Aku tak pernah tengok Mokhtar Dahari bermain. Tapi masa tu selalu dengar nama dia, Pele dan selalu tengok rangkuman Serie A pada petang hari apa - aku lupa - pada tahun 80an. Dan selalulah tengok Maradona. Sampaikan jersi sekolah rendah aku cap Maradona.
Yang selalu tengok dan kagum pada masa selepas itu, Zainal Abidin Hassan tonggek.Dua kali pemenang kasut emas mengalahkan import yang hebat-hebat. Dia Legend no 17.
Ada pergi Kino, terbelek buku Biografi Mokhtar Dahari. RM 180 kulit keras. Mokhtar sekalipun legend dan sangat hebat, adakalanya juga kecewa dengan kritikan penonton. Tapi apabila bininya yang berada di stadium marah orang yang kutuk Mokhtar - dan dia cerita pada Mokhtar tindakannya. Dia pula yang kena marah dengan Mokhtar. Bukan macam Safee Sali. - Main Sendirilah!
Rupa-rupanya dalam karier, Mokhtar pernah dapat 2 kad merah. Sekali dia menekel lawan dan terus diberikan kad merah. Sampai sudah dia bengang dengan pengadil tu sebab dia rasa dia tak salah sampai kena buang padang. Kali kedua dia bengang dengan pemain Singapore dan dia dengan sengaja tumbuk muka player tu dan dapat kad merah. Dia rasa bangga dapat kad merah yang tu, siap cakap Muhammad Ali tentu kagum kalau tengok scene tu. No regret. Ahaks.
Mokhtar 'pergi' muda pada umur 37 tahun.Dia mengalami penyakit pada motor neuron. Ia sakit saraf dan melibatkan otak. Dia boleh tiba-tiba jatuh dan tak sedarkan diri. Penyakit ini dirahsiakan oleh isterinya dan doktor kepada dia sendiri dan tentu kepada semua Malaysia. Sebabnya penyakit ini belum ada ubatnya pada masa tu dan akan mati. Jadi, walaupun isterinya tahu Mokhtar tidak akan hidup lama - sekali pun air mata dia tidak menitik depan Mokhtar. Dia diberitahu terkena satu penyakit lain - yang mana penyakit tu mempunyai simpton yang hampir sama cuma tidak membawa maut. Dia mahu Mokhtar tidak tahu dan terus berharapan. Agar Mokhtar kuat semangat untuk sehat dan terus hidup.
Dan ramai orang 'menfitnah' dia kena buatan orang / Aids. Selepas Mokhtar 'pergi' barulah isterinya memberitahu sakit sebenar Mokhtar pada media dan sebab-sebab merahsiakannya. Dan Selangor membersarakan jersi nombor 10 sejak tu hingga David Mitchel datang.
Buku ini ialah sebuah kisah suka-duka seorang Legenda. At the last-last pages kita boleh 'rasa' sebuah kesedihan. Al-fatihah.