Kah Kah Kah. Ermm. terdiam sekejap tengok undian kumpulan Piala Malaysia. Its a group of death. Terengganu - Kelantan -Pahang dan Negeri Sembilan. Hanya dua tempat yang akan ke peringkat seterusnya. Aku rasa Kelantan akan mengungguli kumpulan dan diharapkan Terengganu dapat follow. Terengganu masalah tahun ni - kuat tapi tidak konsisten. Pahang - juga bukan calang-calang pasukan tahun ni. Ia pasukan yang tidak kenal letih dan dibarisi pemain muda berbakat. Aku paling minat Amirul Hadi Zainal. Seorang wing dan attacking midfielder yang transform dengan cemerlang sekali sebagai defensif midfielder merangkap box-to-box midfielder. Negeri Sembilan akan turun divisyen. Jadi mereka mungkin akan buat yang terbaik untuk menamatkan musim ini 'dengan gembira walau berduka'. Lagipun star terbaru mereka Nazrin Nizam sedang mengganas. Tapi Negeri Sembilan tentulah poning asyik ulang alik ke Pantai Timur.
Iklan jahit oleh Petronas macam biasa - tacing. Dulu petronas ada juga buat iklan raya gembira dari awal sampai tamat tapi ramai yang lebih suka iklan tacing. Ramadan dan tacing memang dekat.
Cuma dalam iklan ini - aku berharap aku tidak seperti ibu itu. Kegigihannya dan ketekunannya bekerja mengejar dateline, hingga sampai time berbuka baru berhenti. Sampai jiran seorang Cina pun kagum. Tahap sabar yang tinggi, tidak merungut apatah lagi memaki - kesilapan dalam tempahan pelanggan. Kreatif - poket pada sampin.
Bersemangat bangun malam siapkan kerja. Semua package ada untuk menjadi seorang peniaga yang sangat-sangat berjaya tapi masih tidak berjaya dalam ekonomi. Hakikatnya dan realitisnya, benda macam ni memang wujud. Dan aku berharap aku tidak menjadi seperti ibu Awin - Struggle sampai tua.
Bila pernah ada mak dan ayah Bila pernah ada 7 beradik Bila pernah ada datuk dan nenek Bila ramadhan Ia sangat bahagia Tatkala seorang demi seorang Bangun dan gosok-gosok mata Kerana kejutan seorang ayah Masuk bilik air, basuh muka Setelah mak sediakan sahur Kadang ia sardin cap ayam yang senang disediakan Kadang ia lauk malam tadi yang dihangatkan Dengan nasi yang baru ditanak Makan sama-sama
Tatkala berbuka Hidangan indah telah penuhi meja Perut telah berbunyi meminta Mata tengok lauk Mulut diam tak terkata Telinga tertunggu-tunggu seruan azan Ia membahagiakan
Kini Semuanya tiada lagi Ramadhan sisi lain - Sebuah momento yang sukar dilupakan
Tiba-tiba orang tak berapa cukup solat seharian pun terkumat-kamit nak betulkan bacaan niat puasa esok hari. Orang yang mencuri pun berazam nak cuti sebulan. Orang yang minum arak pun rasa tak nak minum sebulan. Yang tak bertudung pun mula try-try tudung depan cermin. Ada juga try selendang. Penzina berazam tidak mahu berzina. Si kedekut mula terasa ingin menderma. Dekat maghrib, tiba-tiba berpusu-pusu umat menuju masjid. Saf masjid yang biasanya satu menjadi sepuluh. Surau kecil makmunnya melimpah sampai ke luar. Berduyun-duyun - berjalan kaki. Berkereta. Bermotorsikal. Menuju masjid. Semuanya itu tanda jelas dan segera - Syaitan telah terikat. Itulah kehebatan bulan seribu rahmat - Ramadhan al-mubarak.
Selamat Menyambut Ramadhan.
ps- Emak dan ayah di sana, anakanda pasti kirimkan doa. Fuh. Miss them so hard. Sobss..