Followers

Saturday, September 2, 2017

an education 2009



Aku tonton satu movie. An Educatioan - satu cerita tentang seorang budak perempuan yang cerdik dan cantik - Melor. Mempunyai ibu bapa yang tegas yang mana mahu dia sambung belajar ke Oxford - reading english. Satu hari Melor ni terserempak dengan seorang playboy yang lagak gentleman, David Goldman yang berumur lebih separuh dari dia. Ia membawa kepada pertemuan demi pertemuan.

David membawa Melor ke satu dunia yang mengasyikkan dengan kemewahan dan kekayaan. Melor terpesona dengan syurga dunia. Semakin lama dia kenal dan bersama David semakin banyak rahsia kegiatan gelap David ketahuinya tapi dia tidak mampu menolak perasaan David padanya dan sebaliknya.

She's drop school dan terus berpoya-poya. Sementelah David tahu Melor ni memang bunga yang cantik yang pada bila-bila masa akan dipetik orang jika lambat bertindak, maka dia ajak Melor berkahwin. Melor bersetuju dan kedua ibu bapanya pon bersetuju sementelah mereka sangka David seorang yang sangat berjaya.

Dalam perjalanan nak kahwin, dalam kereta David. David berhenti untuk mengisi minyak. Melor buka deskboard dan tengok surat-surat David. Kebanyakkan surat beralamat "Mr and Mrs David". David kantoi.

Apa yang menarik jumpa kat cerita ni. Melor kata dia suka lagu-lagu Jacques Brel. Sekali search youtube..


 What a song. What a emotion. Kesungguhan penyampaian. gile babi.

Tak ramai sebenarnya bila salah jalan kembali ke pangkal jalan. Kadang orang lebih suka kepada option - jalan lain. Melor do the reverse. Dia kembali ke sekolah untuk repeat tahun dan repeat exam.  Yup dia dapat ke Oxford.