Followers

Wednesday, January 22, 2014

Masa


Sekejapnya masa berlalu. Belum sempat lagi tulis azam dan perancangan 2014, dah hampir penghujung Januari. Azam mesti bertulis. Baru ada kesungguhan dalam melaksanakannya. Berjaya atau tidak berjaya setelah mencuba, itu perkara kedua.

Aku kira tahun ini aku mahu buat umrah. Kalau boleh bulan Mei. Kalau tak boleh, akhir tahun. Pergi ke sana dan berdoa di depan Kaabah. Semoga senarai-senarai doa aku yang panjang akan dimakbulkan Tuhan. Dan mahu kirimkan doa pada arwah parents dari sana. Ia tentunya kiriman doa yang special.

Kawanku, Achik Printing Melawati, sungguh-sungguh suruh aku pergi. Dia telah dua kali pergi. 20 list doa dia semuanya dimakbulkan Allah. Katanya, doa-doa akan mengubah haluan hidup kita. Dia mahu pergi kali ke-3 dan mengajak aku sekali. Inshaallah.

So, azam aku yang pertama. Mahu ke sana.Amin!

"Some people want it to happen, some wish it would happen, others make it happen"
-Micheal Jordan-

Tuesday, January 21, 2014

kosong


Setiap kali nak buat operasi menangkap PATI, selalu buat pengumuman dalam surat khabar muka surat depan. "bulan depan operasi besar-besaran'. Ia macam seorang pencuri mahu mencuri kemudian memberitahu tuan rumah yang ingin dicuri bila dia mahu mencuri. EPIC FAIL.

Menurut akhbar kosmo, anggaran PATI di negara kita, 2.5 juta orang. Dan tangkapan semalam, di Kuala Lumpur 454 orang dan Selangor 27 orang sahaja. Operasi gagal.

Kuala Lumpur 2, 3 hari ini memang kosong dengan PATI. Mereka dah menyorok. Bulan depan Kuala Lumpur akan kembali sesak dengan PATI.

Aduhai Malaysia.

Wednesday, January 15, 2014

kangkung


Benarlah kata pepatah Melayu. Kerana mulut badan binasa. Kalau tak ada apa nak cakap baik diam dan Diam itu emas kata omputeh.Kalau pergi sembahyang Jumaat, dengar khutbah kena diam, kalau sepatah perkataan kita bercakap, walau perkataan "ish diam" sekali pun (pada orang lain) - maka hapus lah pahala. Ada masanya tidak berkata-kata itu sangat-sangat berharga.

Tapi jadi perdana menteri mana boleh diam. Kena selalu bercakap. Dan kalau salah cakap...



"Wise men speak because they have something to say ; fool because they have to say something"  -Plato-

Tuesday, January 7, 2014

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck




Aku pernah membaca buku ni masa aku sekolah rendah, tahun 80an. Arwah mak seorang guru, ku kira karya hebat Hamka ini adalah mungkin buku wajib baca oleh siswa Maktab Guru. Setelah lebih dua dekad, akhirnya bumi Indonesia menerbitkan filemnya, filem termahal produksi Sunil Soraya.

Novel klasik 1930an ini tidaklah tebal seperti novel-novel hari ini, tapi ianya sangat padat dan menghanyutkan kita dek kekuatan cinta yang terjalin antara dua manusia, Zainudin dan Hayati. Ku kira, kerana Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck nama Zainudin dan Hayati tidak asing bagi nusantara.

Ceritanya mengisahkan Pendekar Sutan, seorang Minang dihukum buang daerah ke tanah Bugis dan akhirnya bertemu dengan awek  tempatan, Habibah dan menikahinya. Maka lahirlah Zainudin. Ibu Zainudin,  meninggal semasa dia masih kecil dan ayahnya pula meninggal ketika dia remaja.

Kerana mahu tahu asal-usul dan susur galur keturunannya, dia kembali ke Minang Kabau. Tapi dia tidak diterima dengan baik oleh masyarakat kerana emaknya seorang Bugis. Namun, disebalik kebencian masyarakat padanya, ada seorang gadis yang cantik mengasihaninya. Mereka berbalas surat.

Bait-bait dalam surat akhirnya berjangkit menjadi cinta. Dua hati menjadi satu. Tapi apabila keluarga Hayati yang kaya itu tahu - Anak mereka menyintai Zainudin, mereka menentang dengan keras. Dan Zainudin terpaksa berpindah ke tempat yang jauh sedikit untuk meredakan keadaan. Semasa Zainudin dalam perjalanan berangkat mahu pindah, mereka berjumpa . "Mas Jai. I love u. Aku tunggumu selamanya. Jangan lupa tulis surat yea ".

Satu masa, Hayati datang ke kampung Zainudin untuk pertemuan mereka dan menginap di rumah kawannya, Tijah. Dan Tijah punya abang, Aziz - hensem, kaya, bergaya dan seorang Minang tulen! Dan Aziz juga jatuh cinta pandang pertama dengan Hayati sekali pun dia tahu Hayati telah punya buah hati.

Dipendekkan cerita, Aziz berjaya menikahi Hayati.

Zainudin yang telah mendapat surat dari Hayati "..Jai ampunkan aku. Lupakan aku.." Akhirnya membawa diri ke Kota. Dia menjadi seorang penulis. Dia menulis tentang 'seorang Zainudin'.dan tulisan-tulisan dia mendapat sambutan best seller. Dia berjaya sebagai seorang penulis.

Hayati dan Aziz juga berada di Kota yang sama kerana tuntutan kerja Aziz. Mereka, Aziz, Hayati dan Zainudin kembali berkawan di Kota tapi keadaan sudah terbalik, Aziz miskin dan Zainudin berjaya. Aziz sebenarnya, adalah kaki perempuan. Rumah tangga porak peranda. Kerjaya musnah dan Aziz akhirnya membunuh diri. Dia ada menulis surat pada Zainudin, supaya Zainudin kembali kepada Hayati sebab dia tahu cinta Hayati pada Zainudin tak pernah padam. Dan Hayati juga mengharapkan Zainudin masih sudi.

Zainudin masih sayang Hayati tapi ego melangit. Tetiba sakit hati ayat "Aku tunggumu selamanya" itu kembali. Padan Muka kau Hayati. Dia suruh Hayati balik ke kampung. Dia bagi tambang.

Setelah Hayati bertolak - Hati Zainudin lebih sakit. Mulut boleh menipu tapi, tidak hati. Dia membuat keputusan - akan kembali ke Minang dan melamar Hayati. 

Breaking news! Kapal yang dinaiki Hayati.tenggelam. Zainudin bergegas mencari mangsa kapal tenggelam di hospital. Akhirnya berjumpa. Hayati pada saat-saat akhirnya, mengetahui, orang yang dia sayang, juga masih sayang padanya.

Zainudin - jatuh sakit dan tak berapa lama selepas itu, juga meninggal dunia, disemadikan di sebelah pusara Hayati.

“ Di belakang kita berdiri satu tugu yang bernama nasib, disana telah tertulis rol yang akan kita jalani. Meskipun bagaimana kita mengelak dari ketentuan yang tersebut dalam nasib itu, tiadalah dapat, tetapi harus patuh kepada perintahnya”. - Muka surat 158.

"kadang kita rasa, takdir mempermainkan kita, tapi sebenarnya, kitalah yang mempermainkan takdir kita sendiri" -kueh-

Thursday, January 2, 2014

tak boleh berhenti


Aku rasa aku dah kena sindrom 'quote' di atas oleh Henry David Thoreau. Tak boleh berhenti menulis.Tahun 2008 (19post), 2009 (66post), 2010 (39 post), 2011 (71 post), 2012 (51 post) dan tahun lepas makin banyak pulak, 2013 (80 post). Hadoi hai.  

Wednesday, January 1, 2014

TURUN! TURUN!


Semalam aku turun Dataran Merdeka. Sorang-sorang. Last sekali pergi demo ni masa awal-awal detik reformasi dulu dan setiap hujung minggu pergi rumah Anwar bertahun-tahun kat Damansara hinggalah dia keluar penjara. Ianya ceramah mini dan doa selamat. 

Semalam, ia hanyalah 'tunjuk muka'. Jerit sikit-sikit. Bukan senang nak jerit-jerit kecuali dalam stadium dan acara-acara macam ni la. Ia sebagai tanda aku tidak bersetuju dengan semua kenaikan. Sebagai fotostatman, aku juga terasa. Kedai yang tiada tingkap dan ada aircond 4hp, mesin-mesin fotostat yang menggunakan letrik, tentulah akan terasa dengan kenaikan 15 percent. Tanpa letrik kedai aku tidak berfungsi.

Barang-barang yang aku guna - Paper, combs binding, cloth tape, Pvc cover dan lain-lain yang berkaitan, semuanya telah diinformkan pembekal akan naik harga. Jadi akan tunggu dan lihat - buat semakan mana yang boleh maintain harga, aku maintain. Yang tak boleh atau terpaksa naik akan kena naik.

Aku faham dan mengerti. Kalau dulu siapa pun tak percaya air kosong boleh dibotol dan dijual seringgit. Daun pisang pun orang tak jual - Tuan tanah, tuan kebun bagi free - sekarang seikat 2RM. Semuanya akan punya harga dan harga akan meningkat. Tapi soalnya bukan kenaikan - soal yang sebenarnya, negara yang kita cintai ini tidak diuruskan dengan betul. Sebab tu kenaikan itu mendadak - tinggi - semua naik!

Macam tol - tahukah? Setiap bulan, Plat No kenderaan Kuala Lumpur sahaja bertukar 1-9999 sebanyak 2 kali. plat No Selangor 1-9999 sekali sebulan bertukar. 30 ribu kenderaan baru setiap bulan di Lembah Klang. Keuntungan tol bertambah setiap hari. Grafnya mencanak-canak. tapi masih nak naik Tol?! Macam babi.

Itu belum lagi JPJ, Polis trafik, DBKL, SPAD, MIROS, JKJR, PEMANDU, Unit perancang bandar - Jalan semua dah penuh. Parking dah tak ada. Jalan Berlubang. Agensi banyak tapi hasil macam jahanam. Orang yang tidak duduk di Kuala Lumpur mungkin tidak faham. Dan tidak pernah rasa.

Berbanding negara ASEAN lain - Sini semua orang nak masuk. Indonesia, Bangladesh, Nepal, Siam, Myammar, Kampucea, Vietnam, India, China,. Uzbekistan, Iran, Arabs, Europe, Africa. Tapi kemakmuran ekonomi tidak dapat dirasai. Keperitan banyaklah!  

Umno bukanlah kerajaan yang tidak berjasa dan tidak bijak, jika tidak bijak,  Kuala Lumpur dan Malaysia bukanlah seperti hari ini. Tapi Umno juga sebuah benda dalam dunia yang sementara, semua benda mati, dan umno mungkin mengalami masa-masa nyanyuk. Sekarang terpulang padanya untuk berubah dan terus bertahan. Atau tidak berubah dan menunggu kekalahan.

Sebab masa dah habis. Orang dah bosan!!!

"Loyalty to the country always. Loyalty to the government when it deserves it."  -Mark Twain-