Followers

Saturday, May 21, 2011

kenapa aku blogwalking?

aku akan blogwalking bila...
boring.tiada idea menulis dan senarai link aku juga tidak update atau yang update sikit, tak puas baca.mungkin mereka writer-blok macam aku juga.mungkin kemalasan macam aku juga.tiada masa macam aku juga.

harapan blogwalking-terjumpa sesuatu yang baru dan menarik..atau satu tajuk entry yang boleh ditiru tajuknya.'oh itu cerita dia. aku juga punya cerita!' ha ha ha.

hanyut dalam blogwalking.Aku akan pergi blog 'a' dan klik satu entry agak2 menarik dalam bloglist 'a', yakni blog 'b'.dalam bloglist blog 'b' aku akan klik entry yang agak2 menarik dalam bloglist 'b', yakni blog 'c'.begitulah seterusnya. ia hanyut dan menyesatkan dan semakin jauh. macam citer 'inception' lakonan leornardo di caprio. mimpi dalam mimpi dalam mimpi dalam mimpi - sampai mission accomplished.kadang akan jumpa satu blog yang menarik, luar lingkaran dan satu 'populasi bloger' yang baru. tanpa segan silu aku akan link blog yang aku best jumpa..

'kueh waz here'
masa aku di asrama sekolah selama 5 tahun dulu, ada satu jenis vandelisma. terutama bagi budak form 5 atau form 3 yang rasa di akan kena rejek selepas pmr,ada tulisan "songo wuz here", "pablo95 waz ere", "botok91-95 waz here". di katil. di almari.di dinding.ditilam. di loker. di mana-mana..jadi kerana pengaruh itu, blog yng aku kunjung jika tidak dikomen, di chat box mereka - 'kueh waz here'. sama ada mereka klik ke blog aku atau tidak sementelah ada jejak aku di situ aku tak kisah..

blogwalking juga seperti aku berada kinokuniya atau mph atau library atau rak majalah kedai 7 eleven.sedang belek2 buku. magazine.dari satu seksyen ke section yang lain.fiksyen-am-bestseller-agama-motivasi-politik-majalah..mungkin terpaku kejap.dengan satu ayat. atau satu gambar.atau kulit buku yang cantek.belek2 lagi.wahhh! best ni. must read-must buy. sama macam alam blog - must read - must link.

blogwalking - kesesatan yang mungkin mengasyikkan.

ps-dalam bloglist aku, tidak semua aku sangat suka baca.tapi ada antaranya org yang mula2 link aku awal2 dulu.TQVM.jadi as long as diorng link aku.aku akan link diorng kecuali 6 bulan tanpa update atau setahun tanpa update..aku delete.

ahmad

terkedu sekejap bila dengar lagu ni kat radio..ahmad nyanyian arrora.sape arrora? entah ler.terlalu banyak penyanyi baru.terlalu banyak canel radio.terlalu banyak program realiti..lagu berkumandang silih berganti hingga aku tak tahu siapa penyanyi..layan..

Hai Ahmad....
Ahmad..Ahmad...

Pertama kali si aku malu-malu,
Saat ku dekat ku ragu-ragu
Mungkinkah dia suka padaku
Ah Ah Ahmad...

Ternyata tanpa ku duga-duga,
Aku terima salam darinya
Bergetar saatku membalasnya,
Ah Ah Ahmad...

Dialah idola,
Dialah superstar,
Mampu menggetarkan ranah jiwa

Dia yg ku nanti,
Selalu terpuji,
Ingin ku dekat, selalu ku dekat..

Ahmad...
Kau selalu dihatiku
Ahmad...
Luluhkan keangkuhanku,
Ahmad...
Ingin aku cepat-cepat,
Bercinta dengan lelaki paling hebat..

Ahmad...
Peribadinya sederhana,
Ahmad...
Tiada banyak bicara,
Ahmad...
Ku tak mahu lama-lama,
Mendekat kepadaku dengan segera..

Ah Ah Ahmad....
Ah Ah Ahmad....
Ah Ah Ahmad....
Ah Ah Ahmad....

sejak zaman kaset.aku memang tertunggu-tunggu siapakah gerangan perempuan yang akan menyanyikan lagu 'nama lelaki' yg okey..Yang telah tercipta isabella. rashidah.zakiah.tiara.juwita.saleha.rozanna.lizawati.siti.jasnita.nur nilam sari.syakila.sofea jane dan banyak lagi adalah nama perempuan.mungkin lelaki lebih hebat dalam mencipta lagu-jadi otomatiknya lelaki akan memuja perempuan. takkan mahu cipta lagu lelaki pulak kan.kan orang kata gay pule. ha ha ha.

dalam banyak2 lagu perempuan, arwah mak aku paling suka lagu laila namamu teratas. sehingga dia suruh aku beli kaset tak ori tapi ok yg ada lagu tu kat stesen bas KT.aku terkaku.kaget..tak pernah2 arwah mak aku beli kaset walau kat umah ada player.itulah 1st time dan last time..

aku rasa aku paling suka lagu isabella.masa 80's semua indo pun tau lagu ni!evergreen and masterpiece..dan lagu zakiah nyanyian roomate aku, ajai,dengan gitar kapoknya semasa belajar kat matriks dulu.sungguh aku suka dia nyanyi dari sweet charity. serius!

lagu ahmad ni aku tujukan kepada ahmad said! he he he. kejelah kuat lagi.

ps- minggu depan konsert DT terakhir.ohh!

Sunday, May 8, 2011

selamat hari ibu



bonda..
anakanda ucapkan selamat hari ibu buat bonda. Terima kasih kerana melahirkan anakanda ke dunia ini. Terima kasih. :)

bonda..
maafkan anakanda kerana sering melawan cakap bonda waktu dulu..sering berkata 'uhhh' pada bonda. sering juga memberontak jika suruh buang sampah tika sedang layan ultraman..sering merungut dengan disuruh jemur baju..angkat baju..lipat baju...

bonda..
maafkan anakanda kerana suka main bola di laman..yang kadang memecahkan tingkap..kadang memecahkan pasu..anakanda suka bola wahai bonda...

bonda..
maafkan anakanda kerana tidak sempat membahagiakan bonda. tidak sempat menjaga bonda.maafkan anakanda...

bonda...
jika bonda masih ada anakanda akan email benda ni pada bonda. anakanda masih rindu sama bonda..semoge bonda dipeliharaNya di sana.Bonda telah membuatkan anakanda datang 'ke sini'..tapi anakanda telah membuatkan bonda pergi 'ke sana'..maafkan anakanda.

ya ALLAH
ampuni dosa Maznah Abdullah. tempatkan dia di tempat org yang Engkau kasihi. ampuni dosaku.amin.