beng!

"takutlah tgk citer ni bang" mira suci
"takpe abang ade..pegang abang kalo takut" abang negro

"eeiiiii!!!!!!!" mira suci
"takpe peluk abang"
"takpe org tak nampak gelap"
"abang pun gelap ni..nampak gigi je..he he he"
"eihh lucu la abang ni.." mira suci

kepala lentuk bersama.
tangan bergenggaman.

cokekkk!!! si negro mencucuk jari ke perut mira.
"abg eminem!! jangan laa..tekejut mira.."
"geli tauuu!"

bila hantu muncul...banyak kali si mira tutup mata.
bila sound ngeri...banyak kali si mira tutup telinga.

hinggalah wayang tamat.

*****************************************************

kring! kring! tepon mira berbunyi.

"helo mira..ko tgk citer hantu polong beribu pontianak berbapa pocong, best tak? jalan citer camner?" kawan mira

"helo..entah aku tak tahu..tapi serammlahh...takut amat..aku tutup mata hampir 1 jam!!! seraaaaaammmm!" mira

"eiii besttnyaaa..nak tgklahhh" kawan mira.

*****************************************************

dalam perjalanan pulang naik kereta

"mira nak tgk lagi tak citer tadi? abang tgkkk bestttt saangattt citer tadi..kita tengok midnight laa pulak baru takut impak maksima!"

"nak..nak...5 kali tengok pun tak pe!"

abang negro senyum sumbing.

mira suka apa yang dia rasa.negro suka apa yang dia dapat.

*****************************************************


1. Ngangkung
MIG PRODUCTION SDN.BHD. 8.18juta 2011

2. Hantu Kak Limah Balik Rumah
TAYANGAN UNGGUL SDN. BHD. 8.12 2011

3. Adnan Sempit
MIG PRODUCTION SDN.BHD. 7.66 2010

4. Lagi-lagi Senario
GRAND BRILLIANCE SDN.BHD 6.33 2001

5. Geng : Pengembaraan Bermula
LES' COPAQUE PRODUCTION SDN.BHD. 6.20 2009

6. Sembilu 2
SKOP PRODUCTION SDN. BHD. 6.10 1995

7. Jangan Pandang Belakang Congkak
MIG PRODUCTION SDN.BHD. 6.09 2009

8. Jangan Pandang Belakang
MIG PRODUCTION SDN.BHD. 5.78 2007

9. KL Drift 2
SKOP PRODUCTION SDN. BHD. 5.67 2010

10. Khurafat
SKOP PRODUCTION SDN. BHD. (masih tayang)5.33 2011

****************************************************************8

aku tidak suka tgk citer hantu.sebab aku selalu travel / drive malam2...kalau kurang tgk citer hantu maka kuranglah imaginasi tentang hantu...imiginasi dan perasaan pabila pandu malam sangatlah tidak sihat...aku tak pernah jumpa hantu dan biarlah ia begitu..filem KARAK pula akan ditayangkan.haiyo!