Followers

Wednesday, January 1, 2014

TURUN! TURUN!


Semalam aku turun Dataran Merdeka. Sorang-sorang. Last sekali pergi demo ni masa awal-awal detik reformasi dulu dan setiap hujung minggu pergi rumah Anwar bertahun-tahun kat Damansara hinggalah dia keluar penjara. Ianya ceramah mini dan doa selamat. 

Semalam, ia hanyalah 'tunjuk muka'. Jerit sikit-sikit. Bukan senang nak jerit-jerit kecuali dalam stadium dan acara-acara macam ni la. Ia sebagai tanda aku tidak bersetuju dengan semua kenaikan. Sebagai fotostatman, aku juga terasa. Kedai yang tiada tingkap dan ada aircond 4hp, mesin-mesin fotostat yang menggunakan letrik, tentulah akan terasa dengan kenaikan 15 percent. Tanpa letrik kedai aku tidak berfungsi.

Barang-barang yang aku guna - Paper, combs binding, cloth tape, Pvc cover dan lain-lain yang berkaitan, semuanya telah diinformkan pembekal akan naik harga. Jadi akan tunggu dan lihat - buat semakan mana yang boleh maintain harga, aku maintain. Yang tak boleh atau terpaksa naik akan kena naik.

Aku faham dan mengerti. Kalau dulu siapa pun tak percaya air kosong boleh dibotol dan dijual seringgit. Daun pisang pun orang tak jual - Tuan tanah, tuan kebun bagi free - sekarang seikat 2RM. Semuanya akan punya harga dan harga akan meningkat. Tapi soalnya bukan kenaikan - soal yang sebenarnya, negara yang kita cintai ini tidak diuruskan dengan betul. Sebab tu kenaikan itu mendadak - tinggi - semua naik!

Macam tol - tahukah? Setiap bulan, Plat No kenderaan Kuala Lumpur sahaja bertukar 1-9999 sebanyak 2 kali. plat No Selangor 1-9999 sekali sebulan bertukar. 30 ribu kenderaan baru setiap bulan di Lembah Klang. Keuntungan tol bertambah setiap hari. Grafnya mencanak-canak. tapi masih nak naik Tol?! Macam babi.

Itu belum lagi JPJ, Polis trafik, DBKL, SPAD, MIROS, JKJR, PEMANDU, Unit perancang bandar - Jalan semua dah penuh. Parking dah tak ada. Jalan Berlubang. Agensi banyak tapi hasil macam jahanam. Orang yang tidak duduk di Kuala Lumpur mungkin tidak faham. Dan tidak pernah rasa.

Berbanding negara ASEAN lain - Sini semua orang nak masuk. Indonesia, Bangladesh, Nepal, Siam, Myammar, Kampucea, Vietnam, India, China,. Uzbekistan, Iran, Arabs, Europe, Africa. Tapi kemakmuran ekonomi tidak dapat dirasai. Keperitan banyaklah!  

Umno bukanlah kerajaan yang tidak berjasa dan tidak bijak, jika tidak bijak,  Kuala Lumpur dan Malaysia bukanlah seperti hari ini. Tapi Umno juga sebuah benda dalam dunia yang sementara, semua benda mati, dan umno mungkin mengalami masa-masa nyanyuk. Sekarang terpulang padanya untuk berubah dan terus bertahan. Atau tidak berubah dan menunggu kekalahan.

Sebab masa dah habis. Orang dah bosan!!!

"Loyalty to the country always. Loyalty to the government when it deserves it."  -Mark Twain-


2 comments:

Kniedaz said...

kena gertak sikit nak tengok apa feedbacknya..

kueh bakar said...


kniedaz
iyolah. kadang kena marah sikit baru gomen respon baik..