Followers

Friday, July 30, 2010

usain bolt

masa dulu..olimpik seoul'88 aku best tgk ben johnson berlari menewaskan carl lewis...ia mengejutkan dunia dengan catatan masa hebat...lama setelah itu barulah aku tahu perkataan 'steroid'...dadah yg men'saka' ben kalahkan carl..akhirnya seperti kita tahu...pingat emas di tarik balik dan digantung dari terus berlari...

setelah itu aku suka tgk persaingan hebat azmi ibrahim dan flying dayak, watson nyambek...watson yang sangat mahu menang sanggup melayangkan badannya di garisan penamat untuk memotong azmi...tapi tetap tewas...tapi dia terus berusaha keras dan akhirnya bergelar pelari terpantas mesia...tentulah aku suka watson dari azmi sebab muka azmi macam playboy..ha ha ha. persepsi!kini watson adalah jurulatih kepada flying dayak II...

setelah itu juga aku suka tgk org negeri aku berlari...nazmizan...susuk tubuh yng tinggi...dia mencipta nama raja pecut asia tenggara setelah menang pingat sukan sea...yang sangat lama tidak dimenangi mesia...menang acara pecut seolah juara keseluruhan acara olahraga...namun rentetan menang tidak lama...hu hu hu.

KINI aku suka tgk usain bolt setelah lama tidak kagum dengan pelari pecut...kepantasan 9.58 saat adalah terlalu sukar untuk dipercayai...ia sangat laju dan sangat membezakan jarak di garisan penamat..seolah penamat untuk larian 400 meter...dulu org buat kajian takkan ada manusia boleh berlari di bawah 9.7 saat...usain si kilat adalah lagenda dalam pembikinan...

No comments: