Followers

Thursday, August 27, 2009

oder ler





oder ler (sini oder http://konotasi.blogspot.com)
jgn tak oder...jgn tgk 19 hingget..tgklah RM 1 tu.ahaks..selamat membeli. kenang-kenangan
dan semoga anda juga ada dalam PELAKAR jilid 2..

(kalo dapat jual 50ribu buku...dapat komisen RM 1...ehem2..boleh pegi haji! ha ! ha ! ha! kawinn!! haa! haa! haa! ) BELILAH ! BELILAH!


notakaki : jatt idea rekaan aku dah mari...mau masuk kontest..

Monday, August 24, 2009

selamat berpuasa


bulan ramadhan datang lagi..selamat berpose dan bersahur...di bulan baik ni aku nak mintak maap lah pada semua blogger yang aku kenal dan yang aku tak kenal kalo aku ada wat silap dengan blogger seme...yolah takut apa yang ditulis menyakitkan hati...ampunkan aku...untuk fair-square dose penulisan korang pada aku dah aku maafkan...la la la...

dan lelaki kalo pi pasar ramadhan yang sesak jaga mata..he he he..puasa yg gemok buleh kurus kering di saat2 akhir...yg pompuan pi pasar jangan pakai seksi2...bau wangi2...amoi yg tak puasa pun kena pakai sopan ler kalo nak beli kuehs....kesian kami lelaki...

masa aku kecik dulu hyperaktif...walaupun puase boleh jerk main bola...balik rumah bukak peti terus teguk air...lupe! lupe yg aku tengah berpuasa...bagitau kat mak...mak kata tak apa...lupa tak apa...rezeki...Allah yang bagi...ada laa 2 - 3 kali dalam tahun yg berlainan aku lupa...tapi lepas teguk air ingatlah balik...kan best kalo lupa then tibai tembikai ker dalam peti ais..roti gardenia ker sapu jem...keh keh keh..

tapi ada jugak kes...bukak peti...bukak penutup botol...tetiba lak teringat aku puasa...ohhh..dugaan...tekak memang dahaga kering...tengok jerk laa air meleleh kesejukan kat botol air tu....tutup penutup...tutup peti ais....@^#^&!%#&#!!!

masa sahur susah btol nak bangun...tgk citer upin ipin teringat zaman kecik2 dulu...bestnya tido....kalo kat kg aku, trg...kitorang waktu imsak akan dgr bunyi meriam yang diletupkan...BOOM!!! sekali bunyi tandanya 10 menet lagik nak abis waktu imsak...BOOMM!! BOOMMM!!! dua kali tandanya waktu imsak dah abiss... sekarang tak tau ler ada lagik ker tak bunyi meriam tu...

bila dah biasa bangun sahor kadang terbangun sendirik...pegi dapur tgk mak tengah kemas meja...eh nape mak? makanlah....belom makan dah kemas...mak cakap..."kesian tgk ko terbangun...waktu sahor dah abiss...mak tak terkejut...meh tolong mak kemas..." huhuhu...tengok lauk..tanpa boleh makan dikala sangat mahu makan cukup sayu...aku terduduk di kerusi makan...tgk jek mak kemas...bapak takde...dalam bilik...mungkin bapak dah 'kenyang'...mungkin malam tu malam jumaat...itu yang mak tak terbangun tu...aku tak ter-recall...mungkinlah itu malam jumaat...ngeh ngeh ngeh...

masa duk hostel...sahurnya ikut loceng...kringgggg!!!!! sahur pukul 3 pagi...awal sangat...lepas minum supper...tanya pakcik dewan makan...lauk apa...kalo ayam woha! kalo ikan jaket atau ikan cencaru..tak woha laaa...kalo ketuk meja macam batu jerk ikan jaket tu...ikan jaket menu paling tak best masa aku budak hostel dulu....

oh kenangan..pikir-pikir dan selamat beramal...

Monday, August 17, 2009

Nur Kasih

sedutan episod bape entah.. aku pun tak hengat..drama ni ada kick walau slow... aku boleh layan seme citer dari seburuk-buruk citer melayu, sebelit-belit citer tamil, setacing-tacing citer korea..hinggalah seganas-ganas citer omputeh...layan...nurkasih-shot gambar dia memang cantik..kabir memang gifted sama seperti isteri kabir penulis skripnya... mungkin drama ni nampak islamik tapi sgt tidak islamik...layan utiub..

tidak senyum.kawin paksa mana bleh senyum! ha ha ha.

adam dipaksa kawin dengan nur amina oleh ustaz hassan bapa adam..nur amina memang mahu kawin dengan adam(seniornya di sekolah)..dia memang adam secret admirer...adam student di australia adalah seorang yang 'western' walaupun anak kepada ustaz..iyelah iman mana boleh di warisi...

nur amina tahu adam tidak sukakannya tapi berharap masa akan merubahnya...dia reda apa yang akan berlaku...adam tidak suka amina kerana dia sedang jiwang chentan dengan katrina..awek getah dia di sydney...amina tidak tahu itu...

malam pertama..

nur amina masuk ke bilik pengantin...takut tapi hatinya berbunga..orang yang dia suka sejak sekian lama...yg dia minat sekian lama adalah sominya kini...namun debaran tetap meninggi...

"assamualaikum bang.."
"abang? haha.." adam ketawa buat amina tersentak
"apsal kau terima pinangan famili aku? kau dah tau aku tak suka kawin dengan kau kan...aku takde pilihan...tapi kau ada kan...nape ko tak tolak?" adam bercakap separuh berbisik...takut mak bapak dia dengar...

amina tunduk...dia terkejut kena 'serang' begitu...

" kau gatal nak berkawin yea..miang sangat yea..."

mata dah berkace...dia tak sangka...dia mula sedih...menunduk...adam mengangkat dagu amina...dia cabut topi princess di kepala amina...

"pusing belakang..." adam menyuruh..amina menurut...

amina pusing...adam membuka zip baju pengantin dari belakang...dada amina berdebar kencang...bulu roma meremang...adam menutup lampu bilik...aidil, abang adam yang berada di laman rumah tgk bilik pengantin sudah tutup lampu...hatinya pilu sambil mengelap vespa yang sudah berkali-kali dilap...maklumlah walaupun dia suarakan untuk menikahi amina tapi ayahnya pinangkan amina untuk adam...

" bukak ni..."adam suruh amina bukak baju dalam..
amina menurut...

"bukak ni..." adam suruh bukak kain...
amina menurut...

"bukak ni..."adam suruh bukak itu..
amina juga menurut...adam menarik amina ke katil...adam bangun dan membuka lampu...amina terkejut...tersentak...

"kau ingat aku akan suka kau..akan jatuh cinta dengan kau...akan sayang kau..akan sentuh kau..akan tido dengan kau...maaf..aku takkan...ko bukan taste aku..u are not my taste..." adam menolak jarinya ke dahi amina...adam memalingkan mukanye...mencampakkan sampinnya ke almari baju...

nur amina sangat terkejut...air mata mengalir keluar...dia menarik cadar...menangis teresak-esak...tutup mulutnya dengan kain...dia mengutip satu persatu bajunya....

adam puas..dia bentang toto di tepi katil dan tido....amina mengalami malam paling panjang dalam hidupnya...berteman air mata sepanjang malam...malam pertama yang tidak pernah disangkanya...tidak sama sekali...

tamat episod..hahaha..aku rasa nanti adam akan jumpa balik lukisan-lukisan yang dia autograf dulu untuk juniornya amina...lukisan yang akan dia tahu amina minat dia sekian lama...bahwa dia chenta pertama nur amina...

Wednesday, August 12, 2009

Bolehkah Lelaki Dan Perempuan menjadi “kawan”? Hanya kawan?


Lelaki,jejaka, teruna, apapun gelarannya maknanya tetap sama. Ada antara mereka sesuai dijadikan kawan. Saya panggil mereka jenis sahabat. Mereka membeli belah, bergosip dan menonton wayang dengan anda. Apabila kita bercakap tentang teman lelaki kita kepada mereka, mereka akan mendengar dan memberi komen. Saya pasti anda memiliki kawan lelaki sebegitu.

Memang ‘cool’ memiliki lelaki sebagai sahabat baik kerana mereka mempunyai perspektif yang berbeza dalam apa jua perkara. Bukanlah kawan perempuan itu tidak ‘cool’- jangan salah tafsir. Cuma lelaki selalunya rasional dan melihat sesuatu daripada sudut yang berbeza. Bagus kan kalau kita dapat lihat sesuatu dari kedua-dua arah, betul tak? Tambahan pula, ianya logik untuk mendapatkan nasihat tentang lelaki daripada lelaki. Ianya kadang kala menarik.

Jika mereka sangat ‘cool’ dan memahami, jadi bagaimana pula dia hanya boleh digelar kawan? Dia juga bukan gay. Hahaha, ini agak rumit juga. Ada sesetengah lelaki yang tidak menarik minat kita ke arah itu. Tidak ada chemistry, tidak ada perasaan seperti ada rama-rama dalam perut setiap kali bertemunya. Tidak ada tarikan seksual. Kelakar, tetapi saya sendiri tidak dapat menjelaskannya.

Waktu ini, datang pula lelaki yang memberikan anda perasaan-perasaan itu. Ciri-ciri seorang teman lelaki. Bagaimana anda boleh tahu? Saya selalu percayakan kata hati wanita. Ianya sangat kuat, jadi gunakannya! Ini adalah lelaki yang akan membuatkan anda sanggup melakukan apa sahaja. Dia akan membuatkan anda rasa istimewa kerana wujudnya hubungan yang tidak mampu dijelaskan antara anda dan dia. Itulah cinta.

Itulah perbezaan besar antara kawan lelaki dan teman lelaki, teman lelaki boleh membuatkan anda berasa cemburu tanpa alasan kukuh. Melihat dia menjeling perempuan lain sudah cukup untuk menaikkan kemarahan anda, tetapi jika kawan lelaki melakukan perkara yang saya, anda tentunya akan memberikan sokongan penuh.

Ada satu lagi jenis, saya gelarkannya The Façade- anda berdua hanyalah kawan biasa tetapi jauh di dalam hati tersembunyi rasa “gila” terhadapnya tetapi tidak ada keberanian untuk berterus terang. Ini adalah kategori yang sukar. Mengaku dan berhadapan dengan risiko kehilangan kawan? Sembunyikan perasaan dan bersedia untuk patah hati setiap kali dia berbicara tentang gadis kesukaannya? Kedua-duanya akan membuatkan anda buntu.

Jika anda jenis yang berani, saya cadangkan anda mengaku sahaja. Sekurang-kurangnya anda akan merasa lega apabila mengetahui apa yang anda patut tahu. Sekarang terpulang pada pertimbangannya. Sekiranya dia tidak mempunyai perasaan yang sama dengan anda, sekurang-kurangnya anda tahu. Jika itu berlaku, saya cadangkan anda teruskan hidup selepas sesi pengakuan yang telah membuatkan anda rasa janggal. Pandang ke hadapan, jadilah gadis yang kuat dan teruskan hidup. Sebaliknya bagi saya, secara peribadinya saya akan menolak pilihan ini.

Jadi, jenis lelaki manakah yang ada dalam hidup anda? Sahabat? Teman lelaki? Atau the façade? Agak sukar untuk mengkategorikan mereka kerana ada antara mereka adalah campuran daripada ciri-ciri itu, menghasilkan hybrid yang tidak dapat ditafsirkan. Tetapi satu perkara, sudah tentu hubungan kita dan interaksi dengan lelaki itu sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Siapa dan jenis hubungan apa persahabatan itu bergantung kepada anda untuk membentuknya bersama mereka- selagi anda tahu dimana anda mahu mula meletakkan garisan.

kopipes 3r.com hah?? kueh baca majalah pompuan? he he he..di situ banyak rahsia mereka..mereka kan suke buke rahsia..wakakakaka...

layan..