aku adalah antara peminat karya aziz m. osman masa aku kecil dulu. Drama-drama aziz memang best dan lain dari yang lain seperti karya Adlin Shauki. Dan dia membuat remake filem azura 1984. filem melayu pertama mencatatkan kutipan box opis.(filem P Rmali tak box opis ker?).
Masa ini aku tonton wayang terbuka,ada orang panggil wayang pacak, yang pakai projektor kat padang.Pakai layar kain puteh. Aku berlari-lari di padang. arwah parents aku berdua-duaan di atas tikar layan azura dan membilang bintang..
Remake filem yang sudah berjaya dari segi sejarahnya bukan suatu kerja senang. Ia sangat berisiko. baru je keluar citer ni, banyak komen negatif. neelofa berlakon macam kayu. aku buka youtube, search karipap-karipap cinta. pergh! hancur kalau hero berlakon macam ni. potong stim! Tak jadi beli dvd. ha ha.
tunggulah satu lagi filem remake. THE CROW. ni aku tonton kat rumah songo, zaman video tape vhs. the crow ni citer dia macam citer P Ramli, enam jahanam. kisah tantari membalas dendam atas masmera. masmera dirogol beramai-ramai dan dibunuh.
brandon lee dan shelly merancang untuk berkahwin pada esoknya. malam itu rumah mereka dirompak oleh gangster.bertambah malang gangster memukul dan merogol shelly beramai-ramai di hadapan matanya.Setelah dirogol-rogol, Shelly dibunuh kejam oleh mereka. Akhirnya dia sendiri dibunuh oleh gangster tersebut dan dicampak keluar dari rumah, flat tingkap paling atas.(mati ker?hah?? awalnya hero mati?bukan dia hero ker? konpius aku.haha)
setahun berlalu, dia keluar dari kubur. umpama gagak jadian, dia mahu membalas dendam ke atas shelly dan kematian dia sendiri. scene-scene dia mencari dan membalas dendam tu yang thrill dan best. first time aku tengok citer hantu dengan mata bulat-fokus.ahaks.
hero menang as usual.tamat.
ps-Brandon Lee anak kepada Bruce Lee, hero the crow mati ketika penggambaran sudah nak habis. mati terkena tembakan pistol yang ada peluru. Diklasifikasikan sebagai kemalangan.
-aziz,kau dah hilang sentuhan?
Hello world!
3 years ago