Followers

Tuesday, January 7, 2014

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck




Aku pernah membaca buku ni masa aku sekolah rendah, tahun 80an. Arwah mak seorang guru, ku kira karya hebat Hamka ini adalah mungkin buku wajib baca oleh siswa Maktab Guru. Setelah lebih dua dekad, akhirnya bumi Indonesia menerbitkan filemnya, filem termahal produksi Sunil Soraya.

Novel klasik 1930an ini tidaklah tebal seperti novel-novel hari ini, tapi ianya sangat padat dan menghanyutkan kita dek kekuatan cinta yang terjalin antara dua manusia, Zainudin dan Hayati. Ku kira, kerana Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck nama Zainudin dan Hayati tidak asing bagi nusantara.

Ceritanya mengisahkan Pendekar Sutan, seorang Minang dihukum buang daerah ke tanah Bugis dan akhirnya bertemu dengan awek  tempatan, Habibah dan menikahinya. Maka lahirlah Zainudin. Ibu Zainudin,  meninggal semasa dia masih kecil dan ayahnya pula meninggal ketika dia remaja.

Kerana mahu tahu asal-usul dan susur galur keturunannya, dia kembali ke Minang Kabau. Tapi dia tidak diterima dengan baik oleh masyarakat kerana emaknya seorang Bugis. Namun, disebalik kebencian masyarakat padanya, ada seorang gadis yang cantik mengasihaninya. Mereka berbalas surat.

Bait-bait dalam surat akhirnya berjangkit menjadi cinta. Dua hati menjadi satu. Tapi apabila keluarga Hayati yang kaya itu tahu - Anak mereka menyintai Zainudin, mereka menentang dengan keras. Dan Zainudin terpaksa berpindah ke tempat yang jauh sedikit untuk meredakan keadaan. Semasa Zainudin dalam perjalanan berangkat mahu pindah, mereka berjumpa . "Mas Jai. I love u. Aku tunggumu selamanya. Jangan lupa tulis surat yea ".

Satu masa, Hayati datang ke kampung Zainudin untuk pertemuan mereka dan menginap di rumah kawannya, Tijah. Dan Tijah punya abang, Aziz - hensem, kaya, bergaya dan seorang Minang tulen! Dan Aziz juga jatuh cinta pandang pertama dengan Hayati sekali pun dia tahu Hayati telah punya buah hati.

Dipendekkan cerita, Aziz berjaya menikahi Hayati.

Zainudin yang telah mendapat surat dari Hayati "..Jai ampunkan aku. Lupakan aku.." Akhirnya membawa diri ke Kota. Dia menjadi seorang penulis. Dia menulis tentang 'seorang Zainudin'.dan tulisan-tulisan dia mendapat sambutan best seller. Dia berjaya sebagai seorang penulis.

Hayati dan Aziz juga berada di Kota yang sama kerana tuntutan kerja Aziz. Mereka, Aziz, Hayati dan Zainudin kembali berkawan di Kota tapi keadaan sudah terbalik, Aziz miskin dan Zainudin berjaya. Aziz sebenarnya, adalah kaki perempuan. Rumah tangga porak peranda. Kerjaya musnah dan Aziz akhirnya membunuh diri. Dia ada menulis surat pada Zainudin, supaya Zainudin kembali kepada Hayati sebab dia tahu cinta Hayati pada Zainudin tak pernah padam. Dan Hayati juga mengharapkan Zainudin masih sudi.

Zainudin masih sayang Hayati tapi ego melangit. Tetiba sakit hati ayat "Aku tunggumu selamanya" itu kembali. Padan Muka kau Hayati. Dia suruh Hayati balik ke kampung. Dia bagi tambang.

Setelah Hayati bertolak - Hati Zainudin lebih sakit. Mulut boleh menipu tapi, tidak hati. Dia membuat keputusan - akan kembali ke Minang dan melamar Hayati. 

Breaking news! Kapal yang dinaiki Hayati.tenggelam. Zainudin bergegas mencari mangsa kapal tenggelam di hospital. Akhirnya berjumpa. Hayati pada saat-saat akhirnya, mengetahui, orang yang dia sayang, juga masih sayang padanya.

Zainudin - jatuh sakit dan tak berapa lama selepas itu, juga meninggal dunia, disemadikan di sebelah pusara Hayati.

“ Di belakang kita berdiri satu tugu yang bernama nasib, disana telah tertulis rol yang akan kita jalani. Meskipun bagaimana kita mengelak dari ketentuan yang tersebut dalam nasib itu, tiadalah dapat, tetapi harus patuh kepada perintahnya”. - Muka surat 158.

"kadang kita rasa, takdir mempermainkan kita, tapi sebenarnya, kitalah yang mempermainkan takdir kita sendiri" -kueh-

3 comments:

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Buku nie dulu antara buku wajib baca utk STPM kot lupa lak akak.. rasanya kat rak buku lama kat rumah mak akak tuh ada kot buku nie.. cuma ingat2 lupa akak penah baca atau tidak.. tapi buku hikayat dulu memang byk kali khatam.. Hang Tuah.. Malim Demam.. merong mahawangsa.. Salina.. dan ada few yg akak dh lupa tajuk..

kueh bakar said...

salina terbaru pun cantik juga kulit dia...

wah kak - bagi aku la buku tu!

alien said...

Salina aku baru baca half