Followers

Saturday, January 12, 2013

Anwar Ibrahim ; perdana menteri yang tidak Malaysia miliki


"every man dies, not every man really lives" -william wallace-

Aku 'terjebak' follow rapat politik sejak 1998. Sejak pemecatan Anwar. Ia satu cerita yang sangat panjang. Sadisnya, ia Sejarah hitam politik Melayu setelah beratus-ratus tahun mungkin..

Masa aku tingkatan 5 pada 1995, Sekolah aku buat 'pelik' sikit. Pilih ketua pelajar melalui pilihan raya. Semua akan mengundi calon  Ketua pelajar. Setiap blok akan hantar 1 wakil, ada 4 blok maka ada 4 wakil.

Aku kira, sebelum sekolah putuskan untuk buat 'demokrasi', ada 1, 2 pengawas yang rapat dan mesra dengan pihak-pihak atasan sekolah - mahu jadi Head Boy. Dan bila kau rapat / ampu pihak atasan - kau tidak popular di kalangan 'rakyat bawahan'..

zack razanggi, pemimpin parti nyamuk, tidak bercita besar mahu jadi head boy tapi orang-orang bawahan dia mengempen untuk memenangkan dia. Orang-orangnya adalah kawan-kawan batch aku, yang berfikiran jika zack jadi head boy, mereka akan dapat laba politik - boleh cover kesalahan, boleh macam-macam. ha ha ha.

dan ada dua tiga perkara lagi..

dan sejak itu, aku tahu politik dan demokrasi tidak mungkin suci.

[itu kali pertama dan kali terakhir, sekolah aku buat pilihan raya memilih ketua pelajar]


Anwar Ibrahim ; Perdana Menteri yang tidak pernah Malaysia miliki.

Dia adalah seorang yang sangat hebat sebagai pemimpin. Dia punya aura lain macam. dia punya pidato mengagumkan. Dalam buku 'Dr in the house', dr mahathir sendiri mengakui kebijaksaan Dsai dalam 'menguruskan manusia'. Dalam buku tu juga, kita dapat tahu ramai orang lama umno tidak suka Anwar.

Aku tidak rasa dalam dunia ini, ada ramai pengikut bercakap dengan 'meniru' gaya percakapan ketuanya.  Lihat Zahid Mat Arip, Ezam Mohd Noor, Azmin, anuar tahir dan ramai lagi bercakap dengan mengklon cara anwar.

Dan tentulah aku berpendapat anwar dipecat pada 1998 adalah disebabkan konspirasi politik. Ia satu tekaan tepat yang senang.

Takdir Tuhan, jatuhnya anwar adalah untuk kebaikan dia sendiri. Mungkin DIA sayangkan anwar. Sebab itu ujian-ujian berat ditimpa pada anwar. Dengan fitnah-fitnah yang tidak habis. Dengan kutukan, kejian, hinaan setiap hari sejak 1998, dia mendapat banyak pahala mungkin. Mendapat banyak keampunan mungkin.

Anwar jika menjadi PM selepas Mahathir, Dia mungkin seorang yang lupa diri. mungkin lebih diktaktor dari Mahathir sendiri. Mungkin dia akan melakukan banyak dosa-dosa. Kita tidak tahu rahsia Allah. Dia mengetahui dan mengatur segala sesuatu.

Anwar Ibrahim, apa pun yang berlaku, adalah figura politik paling unik dalam sejarah Malaysia.  Aku tidak rasa Umno akan kalah pada pilihan raya kali ke 13. Tapi anwar Ibrahim adalah faktor yang menyingkatkan usia umno 20, 30 tahun lebih awal.

Anwar Ibrahim adalah braveheart. William Walace malaysia.

“Loyalty to country ALWAYS. Loyalty to government, when it deserves it.” -Mark Twain-

4 comments:

Kniedaz said...

Mmm....xdisangkal beliau pemimpin yang hebat....dulu sebelum beliau dipecat, akak sangat suka dengannya...perjuangan beliau masih belum selesai gamaknya....biarlah....bagi akak, walau di pihak mna mereka berada, politik itu tetap kotor

AdinataGus said...

Masing-masing ada pendapat sendiri.Saya sokong.

misz aisya said...

wlau pon aku bakal cikgu, tp sejujurnya aku tak amek serius psl prkembangan politik msia.

aku percaya, masing2 nak naik jd pemimpin utk kpntgn. bkn semata2 kerana bangsa dan agama. kalau ye pon, niat tu akan trjejas bila dah dpt pgkt.

yg pnting, aku mahu msia terus aman. :)

alien said...

kerana manusia seorang itu, sebuah kapal yg sarat dgn manusia takut..
power manusia seorang itu..